Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Pre-wedding : AirasiaGO

Mesti ramai korang-korang yang nak kawin cari pakej honeymoon kan kan? Kite pun penat cari juga. Nak cari kat kedai atau cari agen tu cam susah sikit. Tak berapa nak ada masa. So, semua pun survey online je lebih mudah lebih senang.

Korang boleh cari pakej honeymoon oversea, if beli ticket flight sahaja maybe harga lebih mahal sikit la. Tapi kalau beli secara pakeh maksudnye (Flight+hotel+tour) murah sikit. Kadang-kadang murah banyak jugak, sampai 50% murahnya.

So, antara laman web yang best nak recommend are

PYO Travel
Comment : Pakej die memang murah if ambil dengan flight sekali. Tapi susah sikit nak kompemkan hotel tu provide makanan halal ke tak. Kene buat research sikit. Apa pun, kita orang islam, mestila kene research hotel oversea ni. Aritu pernah booking, tanya hotel tu halal ke tak... die tak kata halal, tapi pork-free. If pork-free ada kemungkinan guna bahan lain yang tak halal. Syubhah plak..so haram jugak. Jadinya cari la hotel lain. :) Bese hotel dia hanya provide breakfast. Yang lain cari sendiri. Takpe, semua orang pun makan, mesti banyak restaurant. :)

POTO Travel
Comment : Pakej kat sini, memang berpatutan and orang kata complete. Yang paling penting owner die MUSLIM dan semua perjalanan die menitikberatkan keperluan MUSLIM contohnya makanan die pastikan halal, waktu sembahyang pun dia ambil berat. :) Dari makan pagi hingga makan malam semua halal.


AirasiaGO
Comment : Last sekali ialah khidmat tour+flight dari syarikat penerbangan termurah di dunia, iaitu AIR ASIA. Oleh kerana owner dia bukanlah MUSLIM,jadinya pemilihan hotel perlukan sedikit research lah. Tak susah pun nak research.Pakcik Google kan ada. Tapi memang boleh dapat murah2 sungguh di kala air asia buat promotion. Kene alert and plan awal2 seawal 6 bulan or setahun. Kalau jenis semua nak last minute.. susahla nak plan-plan pakej yg murah2. huhuhuhu..

Untuk kitorang, memula pilih PYOTravel since pakej die murah baik punya. 1.2K untuk 2 orang semua included. Tapi at the end, ada problem sikit tentang flight confirmation. Jadinya, suggest ambil flight ticket yang sama tapi ubah holiday package under airasiaGo. jadinya sekarang completely pakai AirAsiaGO. Mahal sikit takpe, janji yakin semua sempurna.

Ke mana kitorang nak gi untuk honeymoon?? haha teka lah sendiri.. ni gambar tempatnya.. ~~


semua update tentang hotel, flight, airport transfer nanti lepas balik honeymoon k.Baru la boleh buat penilaian dan komen yang tepat. InsyaAllah..~~ >_<
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Saturday, March 24, 2012

Personal : Nurul's wedding 2403

Rasenye baru haritu masuk posting dekat politeknik ni sama-sama. Masa tu perancangan nak kawin sikit pun xda lagi. Nurul pun selalu je risau agak-agak bila dia nak kawen since masih tak pasti hatinye milik siapa. Itu cerita setahun dulu.

24. 03. 2012, setahun 3 bulan nurul kat sini. Jodohnya sampai dan tuhan anugerah kan suami yang tercinta yang mengangkat akad menikahi nurul. Kesal juga, tak dapat hadir majlis nikah dia. Tapi ada tuntutan kerja lain yang membuatkan niat itu tak tercapai.

Kami berempat dari sini gerak ke Batu Pahat jam 10.20 pagi. Kereta WAJA wnt milik si folan sedia berkhidmat kali ini membawa kami jauh ke Jalan Mengkudu, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Pine Tree Hotel, Batu Pahat
Destinasi perkahwinan Nurul ialah PINE TREE HOTEL.Batu Pahat. Tak seorang pun dari kami berempat pernah sampai hotel ni. So, dengan berbantukan GPS free ku yang mantap, Sygic. Alhamdulillah, sampai dengan jayanya tanpa sesat sedikit pun. :)

Masuk2 hotel, tanya dengan member office yang jadi pengapit. Pengantin belum sampai pun lagi rupenye. Kitorang ni dengan niat murni kononnye nak tunggu pengantin sampai. Tapi..heheh... lapa sangat plak.. tak tertahan. So naik la makan... smpai2 je tingkat satu. Bunyi kompang plak.. pengantin dah smapi... hold dulu la makan.Bagi laluan kepada raja sehari.

Nurul and Jeff (husband nurul) memilih busana Purple. Memang nampak cantik nurul hari ni. Pelamin dia pakai bunga-bunga besar tuh!!! My wishlist tau. Tapi tak kesampaian.  Nak tengok pelamin dia? Ni ha..

Selamat Pengantin Baru Nurul... :)
Balik dari kenduri singgah sembahyang kat Masjid Sultan Ismail., lepas tu singgah kat Batu Pahat Mall. BP Mall nak minum. Dahaga sangat rasanya. Cuaca pun panas terik.


Kitorang main pusing-pusing dalam tu. Termasuk IT mall.. and terbeli lah Logitech wireless mouse and keyboard. Memang dah lama nak beli. Akhirnya tercapai jugak. Harga pun ok la. Bawah RM70. Compact size. Keyboard ni sangat2 berguna di kala-kala nak buat analisis exam nanti. Berjuta nombor nak key-in. Kalau takda mouse yg ada numeric keypad ni.Bisa gilak!

Logitech wireless keyboad mouse combo! RM69

Lepas tu masuk POPULAR pula. Member nak cari buku...kitorang memang suka baca buku ilmiah sikit. Bukan poyos tau. Sekadar mengisis masa terluang dengan ilmu yang senang dicapai. Nak belaja double degree tak mampu. huhu

Tapi saya tak beli buku gitu.............. hehe.. nak tau saya beli buku apa?
 .
.
.
.
.
.

TARA........ beli buku masakan you all...!

kengkonon ni nak kawen kan.. kene la belajar masak yang best2 semua... nati kalau husband ke mak ke mak mertua teringin nak makan apa-apa.. bolehla buatkan dengan senang hati sebab tau cara buat... sedap x sedap belakang kire.. ada lidah leh rasa kot... hehe

Lepas tu baru la gerak balik Mukzam.. tolak tambah singgah isi minyak ngan sembahyang. Selamat sampai mukzam pukul 10.00 malam. Alhamdulillah.

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Thursday, March 22, 2012

Pre-Wedding : Shopping Haven @Kelantan!

Sekali lagi, dpaat peluang untuk pergi Kelantan. Kali ni dengan en.tunang. >_<
Berjumpa sama itu bakal mak mertua orang kate... lalala...

Duk fikir2..kan..nak nikah ngan orang kelantan... jauhnye la rasa kalau balik kampung nanti...
walaupun husband-to-be jugak yang bawak..tapi yang dok sebelah ni.. dah habis satu kereta buat main sebab tak tahu nak buat apa..boring jugak.. pasni nak belajar mengait la.. boleh mengait baju dalam keretea. Poyos gile plak.haha

Kalau balik dari Mukzam xla jauh lagi... tapi kalau balik dari Kulai johor.. OMG.. tak terbayang dek kepala. hehe. Teringat kat makcik yang duk johor.. asal nak balik Tanah Merah je..kene naik kereta api...hohoho.. lagi mencabar sangat tuh...

KPI pergi kelantan kali ni adalah untuk mendapatkan semua brng dlm list ni :
  1. Telekung sulam hantaran lelaki ke perempuan
  2. Cincin nikah en.tunang
  3. Cincin nikah mis.tunang
  4. 200 pcs vip doorgift
  5. 200 pcs yassin
  6. Toto 
  7. Cadar queen untuk rumah sini.. (lepas kawen nak cadar baru!!)
  8. Cerek air untuk mak
  9. Buah pauh muda
  10. Ladies purse (hantaran lelaki ke perempuan)
  11. Kasut lelaki (hantaran prempuan ke lelaki)
  12. Baju baru.
  13. Tudung corak size S
  14. Settle kan borang nikah belah lelaki
  15. Bakul hantaran encik tunang.En.tunang sangat berkenan dengan yang ala-ala pumpkin cinderella tuh.
  16. Kain pasang untuk pengapit - Warna biru tua
ha... banyak kan.. haha... tak tercapai akalmu! ehehe. Balik kelantan pun bukan lama.. 3 hari 2 malam jek. 
Tapi alhamdulillah... en.tunang, mak en.tunang and adik en.tunang, yana sangat2 laa sporting je jalan kesana sini.
So banyak jugak la dapat nye walaupun tak semua.

KPI yang dah tercapai
  1. Telekung sulam hantaran lelaki ke perempuan (Wakaf Che Yeh)
  2. Cincin nikah en.tunang (Bandar KB)
  3. Cincin nikah mis.tunang (Bandar KB)
  4. 200 pcs vip doorgift (Pasar Siti Khadijah)
  5. 200 pcs yassin
  6. Toto (Rantau Panjang)
  7. Cadar queen untuk rumah sini.. (lepas kawen nak cadar baru!!)
  8. Cerek air untuk mak (Pasar Siti Khadijah)
  9. Buah pauh muda (Rantau Panjang)
  10. Ladies purse (hantaran lelaki ke perempuan)
  11. Kasut lelaki (hantaran prempuan ke lelaki)
  12. Baju baru.(Rantau Panjang)
  13. Tudung corak size S (Rantau Panjang)
  14. Settle kan borang nikah belah lelaki
  15. Bakul hantaran encik tunang. (Rantau Panjang)
    • En.tunang sangat berkenan dengan yang ala-ala pumpkin cinderella tuh.
  16. Kain pasang untuk pengapit - Warna biru tua
  17. Ole-ole untuk mak abah, pakcik and officemate.
Naik melecet and luka-luka kaki sebab banyak sangat berjalan.

Hari first tu migrain rasa nak pitam msa mula2 smpai smpi hari kedua. Ubat dah lama x telan.Kompem2 3 hari baru surut sakitnya. Tapi, x smpai hati nak kata sakit kepala kat en.tunang yg dh penat drive, kat mak en.tunang yg susah payang dukung adik bongsu en.tunang satu rantau panjang sebab kita kata nak pergi cari barang. Lagipun, jarang sekali nak smpai kelantan kan.. control je x minum air batu walau kat rantau panjang tu punye la pnas terik. Minum la jugak minum air limay suam dengan niat supaya sakit kepala kurangla sikit... haha.

Kita ni duk kata dalam hati supaya bersabar. tahan la selagi boleh tahan and teringat jugak dorang2 ni kata..

En. Tunang kata : Sabar selagi boleh sabar
Mak : Nak seribu daya xnak sibu dalehnyeee...

Tapi alhamdulillah berjaya la tahan sampai.. last day kat kelantan bangun pagi dah elok dah kepala nya. Kalau x.. berjenuh jugak menahan begituh. =)

Antara barang-barang yang berjaya di bawa pulang menggunakan seluruh kuasa kereta en.tunang ialah:

Macam ni tapu bukan ini. Mine with gold threads.
Mangga muda yang mahal 1kg- RM6 kat Rantau Panjang, balon la sebab dah teringin sangat
ni la bakul hantaran nye~~
2 biji toto queens..not king... :p

sambong len kali......~~~ nak mandi plak
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Wednesday, February 8, 2012

Vacation - Kelantan/Terengganu/Pahang

Alhamdulillah... kita masih ada masa lagi untuk menyambut hari kelahiran nabi junjungan kita sekali lagi pada tahun ni. So, salam maulidur rasul untuk semua and jangan lupa berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W okey??

So, sempenan maulidur rasul ni, poli dapat cuti isnin... syg x dapat sambung cuti thaipusam ari selasa. Kalau tak..dapat la lama sikit guling-guling atas katil, rehat2 kan minda dan kaki jua mulut setelah hari2 membebel bagi lecturer, nasihat dan pandangan pada students yg dtg bertanya. Hiks

Nak dijadikan cerita entry ni.. hari jumaat hari tu.. member office ada tanya sama ada nak ikut balik Kelantan atau tak untuk menziarah officemate yang masuk wad kat Hospital Kota Bharu. Kalau ikutkan kondisi kewangan, memang dah tak nak pergi dah. Tambah plak.. xda sedare mare plak kat sana nak tumpang tidur. Lagila x mahu nye. Tapi... dalam x mahu x mahu..jauh dalam sudut hatiku yang suci murni ni.. memang tersangat nak la pergi. Sebab apa???

Seumur hidup belum pernah jejak kaki ke Kelantan kowwwt........... hahah sakai gila kan?? malu malu malu malu

Pastu..rezeki tuhan bagi... ada juga la member poli yang memang kampung kat kelantan nak balik kampung juga.. So, tidor la rumah dia. Alang-alang, sampai kelantan nak melawat member kat hospital..boleh la juga berjalan tinjau tinjau kawasan. Sambil menyelam minum air...okehhh

Banyak betul tempat yang kitorang pergi dalam 3 hari perjalanan ni.. thanks banyak2 la pada driver and co-pilot yang sangat2 sporting, sangat suggestive and sangat-sangat sangat lah..hahaha... korang leh tengok kronologi nye kat bawah ni.. :)

4 feb 2012 : 0640 am : driver dah mesej suh siap.. nak amek kul 7.00 pg tapi ai mandi pun belom..ooh no!
4 feb 2012 : 0740 am : Baru gerak sebab tunggu member jb yang pakai hondacity tuh siap. hiks
4 feb 2012 : 0930 am : Berhenti di Cheneh, Jabor for breakfast
4 feb 2012 : 1240 pm : berhenti beli cendol ngan kopok lekor kat mana ntah lupe plak tapi kat terengganu la.
4 feb 2012 : 0210 pm : sampai kat Kota Bharu and solat dulu kat surau dekat2 ngan hospital tu.
4 feb 2012 : 0230 pm : Masuk KB Mall, cari buah tangan untuk baby member yang masuk wad tu.
4 feb 2012 : 0230 pm : Pergi cari rumah en.tunang kat pengkalan chepa! sempat lagi
4 feb 2012 : 0415 pm : Berborak2 di rumah en.tunang
4 feb 2012 : 0500 pm : Gi melawat member kat hospital sebab waktu melawat start kul 5 ptang, sekian.
4 feb 2012 : 0600 pm : Lepak kat Pantai Cahaya Bulan sambil makan jagung rebus besa gile. hoho


4 feb 2012 : 0730 pm : Gi Masjid depan parkson kb tu untuk sembayang.
4 feb 2012 : 0815 pm : Makan kat stesen bas? I could not remember the place. Nasi kerabu gile murah, banyak lak tu.. sedap bagai! oh no lagi!
4 feb 2012 : 9.00 pm : Gi wakaf che yeh! xda beli gapo2.. xdop duit.huhu
4 feb 2012 : 10.30 pm : Balik umah nenek member. Tido.



Tamat sudah satu hari yang  sangat memenatkan bagi penumpang, apetah lagi tukang drebar..he

5 feb 2012 : 0900 am : Bergerak ke Rantau Panjang...! hooo yeahh!
ada la nampak masjid beijing tu.. kenapa nama masjid beijing, sbb rekaan die kot

5 feb 2012 : 1100 am : sampai kat betul2 pintu masuk pasar rantau panjang tu...
5 feb 2012 : 0130 pm : Baru dapat masuk dari gate! huhu lama gila kooot
5 feb 2012 : 0400 pm : Lepaskan diri dari kesesakan Rantau panjang..he

and singgah minum air klpa ..

5 feb 2012 : 0645 pm : Sampai Kb and solat2.
5 feb 2012 : 0740 pm : Masuk KB mall makan McD
sempat jugak suh member beli baju..sambil tunggu die kat fitting room..ofkosh sempat posing

5 feb 2012 : 1000 pm: Balik umah tidooo

Esok nak gerak balik muadzam dah. Kitorang decide untuk guna laluan pantai so that boleh la tengok pantai...... hehe jakun kan?


6 feb 2012 : 0830 am : Gerak dari rumah nenek member di Melor, Kelate
6 feb 2012 : 1100 am : Berhenti minum air kelapa sambil borak2 kosong kat Marang, Terengganu. Tepi pantai woo syok gile..
6 feb 2012 : 0130 pm : Melawat Masjid Kristal and Bangunan Monumen kat kuala terengganu. Posing2 sikit.

6 feb 2012 : 0230 pm : Bergerak ke Pasar Payang nak cari batik sutera terengganu untuk mak abah. (^_^)
6 feb 2012 : 0315 pm : Dah lapa, kitorang decide tapau lunch and lepak kat Pantai Batu Buruk, Terengganu
6 feb 2012 : 0400 pm : Sembahyang kat Masjid Terapung, Terengganu sebelum gerak turun Pahang.
kitorang akan pastikan bukti gambar tu ada..haha..

6 feb 2012 : 0830 pm : Sampai kat ECM, Kuantan untuk cari handphone baru untuk member.
6 feb 2012 : 1130 pm : Sampai Muadzammmmmmmmmmmmmmmmmmm!!! yeayyyhuuuu.

Masjid Kristal - Google
Masjid Terapung - Google

 tido tido tido

Sekianlah vacation untuk kali ni.



Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...