Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 15, 2013

Unsubscribe Digi Daily Broadband yang mengong!

Aduiii... nak tulis entry ni pun seploh kali mengeluh keluh kesah kesal!Alkisah dari tahun lepas lagi cuba untuk unsubscribe Digi Daily Broadband ni tak dapat-dapat. Sungguh trivia dan mencabar sekali. Apa tidaknya setiap kali subscribe untuk daily yang RM3 tu, akan terus la ko subscribe hari hari rm3, letsay ko takda kredit, die akan credit, ko topapje laju die tolak rm3. Tak macam celcom, ko pilih Daily yang RM5 tu maksudnya cukup 24 hours. That's it! Xdala die auto renew daily esok dan esoknya dan esoknya tu.

Maksudnya kita kene peka la dan jangan alpa bila dah subscribe daily digi internet ni. Kalau lupa nak unsubscribe, emmmm ko terima la takdir yang kredit ko kene tolak hari RM3 lepas tu. Nak je ON LEMPANG hantar ke 73725! hish...huhu

Itu takpalah kalau engkorang redha nak kene tolak RM3 hari hari, tapi aku ni tak redha sangat sebab apa? Aku dah unsubscribe tapi jadi jugak kene potong RM3 setiap hari. kalau aku tak cukup kredit. Die buat senyap je, xda plak kata nak tolak,Asal aku topap je laju die tolak RM3. Wohwohwoh....

Kenapa jadi camtu? Korang  mesti nak kata aku unsubsribe tak bebetol kan? Hampehh,hahaha..tapi masalahnya licik no cara nak 100% unsubscribe nye. Katenya dalam sms tolak Rm3 tu, kalau nak unsubsribe dial *116# tu kan? Aku buatla...mana ada nye menu nak subscribe nye pun haduuuii! Ingatkan masuk menu tu je mmg khas untuk unsubsribe daily kalau pilih Menu #1. Tapi upenye itu untuk teruskan lagi subscription. Then cari kat tenet suh dail *128# plak... hooo ada jumpa la plak nak tamatkan langganan nye tu. So bila pilih nak tamat. Die akan kata tanya lagi nak tamatkan ke idak, kita pilih la 'nak', then tanya lagi  betul2 nak ke tak. Selagi tak sah betul2 selagi tu tak tamatkan. Kalau yang tak tahu ingakan bila dah pilih 'nak' tamat tu tamat sugguh la.Upenye baru mukadimah. Hayyyo..menci la menci sangat! Dah hampir setengah tahun, baru hari ni aku berjaya betul2 tamatkan langganan tuh!

tapi tengok esok! kalau die potong gak... AKU HAPDET lain! huwaaaa


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Friday, February 1, 2013

seronok ke klinik tanpa caj!

Yup... dua minggu ni kesihatan tak berapa baik. Layan jela sakit, habis ubat gi klinik... habis ubat gi klinik... lagipun tak baik2 jugak batuk dah masuk 2 minggu. Bukan batuk sikit2.. batuk menjengking2 orang kata.. haha..

Masa sakit2 gini  la teringat tahun lepas ada apply medical card / insuran kesihatan dari Prudential. Medical card tu yang semua orang tahu. Kalau kita sakit kronik, aksiden ke.. kita boleh buat tuntutan dan rawatan percuma kan.

Tapi yang ni lain sikit.. untuk sakit2 biasa cam demam batuk and selsema. Ai apply untuk pruclinic care. Sebab apa? sedari sejak kawen tahun lepas, kesihatan tidak begitu baik... lepas demam, demam, lepas demam..demam lagi.. pregnant nya tidak juga.. bak kate doktor.. unstable hormone. daaa~~

Kos nak terima sekali rawatan kat klinik pun mahal bukan bebelas ringgit.Jadinya macam menarik juga untk apply pruclinic care ni. Dengan bayaran RM1++ sekali dengan medical card die. Kita akan dapat dua card ni

and card pru clinic


Dua dua kad ni disistemkan bawah CompuMed. So kalau gi klinik yang ada lambang compumed kat pintu tu. Maksudnye bolehla buat rawatan percuma!

Macam mana senang nya gun PRUclinic ni?

1. Pastikan la korang betul2 tak sihat dan perlukan rawatan.. kalau korang tak sakit saja-saja lenggang kangkung nak jumpa doktor bagai.. Bengong la tu.huhu
2. Pastikan klinik yang korang pergi tu adalah panel prudential. Or boleh tengok kat sini
3. Tunjuk kad PRUclinic dan IC
4. Tunggu nama dipanggil untuk berjumpa doktor
5. Jumpa doktor
6. Terima ubat
7. Tanpa bayaran boleh terus balik.
:)

Tapi it is not simply free. Prudential hanya cover maksimum RM150 hinggit je. Kalau let say kos rawatan tu RM151.50... so korang kene la bayar RM1.50 tu. Selain tu jugak.. ianya terhad untuk jumlah kos rawatan RM1500 setahun. Kalau lobih pado tu. Ekau bayo la sendirik. Hokey??

Hihi.. Sekian...wassalam.. :)

p/s: Sesungguhnya saya bukan agen prudential. :)


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

innalillahi wainna ilaihi rajiun.. :)

Alhamdulillah diberi peluang untuk masih bernyawa hingga ke saat ini dan detik ini... namun lebih seminggu sakit is not cool bila2 lagi kerja yang banyak dan travelling sana-sini demi tuntutan kerjaya. Sedih woo... sakit, but still have nothing to do.

Bukan tidak berdoa... doa hari2 supaya kesihatan kembali  normal. Sakitnya batuk ini menarik semua organ2 dalam ku. Sakitnya selsema ini menarik urat mataku dan akhirnya merembeskan tangisan. Namun bukan tangisan kesakitan..tapi tangisan pembuang toksin barangkali. Masakan aku masih mahu menangis sekadar demam batuk selsema ini sahaja..

Berpunca dari makan jeruk RM2 di Johor Bahru.... mungkin kimia jeruk itu sangat kuat membuatkan aku batuk medokong-dokong.. ingatkan sehari dua baiklah. Batuk makin menjadi2 sehingga usus dan perut jadi sakit dan kejang. Pergi ke doktor. (free sahaja semenjak pakai pruclicic care by prudential) ambil ubat batuk, demam dan sakit tekak. Makin teruk batuknya.sehingga tak boleh tidur malam. Mugkin tidor di hotel, aircond sejuk menambah lagi keterukan batuk itu la kan.

Then, pergi jumpa doktor lagi di dungun, doktor bagi ubat batuk berkuasa tinggi katenye, beserta antibiotik yang lebih tinggi dosnya. Disuruh juga bernafas juga inhaler..khuatir ada lelah.. emm rasenye takda. Namun tidak juga redha batuk. Malah selsema dans sesak nafas pula muncul.

Sedih. Aku mahu bebas. Aku mahu bebas sakit.Supaya aku boleh berjalan riang2 bersama suami di sini. Masak untuknya namun aku tidak larat untuk semua itu. Tuhan..ampunkanla dosa. Aku akan pergi lagi klinik malam ni di puchong untuk rawatan susulan. Doakanlah aku cepat sembuhnya! :)

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...