Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 24, 2012

Personal : Nurul's wedding 2403

Rasenye baru haritu masuk posting dekat politeknik ni sama-sama. Masa tu perancangan nak kawin sikit pun xda lagi. Nurul pun selalu je risau agak-agak bila dia nak kawen since masih tak pasti hatinye milik siapa. Itu cerita setahun dulu.

24. 03. 2012, setahun 3 bulan nurul kat sini. Jodohnya sampai dan tuhan anugerah kan suami yang tercinta yang mengangkat akad menikahi nurul. Kesal juga, tak dapat hadir majlis nikah dia. Tapi ada tuntutan kerja lain yang membuatkan niat itu tak tercapai.

Kami berempat dari sini gerak ke Batu Pahat jam 10.20 pagi. Kereta WAJA wnt milik si folan sedia berkhidmat kali ini membawa kami jauh ke Jalan Mengkudu, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Pine Tree Hotel, Batu Pahat
Destinasi perkahwinan Nurul ialah PINE TREE HOTEL.Batu Pahat. Tak seorang pun dari kami berempat pernah sampai hotel ni. So, dengan berbantukan GPS free ku yang mantap, Sygic. Alhamdulillah, sampai dengan jayanya tanpa sesat sedikit pun. :)

Masuk2 hotel, tanya dengan member office yang jadi pengapit. Pengantin belum sampai pun lagi rupenye. Kitorang ni dengan niat murni kononnye nak tunggu pengantin sampai. Tapi..heheh... lapa sangat plak.. tak tertahan. So naik la makan... smpai2 je tingkat satu. Bunyi kompang plak.. pengantin dah smapi... hold dulu la makan.Bagi laluan kepada raja sehari.

Nurul and Jeff (husband nurul) memilih busana Purple. Memang nampak cantik nurul hari ni. Pelamin dia pakai bunga-bunga besar tuh!!! My wishlist tau. Tapi tak kesampaian.  Nak tengok pelamin dia? Ni ha..

Selamat Pengantin Baru Nurul... :)
Balik dari kenduri singgah sembahyang kat Masjid Sultan Ismail., lepas tu singgah kat Batu Pahat Mall. BP Mall nak minum. Dahaga sangat rasanya. Cuaca pun panas terik.


Kitorang main pusing-pusing dalam tu. Termasuk IT mall.. and terbeli lah Logitech wireless mouse and keyboard. Memang dah lama nak beli. Akhirnya tercapai jugak. Harga pun ok la. Bawah RM70. Compact size. Keyboard ni sangat2 berguna di kala-kala nak buat analisis exam nanti. Berjuta nombor nak key-in. Kalau takda mouse yg ada numeric keypad ni.Bisa gilak!

Logitech wireless keyboad mouse combo! RM69

Lepas tu masuk POPULAR pula. Member nak cari buku...kitorang memang suka baca buku ilmiah sikit. Bukan poyos tau. Sekadar mengisis masa terluang dengan ilmu yang senang dicapai. Nak belaja double degree tak mampu. huhu

Tapi saya tak beli buku gitu.............. hehe.. nak tau saya beli buku apa?
 .
.
.
.
.
.

TARA........ beli buku masakan you all...!

kengkonon ni nak kawen kan.. kene la belajar masak yang best2 semua... nati kalau husband ke mak ke mak mertua teringin nak makan apa-apa.. bolehla buatkan dengan senang hati sebab tau cara buat... sedap x sedap belakang kire.. ada lidah leh rasa kot... hehe

Lepas tu baru la gerak balik Mukzam.. tolak tambah singgah isi minyak ngan sembahyang. Selamat sampai mukzam pukul 10.00 malam. Alhamdulillah.

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Thursday, March 22, 2012

Pre-Wedding : Wedding Cake!

Alhamdulillah hal pelamin, andam, baju, solekan, hiasan dewan semua dah setel. Syukur sangat-sangat Allah bagi cepat-cepat kegusaran kat hati ni pergi. Kalau tak.. tido terlebih 8 jam.. makan over over banyaknye, mandi kadang2 malas nak mandi..emmmm... jiwa kacau la katakan.................. ihiks.

Beli tengok2 check list, kek kahwin terlupa nak uruskan. So dengan tahap kepantasan dan kecekapan internet free poli. Maka dengan cepatnya cari wedding cake yang minat kat google images and save.

Then, buka blogspot pembuat wedding cake kat Muadzam ni jugak. malas nak tempah jauh-jauh. Kang satu hal plak nak amek atau berantar. Aritu ada jugak ingat nak tempah cake kat area rumah kakak kat pandan jaya. Memang cun gile plak tuh wedding cake die. Nak tengok? boleh check website die.


antara cake dia yang nampak super mantap ialah miniature cake! ya Allah..cantiknye la hai..


Selain tu, kalau area pahang ni yang buat kek cantik ada kat Kuantan. Memang cun gile jugak.

cube check link ni..



Kek dia, walaupun bukan fondant, guna buttercream biasa je untuk hiasan. Still nampak mabveelesss gituhh.. and satu lagi, nampak teliti dan kemas gile.

series cumel kek lumbuuu ni..haha
Walaupun cantik2 molek belaka. Tapi bila fikir fikirkan camne nak amek and hantar kek kahwin kalau bertingkat2 ke muadzam shah. Tinggi sangat risiko untuk kos dan pengankutan. So, carik2 la kat mukzam alhamdulillah makcik rekemenkan sorang member dia agaknya


Boleh dikatakan kat Muadzam ni agak susah nak buat preparation barang2 kawin yang kita nak kalau duk KL senang je la nak dapat. Tapi bukan nye takda. ADA. Tapi kene rajin cari. Jangan tak cari. Duk kat KL pun  x bleh jumpa kalau mulut je jalan tapi x usaha. Betul x?

Target untuk kek kahwin ni nak 3 tengkat, fondant, simple pastel color with simple gummy paste flower.
So, owner putri fresh baked 2 u ni kak Izan, boleh buat. 

antara hasil kerja dia..  ok jugak.. :D


Kek yang kite nak suh kak izan buat ialah macam ni

Nak sebijik camni. Hehe.. kak izan kata boleh buat.. dengan kelopak bunga fondant tu ikut warna tema kita. Macam mana hasilnya. Saya letak je kepercayaan menghias tu kepada dia yang lebih pakar. Minta2 ending nya happy ever after lah. Pape pun. kene tunggu majlis la baru boleh tengok hasil sebenar. :)

Untuk kek macam ni. Kak izan amek RM 500 ++ bersama FOC 16 cupcakes. ^_^


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Pre-Wedding : Kad Kahwin final draft

Alhamdulillah. Selepas 4 kali follow up. 3 kali bertukar draf design. Akhirnya Kad Kahwin sedia untuk cetakan.
Yang korang TAK NAMPAK LAGI draft terakhir.

1st draft die memang agak merepek sikit la jugak. Nak tengok? ni dia

Ni dia punye 1st draft, Emmm.. gloomy sangat rasenye. So kita berbincang lagi dan lagi dapatlah hasil yang macamkad kahwin yang akan ditayangkan kurang 3 minggu dari tarikh wedding kitorang.

Kita order ni dari GEDUNGKADKAHWIN kat  Komplek Puchong Perdana.

Setakat process skrng kite puas hati dari segi service, design, layanan. walaupun mula-mula risau jugak sebab lambat feedback. huhu..

Design yang masih pending ialah design untuk Bunting since kitorang yg lambat bagi gambar. :)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Pre-Wedding : Shopping Haven @Kelantan!

Sekali lagi, dpaat peluang untuk pergi Kelantan. Kali ni dengan en.tunang. >_<
Berjumpa sama itu bakal mak mertua orang kate... lalala...

Duk fikir2..kan..nak nikah ngan orang kelantan... jauhnye la rasa kalau balik kampung nanti...
walaupun husband-to-be jugak yang bawak..tapi yang dok sebelah ni.. dah habis satu kereta buat main sebab tak tahu nak buat apa..boring jugak.. pasni nak belajar mengait la.. boleh mengait baju dalam keretea. Poyos gile plak.haha

Kalau balik dari Mukzam xla jauh lagi... tapi kalau balik dari Kulai johor.. OMG.. tak terbayang dek kepala. hehe. Teringat kat makcik yang duk johor.. asal nak balik Tanah Merah je..kene naik kereta api...hohoho.. lagi mencabar sangat tuh...

KPI pergi kelantan kali ni adalah untuk mendapatkan semua brng dlm list ni :
  1. Telekung sulam hantaran lelaki ke perempuan
  2. Cincin nikah en.tunang
  3. Cincin nikah mis.tunang
  4. 200 pcs vip doorgift
  5. 200 pcs yassin
  6. Toto 
  7. Cadar queen untuk rumah sini.. (lepas kawen nak cadar baru!!)
  8. Cerek air untuk mak
  9. Buah pauh muda
  10. Ladies purse (hantaran lelaki ke perempuan)
  11. Kasut lelaki (hantaran prempuan ke lelaki)
  12. Baju baru.
  13. Tudung corak size S
  14. Settle kan borang nikah belah lelaki
  15. Bakul hantaran encik tunang.En.tunang sangat berkenan dengan yang ala-ala pumpkin cinderella tuh.
  16. Kain pasang untuk pengapit - Warna biru tua
ha... banyak kan.. haha... tak tercapai akalmu! ehehe. Balik kelantan pun bukan lama.. 3 hari 2 malam jek. 
Tapi alhamdulillah... en.tunang, mak en.tunang and adik en.tunang, yana sangat2 laa sporting je jalan kesana sini.
So banyak jugak la dapat nye walaupun tak semua.

KPI yang dah tercapai
  1. Telekung sulam hantaran lelaki ke perempuan (Wakaf Che Yeh)
  2. Cincin nikah en.tunang (Bandar KB)
  3. Cincin nikah mis.tunang (Bandar KB)
  4. 200 pcs vip doorgift (Pasar Siti Khadijah)
  5. 200 pcs yassin
  6. Toto (Rantau Panjang)
  7. Cadar queen untuk rumah sini.. (lepas kawen nak cadar baru!!)
  8. Cerek air untuk mak (Pasar Siti Khadijah)
  9. Buah pauh muda (Rantau Panjang)
  10. Ladies purse (hantaran lelaki ke perempuan)
  11. Kasut lelaki (hantaran prempuan ke lelaki)
  12. Baju baru.(Rantau Panjang)
  13. Tudung corak size S (Rantau Panjang)
  14. Settle kan borang nikah belah lelaki
  15. Bakul hantaran encik tunang. (Rantau Panjang)
    • En.tunang sangat berkenan dengan yang ala-ala pumpkin cinderella tuh.
  16. Kain pasang untuk pengapit - Warna biru tua
  17. Ole-ole untuk mak abah, pakcik and officemate.
Naik melecet and luka-luka kaki sebab banyak sangat berjalan.

Hari first tu migrain rasa nak pitam msa mula2 smpai smpi hari kedua. Ubat dah lama x telan.Kompem2 3 hari baru surut sakitnya. Tapi, x smpai hati nak kata sakit kepala kat en.tunang yg dh penat drive, kat mak en.tunang yg susah payang dukung adik bongsu en.tunang satu rantau panjang sebab kita kata nak pergi cari barang. Lagipun, jarang sekali nak smpai kelantan kan.. control je x minum air batu walau kat rantau panjang tu punye la pnas terik. Minum la jugak minum air limay suam dengan niat supaya sakit kepala kurangla sikit... haha.

Kita ni duk kata dalam hati supaya bersabar. tahan la selagi boleh tahan and teringat jugak dorang2 ni kata..

En. Tunang kata : Sabar selagi boleh sabar
Mak : Nak seribu daya xnak sibu dalehnyeee...

Tapi alhamdulillah berjaya la tahan sampai.. last day kat kelantan bangun pagi dah elok dah kepala nya. Kalau x.. berjenuh jugak menahan begituh. =)

Antara barang-barang yang berjaya di bawa pulang menggunakan seluruh kuasa kereta en.tunang ialah:

Macam ni tapu bukan ini. Mine with gold threads.
Mangga muda yang mahal 1kg- RM6 kat Rantau Panjang, balon la sebab dah teringin sangat
ni la bakul hantaran nye~~
2 biji toto queens..not king... :p

sambong len kali......~~~ nak mandi plak
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Monday, March 12, 2012

Personal : I am happily waiting

Tik...! Tok...! Tik...! Tok..!

I am happily waiting for this week to end.

Since, en.tunang will be here soon. >_<


p/s: untuk en.tunang.. --> weekk! :p

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Beauty Tips : 5 makanan yang bakal pengantin kena elakkan!


5 Foods You Should Avoid Before the Wedding  article photo


Orang kata, sia sialah usaha kita nak diet bagai kalau akhirnya perut kite juga yang sakit, masuk angin and kembung perut sebab ikat perut. Maybe la, kite ni nerbes, terlebih excited and semua-semualah perasaaan atau feeling yang bercampur baur. Kalau perasaan itu bahan kimia yang reaktif, dah lama dah hancur badan berkecai meletup. Huhu.. TAPI, jangan tambahkan kesengsaran ini dengan mengambil makanan yang SALAH. No no nooo........! Ada beberapa jenis makanan yang considered "BAHAYA" untuk di ambil menjelang hari besar kite tuh. 

SATU!
Air Soda atau Air Bikarbonat atau AIR GAS lah senang cerita. <--cik dayah minat air pepsi huuhu
Kenapa, mengikut artikel tu dalam air gas boleh menyebabkan PERUT KEMBUNG sekalikan mengembungkan perut korang dan perut akak jugak. huhu.. Bila perut kembung banyak angin, mulalah sendawa banyak. Sekurang-kurangnya tahan sampai habis majlis sanding. Jangan nati sendawa sedap plak bila masa akad nikah. Mcm x sabo bebeno je ann?? hehe 

DUA!
Makanan Berkanji. Kanji ialah adik beradik dengan air gas tadi. Kebolehan kanji untuk mengembungkan perut dan menhempuskan angin di atas dan di bawah adalah sangat tinggi. So, bolehla jauhkan diri dari kentang, pasta dan nasi at least sehari sebelum kahwin tu. aaa... so skrng boleh muntah kedarah makan bebanyak.haha. Lagi satu, jagung and roti pun sama. Kekalkan jarak selamat. Roti yang dicadangkan ialah ROTI PITA... em kenapa? tak tahulahhh...  >_<

TIGA!
Air kosong ialah air terbest dalam dunia yang perlu diminum sebelum dinikahkan. Cube cube elakkan dari minum air kopi, teh, teh o ais, teh 7 lapisan petala bumi, air gas, livita ke power root ke dan lain-lain minuman atau makanan yang ada kafein. Kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam badan dan boleh mengakibatkan dehidrasi semasa dan sepanjang hari bahagia kita tu. yang jugak membolehkan korang pengsan kat atas pelamin nanti. Dah jadi drama la plak kan. Porke porkey sangattt tuh!

EMPAT
Makanan pedas. makanan pedas ni akan meningkatkan suhu badan korang dan mengakibatkan korang berpeluh terlebih plak nanti. Ada sesetengah orang yang tahan pedas, kang sakit-sakit perut plak. Lagi satu, boleh jugak membusukan bau nafas dan maybe lagi teruk terselit lak tu cili kat gigi arnab korang! Cun sangat lah kan! huhu

LIMA
Susu dan makanan dari sumber tenusu. Korang kene limitkan jumlah laktosa yang masuk ke badan engkaurang. Aku jugak. Yogurt, keju, susu dan lain-lain termasukla coklat boleh dimakan tapi boleh mengganggu kesihatan perut korang kalau korang dalam keadaan nervous. Kalau nervos tu 10% je..kalau makan makanan tenusu naik jadi 90%. Gituhh? Ntahla..xtau jugak akakk..haha

Oh yess... ini bukanlah cik dayah punya pendapat, keje cik dayah ialah menterjemah artikel matsaleh yang best-best kepada bahasa melayu dan bahasa yang mudah cik dayah nak sampaikan semula kepada you ollss.. ok? oraitt... >_<

Sumber original boleh refer SINI
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Friday, March 9, 2012

Pre-Wedding : Konsep hantaran setel!

Hari khamis (semalam) lepas balik kerja, terus gi rumah makcik kat Bukit Ibam.. nak hantar barang hantaran untuk dia gubahkan. So dah hantar la segala jenis bunga, dawai, reben dan kain segala bagai. TAPI........! tertinggal satu benda..... Dulang hantaran yg nak digubah tu boleh plak tertinggal kat kuarterssssssss! Tensi betul.haha...

Dengan ini finalized sudah konsep hantaran perkahwinan saya............. ..Konsep asal : Honest Tiffany! (nama saya sendiri reka okehhh...) Why honest tiffany? tiffany tu refer pada elemen warna tema my wedding, tiffany blue..then untuk honest plak diwakili oleh bunga bungaan yang berwarna offwhite tu..suci you olss! hehe

Apa bahan-bahan yang dah finalized and committed kat penggubah hantaran ialah..

The Main : 120 kuntum Offwhite tiger liliesss.. >_<
Side : 120 kuntum Offwhite young roses
Side : 36 tangkai lavender, tapi bukan warna ungu, tapi biru untuk tacap tacap.
Dan akhir sekali... kita letakkan jugak rama-rama stokin mcm ni.. cuma warna je lain.. satu saiz kecik, satu lagi saiz besa. >_<

Side : 10 pcs small butterflies and 10 pcs medium butterflys.
Ada lagi nak letak.. kain satin.. bola cristal.. emmmm.. so, nantikan gubahan yang siap on my wedding day nanti k. MMuuah!

Sume mende ni beli kat Muadzam Je.. PISB and SUREE.. tak kose nak drive jauh2 stakat nak beli bunga.Penat taww... >_<




Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Thursday, March 8, 2012

BEAUTY TIPS : Syampu sebulan sekali??



Mengikut satu artikel Saras B.Weir (27hb Feb 2012),

90% orang Amerika menyampu rambut tiap-tiap hari. (lebih kurang kita la kan)

Balik pada 1000 tahun dulu, orang orang zaman dulu hanya syampu rambut sebulan sekali. Masuk tahun 1950-an, orang-orang perempuan sibuk nak gi saloon cuci rambut setiap hujung minggu.

Kulit kepala yang bersih memang best, fresh and menyenangkan hati. Tapi, terlebih basuh boleh menyebankan kesihatan dan pertumbuhan rambut rosak sama sekali. YEKEEEE!!!??

Purata rambut setiap manusia tumbuh kurang setengah inci setiap bulan akan cenderung menjadi kering dan bercabang di hujung disebabkan bahan kimia dalam syampu tu sendiri dan juga aktiviti cam blow rambut dengan hair drier, sental ngan tuala dan lain-lain lagi la aktiviti harian rambut.

So, sekerap mana kita nak syampu rambut sebenarnye ni??

Sebenarnya, bergantung kepada tahap berapa berminyak nya kulit kepala hangpa dan juga bergantung kepada tekstur rambut kite sendiri. Minyak ni datang dari kulit kepala kita sendiri..bukannya guna minya baby johnson ke, minyak masak,minyak tuti  or sebagainya.Minyak yang di maksudkan kan sini ni ialah yang matsaleh kate SEBUM.

Sebum ni mengembara lebih cepat jika rambut kita lurus, straight and licin. Nampak cam bagus je kan? Tapi berminyak tu cam gelimat la plak. Tapi hakikat mikatnya, sebum tu la yang membantu memberi kelembapan dan ke water resistenan ke pada rambut kita. Kenapa nak water resistan plak?? huhu

Inilah sebabnya kenapa orang yang rambutnya kerinting, beralun, berliku-liku dan bermegi-megi nampak lebih kering dan kusam disebabkan minyak sebum yang mencantikkan rambut tadi tidak dapat berjalan menuruni rambut dengan senang kerana jalan nya berliku2.

TAPI, bila dah kita basuh rambut hari-hari, secara tipikal nya korang dah pun membuang bersih khasiat sebum pada rambut korang.Membuang jauh kelembapan asli rambut korang dan akhirnya terpaksa beli moisturiser dan serum balik semula untuk kembalikan kelembapan.

Joe Murray, owner Hale Organix Salon kat New York mengatakan bahwasanya menyampu rambut beberapa kali seminggu dah memadai.Tetapi jangan hari hari.
Katenya lagi..
" kalau dik dik non semua tak tahan dengan rambut dek non berminyak walaupun baru tak syampu sehari, dek non bulihla balut rambut deknon dengan conditioner sampai telinga dan basuh kulit kepala nye aja..""
- hoh aku pun x paham die kata ape..hhuhu

Die kata lagi, instead korang syampu rambut korang.. cube hanya basahkan dan finishkan dengan sdikit condistioner... (mampu ke basahkan je..busuk plak rasenye)

Si murray bagi lagi satu tips.Katenye

"Kalau nak basuh rambut jugak.. instead of guna satu sudu syampu.. skrng buleh guna setengah camca je. untuk basuh rambut kalau nak basuh hari hari"

sebab apa? sebab bahan kimia syampu skrng yang sangat2 membahayakan..

Menyampu rambut sebenarnya bagus sebab membantu melancarkan pengaliran darah kat kepala..dan memberi nutriens kepada folikel rambut kita. Bukan sampu tu yang melancarkan darah tapi tangan kita yang menyental syampu kat rambut yang sebenarnya melancarkan darah kat kepala dan buat kita rasa FRESH gile kentang.

Kalau style rambut yang berkelumumur plak... pakai sikit je  syampu anti-dandruff tu kat tangan, sental kat rambut then  biarkan 20-30 saat.baru la bilas. Kalau tak..takdo guno nyo lah beli syampu "anti-dandruff" tu.

Kalau kita-kita ni selalu syampu rambut hari-hari memangla rasa habat benar kalau tak syampu rambut satu hari. Dia kata lagi.. cube selang sehari syampu rambut. Lama-lama rambut nampak lagi cntik menarik tertarik kau memang debom.

YEKE?? Allhualam...

Artikel ini diterjemah oleh Cik dayah yang takdek mood nak buat keje tapi ada mood nak merepek-merepek cmni. Hehe


ADIOSS



Artikel ASAL boleh refer kat sini:
http://shine.yahoo.com/beauty/often-wash-hair-222900620.html
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Monday, March 5, 2012

Pre-wedding : Decoration Hantaran

Kita kan sebenarnya sangat pening-pening mual-mual fikirkan hantaran kahwin ni tau. Rasenya penat memerah otak untuk hantaran tunang yang dulu pun tak habis habis lagi. Haha..

Dalam kepala dah la pening nak pilih warna hantaran, minat warna silver tapi warna silver dah guna untuk tunang haritu. Takkan nak pilih warna sama plak kan. Tapi kalau ikut hukum syarak, tak berdosa langsung pun kalau guna warna yang sama. TAPI kenapa kita nak serabut2 pikir warna mesti nak lain??
Haha korang tolongla jawapkan..saya NO KOMEN. hehe

Dari segi pemilihan bunga... kengkonon nak unik sangat.. nak try pakai ORKIDlah!
Jarang-jarang kadang-kadang jugak orang nak guna orkid, selain harganya yang mahal... susah jugak nak susun bagi cantik atas dulang...

Tapi kalau pandai gubah and budget pun banyak untuk hantaran..memang cun melecun lah!
Try la google hantaran yang pakai orkid.
Inilah hasilnya..

Semalam tengok kat PISB, satu batang bunga orkid RM16 ok... kalau untuk 11 dulang.. dah jadi RM176.00 bunga semata-mata belum ada tambahan lain. APEKEGILE?? ok fine. Abaikan terus bunga orkid. Huhu

Dah alang-alang pergi PISB tu.. carik la juga bunga lain kalau berkenan.. cuba lari dari norma ROS yang sangat biasa. So, nampak bunga lily yang tersipu-sipu memandangku..hahaks.

Ahah!!! Apa kata... kita gunakan BUNGA LILY!!! Yessszaaa
So, belila perpacking-packing bunga lily, dengan harapan yang sangat tinggi..tapi design ntah mana lagi nak buat cam mana..haha..
Contoh gubahan hantaran bunga lily... korang komenlah sendiri ye..cantik x..


 
ha.. OK...akhirnya dengan semangat dan kata sepakat yang kuat.Saya memilih LILY!
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Sunday, March 4, 2012

Pre-wedding : Checklist *Update

wedding to-be-done

About Kahwin Thing -  PAIMS
  • Kursus Kahwin – Done
  • Borang Kahwin - Done
  • HIV Test – Done
CATERING Done ( Haji Razi )
  • Makan Beradat -  Done (Hanizan Mala)
  • VIP Table – Done
  • Guest Table – Done
PELAMIN –  ( Hanizan Mala )
  • Nikah – Not Yet Done
  • Sanding – Not Yet Done
  • Mini Photo Booth – Done
KAIN BAJU
  • Nikah – Done
  • Sanding – Done (Hanizan Mala)
  • Songket = Done (Hanizan Mala)
TEMPAH BAJU - (Hanleesa Tailor)
Mine
  • Nikah – Done
  • Sanding – Done
En.Tunang
  • Nikah – Done
  • Sanding – Done
PHOTOGRAPHER
  • My Side – Done (Rumput Liar)
  • Hubby-to-be – Done (Rumput Liar)
MAKE UP :
  • My Side – Hanizan Mala = Done
  • Hubby-to-be Hanizan Mala– Done
INVITATION CARD -
  • guest – done (gedungkadkahwin) : 1000pcs
  • Giftbox - done (Freegift by gedungkadkahwin) : 1000 pcs
  • Buntings – 2pcs : Done (free by gedungkadkahwin)
  • guestbook card (D.I.Y) - done
SOUVENIRS :

  • Bunga Telur – Done
  • Door-gift content - Done
HANTARAN :
  • Dulang hantaran - Done (recycle masa tunang dulu)
  • Decoration - Done
  • 11 Barang hantaran - 90% done
  • Khidmat Menggubah - Done (My auntie)

HENNA - done (Reenu, JRKV)
PA SYSTEMMDR Done
DEWAN/KERUSI/MEJA - MDR Done
CAKE – done ( Aida)
DECO FOR TABLE - Done (Haji Razi)
KASUTDone (absoluteamy)





Fuh...banyak lagi KIV nih.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...