Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si

Thursday, August 16, 2012

Kumpul harta : BMW X6

BMW X6 2008
Ok tak ok tak? Cantik x? bergaya tak kereta ni? Memang dah lama minat kereta ni tau. Dah lama dah VIVA hitam auto hakak tu berjasa dari zaman universiti lagi....Haritu pergi shopping sengsorang kat Jusco Maluri, nampak kereta ni kat parking tu. Besau tau. Charming gile tengok. Pakai engin v6 turbo tau. Huyyo. Kalau husband bawa.. mesti terbang la jawabnya kat MRR2 yang sesak tu kan. Tapi kalau akakk yang bawak..kompem baik je atas jalan... sebabnya, takut tercalar ke terhentak ke kan kereta mahal ni beli nih. 600K tau. isk isk isk..... takut akak beli ni, kompem esok SPRM sampai dah nak temu ramah hakak.he

Sesungguhnya....itu hanyalah angan-angan mat jenin..hakak tak mampu pakai kereta sebegini rupe buat masa sekarang atau 5 tahun akan datang. Tapi tak mustahil kalau tiba2 husban and hakak jadi jutawan bilionwan..bolehla hakak pakai. MUSTAHIL?? TAK MUSTAHIL KAN??? Bagi rezeki kan keje tuhan.Kita carik je. :)

Sekarang satu-satunya yang hakak ada ialah kereta VIVA EZ 1.0cc ebony black yang hakak beli hasil duit biasiswa yang tertunggak pada awal tahun 2009. Hakak bersyukur sangat-sangat ada kereta ni. Walaupun sekarang macam dah xda pun kawan-kawan yang pakai VIVA...paling cikai pakai MYVI lagi best..ho ooo ooo! Tengok viva buruk hakak lalu sebelah... sengih tak ikhlas je tau..macam la kereta hakak ni die yang bayo kan! Buruk2 pun hakak dah nak habis bayo.. ko hado???? heee

Bila dah masuk alam kerja, memang ada simpan cita-cita beli kereta besar sikit.. tapi bukn myvi la hokey...hiks. tapi tak berniat sekuman untuk trade-in kereta viva yang kusayang dunia akhirat tu. Akan ku jaga dan simpan elok-elok untuk kegunaan bersama. Minyak tersangat jimat tu. Kau hado??

Dua tahun kerja, memang duit dah lebih dari cukup untuk angkat honda civic type R sebijik. Tu pun kalau hakak puasa sepanjang tahun dan duk kat rumah mak, makan tanggung. Ngeee~~

Honda Civic Type R
Pastu, awal bulan 4 haritu hakak memang dah 90% confirm nak angkat Proton Preve full spec. Siap dah pergi Proton centre kat Giant puchong tu, photostate IC and semua dokumen bagai. Siap naik lagi kereta tu dua hari sebelum lauching.16 April haritu.

Balik Mukzam... kat ofis orang duk sibuk-sibuk tentang beli rumah kat Bandar Satelit Muadzam. Deposit murah je 1K. So, bila dengar tu dah rasa berat nak beli rumah lagi. Tapi dalam masa yang sama....MEMANG NAK TUKAR KERETA PUN.... nafsu meronta-ronta nak pakai kereta baru tapi akal duk fikir betapa untungnya beli rumah time ni.

Mintak pendapat asben and mak abah serta orang ramai...setelah ditimbang tara kiri kanan atas bawah.. dan petunjuk dari Allah.. hati ni 80% cenderung kepada rumah.Puas menimbang positif dan negatif pendapat orang.

"Ah..rumah bia la laki yang beli! Buat pe kita perempuan nak beli?"
Kenapa mesti rumah lelaki yang beli? Perempuan tak boleh ada harta sendiri ke?? Sume nak longgok atas batu jemala asben ke? Apa salahnya, kita beli, dia pun beli..banyak sikit hartanya.. 

"Holoh..banyak duit takpela... "
Banyak duit hape la kan... keje sama, emolumen gaji sama..aku xda plak buat part-time, mana plak datang banyak duit? ke die boros sangat? Kalau fikirkan jumlah pukal harga rumah sebiji memangla mahal.. 150K ++... kalau kereta tu 50K - 70K je... memang la nampak beli kereta lagi senang. Tapi rumah tempoh bayo kalau 9 tahun memangla tak mampu..rumah bayo 20-40 tahun... kadang jatuh lagi murah dari ansuran bulanan kereta tau! Kereta susut nilai, rumah tambah nilai years by years. Lagipun, insyaALlah tak risau gaji x cukup...setiap tahun gaji naik.. :)

"Muda lagi dayah...... nanti seksa...duit baki sikit nak buat enjoy-enjoy""Gila ke? rumah mahal kot! Kereta la murah sikit"
Memang! kalau ikut kan hati tak nak bayar apa-apa hutang pun bulan-bulan. Kalau boleh viva tu pun malas dah nak bayar tau! Teringin nak melancong gi Korea...teringin nak spend time ngan hasben keliling melesia, nak makan sedap2..mahal2..nak beli gajet tu gajet ni..nak pakai stremix..semua nak.. tapi kene cari satu masa yang duit dah cukup untuk urusan kecil2 kan begitu.. sekarang saya sudah bekeluarga. Saya perlu fikirkan yang lebih menguntungkan dalam masa yang panjang.InsyaAllah kalau rumah ni dah stabil.Gaji naik.Kewangan stabil.Semua tu boleh buat. Tambah2 tak lama kereta nak habis bayar dah, rumah siap elaun rumah dah tak kene potong dah, setahun lagi dah nak masuk sitem pencen,InsyaAllah.

"Awal sangat lagi nak beli rumah.... tunggu la tua sikit dayah.."
Takut tak sempat tua dah tak mampu beli rumah. 

Itu antara koleksi komen yang tak berapa nak membina la walaupun logik nya ada. Hehe...tapi apa-apa pun.. nak beli hapa ikut suka hati korang la..duit korang. And suka hati den la..duit den! Tol tak??? he

Komen yang positif lagi banyak.Rata-rata memang setuju. Sekurang-kurang ramai juga yang memihak pada keputusan ini. Alhamdulillah.


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...