Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2012

Pre-wedding : Busana Persandingan Part II

Salam..

Lagi 8 minit nak habis waktu kerja. Hari ni sibuk sikit dengan student Final Project. So, lat entry cerita tentang baju songket kan. Memang teringin sangat-sangat nak pakai baju songket. Walaupun tak pakai masa bersanding, orang nak pakai time kat rumah je.Lepas majlis. Yang penting pakai buat bergambar.

Kali ni nak cerita tentang baju main yang nak dipakai kat dewan. Masa tunang dah pakai kebaya kan..so kalau boleh untuk sanding tak mahu lah kebaya lagi. Mau try yang lain. walaupun bnyak je lagi kebaya yang memang cantik2..tapi xmahu dah kebaya. InsyaAllah, bersanding sekali seumur hidup..mahu la rasa baju lain lak. Kebaya nati lepas kahwin, beli la pakai try2 kat umah masa wat candle light dinner ker... hahahahaha.. xkose nyah.. pakai kain batik ngan t-shirt mikey mouse sudah...

Dress ni ala-ala princess la sikit kan kalau bersanding tu.. mahu la ada feel jadi princess sekali seumur hidup...
Tengok la dress pengantin kat bawah ni....comeeeelll sangat

Ni dress + kebaya labuh... emm cantik kan.. tapi tak minat sangat sebab kebaya tuh..he
Dress jugak ni... warna tu x berapa minat tapi design die sangat la minat. So sape berminat, leh kontek no tertera la ye. Jangan kontek cik dayah plak.he
ni dress hatta dolmat...x mampu den
yang ni dress ala-ala princess dari mybride. cantika ann ann?
masih juga dari koleksi BUTIK MYBRIDE.. goges nya kalau ada warna tiffany blue. :)


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Sunday, January 29, 2012

Pre-Wedding : Busana Persandingan PART I

Baju untuk sanding ni trivia jugak. Lebih susah daripada nak cari ilham untuk pelamin. Huhu.. dahla badan tak berapa nak cantik..itu lagi masalah. Nak diet pun susah... kelas punya la packed... naik tingkat 4,  3 kali sehari plak tu..Nak pakai baju yang sesuai pun payah. Sob sob sob... sedih giler.Waaa... nak nangis rasa.

Dalam-dalam sedih tu banyak jugak la survey baju sanding.. hehe... muat tak muat perkara no 34, yang penting cantik di mata.. dekat di hati wa si bakal pengantin. Betul x? hee.

Bersanding kat dewan xda la main tukau2 baju pun.. sepasang tu jela.. tapi ai nak jugak pakai sepersalinan songket tradisional. Dah jarang dah zaman sekarang pengantin nak pakai songket. Sume nye pakai kebaya indonesia, dress ngan apa jenis kain lace lagi ntah. Cantik-cantik pulak tu. Tapi songket tadi bukanlah untuk main custom..tu nanti lepas sanding kat dewan. Nak pakai wat bergambar dalam bilik pengantin jek. Boleh? hehe

Antara songket yang memukau jantung dan menjadi sumber inspirasi... warna-warna yang not stereotype sangat..


less bunga tabur  is goges - hijau gini mmg cun habis
purpleliciousss yang dorang pakai ni pun gila batak cantiknya.. tapi tak mau la baju putih gitu..cm x kena plak..
aaaaaaaaaaaaa cantiknya warna ni... with the correct bunga tabur design. simple but gojes.
i love this color like a love songggg! mmuahh!
sape kate songket ketinggalan zaman?? cun gile jekk kan? hehe
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Saturday, January 28, 2012

Pre-wedding : Baju nikah

Alhamdulillah... minggu ni minggu jimat.. rezeki melimpah ruah. Aritu dapat makan lamb chop kat Jentayu.. walaupun 17 hengget reganya janji dapat makan. Dah lama teringin pun.

Pastu semalam, 28hb Januari 2012, Sabtu, pakcik jemput datang majlis cukur jambul adik sepupu lelaki yang comel berusia 1 bulan setengah. Nama dia Aiman Zafran. Dah makan free dah kat situ.

Hari ni, Ketua Warden (kw) buat majlis hari jadi anak dia plak.. AMNA... makan free lagi kat situ.. terbaekk..

Eh? ada kaitan dengan tajuk entry? xda kan... ada aku kesah? heheheh

Ok.. back to the topic.. baju nikah ni cam biasa la.. tanya la sesiapa pun mesti warna untuk baju nikah warna putih sinonimnya dengan sedikit hiasan, sedikit garam dan sedikit gula... (>_<). Lebih kurang macam baju orang guna untuk bertunang la kan. Tanya en.tunang pun sama lah. "putih la kan.." gitu je die jawap.. bese nya tak tanya pun saya dah tau dah... jawapan die adalah skema jawapan manusia sejagat.. xda lain nye..hehe

Baju nikah lelaki sama je la.. baju melayu. So kita end kan je di situ. Untuk saya plak si bakal pengantin pompuan... macam biasa puas juga mencari idea nak pakai baju cenggana... baju kurung moden ke..baju ceogsam ke.sari ke...

tapi akhirnya teringin plak pakai jubah moden. Still sopan santun cam orang nye jugak. Uhokk.

Pencetus aspirasi untuk baju nikah ni.. adalahhh... IRNA MUTIARA ataupun nama glamor nya di PARIS ialah IRNA DE PERLE... she is a top indonesioan muslimah designer... nak tengok jubah2 yang die design? Cer tengok bawah..

subhanallah...punye la cantikk baju ni kan?? kan?? (>_<)
sweet rose... bak bidadari dowhh baju dia..hayyak... ~~faint
Yang ni design yang juga cantik tapi lebihh simple..

boleh suh taylor jahitkan tapi korang beli la warna soft sikit..merah ni kang tok kadi yang jadi gagap..hehe
atau.. yang ni pun gile suwwiitt..

jubah yang amazingly beautiful with a simple chiffon extension. >_<
Okay..dapat bayangan cmne baju nikah ai?? warna saya pilih... offwhite. Apa beza ngan white? korang cari la sendiri. (^_^). Dah beli kain kat jakel mase promosi hujung tahun las month.. and baru minggu lepas g hantar kat taylor.. ingat nak gi ukur baju sekali ngan en.tunang.. tapi makcik kata takut tak sempat buat since die dah banyak terima tempahan baju kahwin orang lain.. kang tak siap kang...nangis lak ai..hehe..

p/s: tak sabar nak tunggu baju siap.. (>_<)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Pre-Wedding : Pelamin of pelamin!

Lepas pening-pening fikir warna tema. Nak kena fikir plak nak duk pelamin yang mcam mana since zaman skrng ni, pelamin dah macam-macam sangat... konsep garden la, konsep urban la, konsep jawa la.. tinggal lagi konsep angkasa lepas je dorang taknak buat lagi..

Since, wedding ni akan dilaksanakan di dewan, so pelamin yang nak di pilih pun kene agak besa sedikit supaya tak nampak tenggelam dalam dewan. Dahla pengantin dah sedia kecik..satgi pelamin pun kecik..hilang plak..hehe

So untuk dapatkan idea yang bagus2.. kena selalulah survey laman web weddingplanner yang gempak-gempak..walaupun tak tercapai dek simpanan dan loan untuk dapatkan service depa yang bermula 60K..tapi kita masih boleh ciplak ambil ilham dari kekretifan dorang...

Antara konsep2 yang sangat berkenan di hati saya dah kumpulkan kat bawah ni.. semua je ala-ala angan angan puteri kayangan... kalau hanizan mala boleh buatkan... memang terbaek sangat la... hehehe

ARABIAN
Sekarang femes jugak konsep arabian ni... memang cantik sangat2 la kalau dapat buat.. tapi mesti2 la mahal kan.. kalau dapat ni... xmau gi mane dah..nak tido atas pelamin.. (>_<)

Pelamin ni by ARIWEDDING. Too much! too much cantikkk!! tolong!! huhu
o mai mai.... cantik sangat la kalau aku yang duk kat situ... >_<

FANTASY
Selain arabian skrang gak famous ngan pelamin ala-ala cinderella..siap ada kuda kau.. tu sume matsaleh, kalau nak ala-ala melayu, ate kene tunggang korobauuu..hehe

ni la pelamin idaman ku..tapi andam kata die xleh buat..sedih :(

Ni pun ala-ala merak kayangan biru la tuh..banyak bulu ayam..he
tengokla..bunga banyak gile..sweet... kategori fairytale gak..
cantik ann panel die.. love it love it
wowwi...wonderland.. siap pokok lagi u..! Kalau nak kelainan, korang  boleh bina pelamin dalam hutan FRIM ke.. original pokok tau!
Sekarang kita masuk yang pelamin URBAN, MODERN and ALA INGGERIS..menarik juga

ni dia.. sekali pandang cam UFO pun ada... tapi nila urban dari DINAHALIM
  
by MAHLIGAI CREATIVE... retro urban concept.. mak kata cam rumah tamu je..huhu
jugahasil nukilan MAHLIGAI CREATIVE yang awesome!
pengsannnnn............! sangat cantik and sweet kot
Pelamin sangat2 banyak yang cantik... yang orang paling2 la minta is yg arabian tadi dengan yang fantasi bunga2 banyak tu.. Nampaknya impian tak berapa boleh nak capai... (T_T) tapi takpe... yang penting pelamin tu nanti buat ai n en,tunang berseri2 cm raja n permasuri..cukupla.. (^_^)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Pre-Wedding : Warna tema!

Selesai majlis tunang... mestila kena fikirkan plak preparation untuk kenduri kahwin.
Pening memang pening. Tak tahu nak start dengan yang mana. Lebih teruk lagi tak tahu apa yang kena ada and takda. Kalau pergi jumpa wedding planner, mesti kene add-on service dengan banyaknya and banyak la jugak yang kene charge nye.huhu

Mama kata yang paling penting fikir dulu warna tema. Orang terdiam sekejab. Selama hidup ni mmg takda sangat warna yang betul2 hardcore minat.Asalkan warna tu cantik, cukup gelap untuk menyerlahkan keputihan dan kemulusan kulit sudahla.hehe

Masa bertunang dah pilih warna silver, trend skarang sume warna pun nak matching dengan warna silver.. tapi rase nak try warna-warna yang pastel and very soft plak.. nampak cam suci murni, ditapis dua tiga kali..

gugle punye gugle, berkenalanla dengan website ni.. theperfectpalette  very helpful and I found some interesting color yang berkenan benoo di hati...


Tiffany blue
white - ofcos
warna light coral ni jgak cantekk...
Aqua + Tiffany blue + white
nampak lain tapi cantik kot  - gray+ yellow
So? agak-agak warna ape yang tercantik di mata korang? hehe...

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Friday, January 27, 2012

The Engagement Day

27.11.2011 came with full of nervousness and questions.
Macam-macam soklan kat dalam hati ni,
Macammana la majlis ni nanti, since I was the first to be engaged in family..
Cukup tak makanan nati..?
Macammala keluarga dorang tengok rumah yang tak serupa rumah ni..
Since bukan rumah yang "normal" huhu
and macam-macam lagi...

Alhamdulillah semua pun berjalan dengan lancar...
Now I am engaged.
Selamat menjadi tunangan orang untuk
insyaAllah 6 bulan ikatan..

So enjoy the event's picture..












Semoga ikatan pertunangan ini kekal diberkati sehingga majlis walimahnya nanti.. :) Amiin..doa doakan la ye
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Thursday, January 26, 2012

Pre-Engagement VII : Hiasan Bilik

Untuk majlis bertunang and risik ni, xda pelamin tau... aktiviti sarung mensarung cincin dibuat dalam bilik.. so tunggu dalam bilik je..bila orang-orang tua habis sesi balas-balas pantun seloka, mak and nenek en.tunang akan masuk nak sarung cincin..

Teringat masa tunang tu, masa dorang sibuk berbincang kat luar, saya ngan adik beradik lain sibuk berposing tangkap2 gambar, bila dengar je yang bunyi "dah habis, nak sarung cincing dah" kelam kabut ai cari posisi nak duduk tepi katil cmne..control ayu la apelagi..hehehe.. janggal nye la hai.. sabau yolah..

Kerja hias bilik mak yang buat... nasib baik mak pandai menjahit, so jimat upah jahit langsir bilik. Syukur sangat-sangat. Sebab upah jahit langsir mahal jugak.. so, beli kain langsir je dalam 30 meter (RM50) and reben. Simple. Gantung ke dinding.dah nampak cm bilik pengantin.

Yup..tambahan lagi budget... tambah la budget untuk beli cadar pengantin yang simple2... aritu beli kat jakel
RM250 kot...tak ingat lak.

X jumpa plak cari gambar yg bersamaan dengan hiasan bilik aritu.. nati2 ada masa.. saya upload. :)

Ni la bilik masa majlis tu with my friends and siblings.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Pre-Engagement VII : Baju Tunang

Hooo..ni entry yang penting jugak ni. Seikhlas hati nak cakap memang niat sebenar nak pakai baju yang simple mimple je. Dah survey dah pun banyak-banyak kali kat facebook and blog-blog yang jual baju kurung moden yang memang dah sah sah cantik gile.

Tengok orang sekarang tunang pun dah cam sanding tau.. baju adulahai..cantik2 sangat..

tapi ada gak berangan nak baju ala-ala hartis... cutting sana-sini. Hingat badan cantik cm nora danish ke? haha
tapi cam best la kalau dapat... kalau la.. kalau..huhu

Goges gile walaupun simple. Meghelappppp!
Cantik baju die.. xde ape hiasan pun..tapi stil mabeles.. tapi tang atas kepala tu mcm duk letak sebijik hantaran arma abdul rahman? hikhik
Baju kurung moden hak pakai buat raya pun banyak yg boleh pakai juga untuk majlis tunang...

Simple annn?? rega dalam 150++
Sama gakla.. rega pun lebih kurang senye

 And.. orang beli baju warna cream sikit, still kurung moden.. dari Butik Sara (sila cari nama tu kat facebook)

Tapinye.. bila baju sampai.. orang puas hati sangat2.. tapi mak saya tak suka pulak dah....... die suh g butik pengantin, cari baju molek sikit katenye..huhuhuu..

Baju tunang tu macam kebaya kat atas..warna silver..tapi kain je lain sulamnye..
Baju kurung moden yang saya beli tu akhirnya dipakai oleh adik bongsu..sedih...huhu (T_T)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Pre-Engagement V : 7 balas 9

Yup..masa mula-mula rancang dulu mmg nak simple je.. takyah hantaran barang pun xpe..yang penting ada cincin ngan duit tanda. Tapi ape bleh buat kalau belah laki kata nak bagi 7 dulang? Hehehe..Kite kene la balas 9 dulang... (^_^)

Mesti nak tau kan apekebenda la nak letak dalam banyak-banyak dulang hantaran tu.. jenuh jugak sebnarnye nak pikir, sebab setiap dulang pun kene kuarkan budget... huhu.. tambah dulang, bertambahla budget. Ready and Go je lah. Ingat je satu perkara dikala rasa susah nak handle sorang2

Nak sibu daye.. 
taknak sibu dalehnyeeerrrr.. 
Susah-susah hari ni..
Kene hadapi juga..
Sebab esok masih ada.. 
Satu lagi..
Kite yang nak sangat tunang..
Kene hadap jugak ler...
hehe

So, antara list hantaran dari pihak saya ke en.tunang ialah.......
    • Cincin en.tunang
    • Sirih Junjung
    • Bunga Rampai
    • Buah-buahan
    • Kek
    • Coklat-coklatan
    • Kain pasang + kain pelekat
    • Sejadah + Songkok
    • Towel
So ada sembilan kesemuanya... yang lelaki sy tak silap saya en.tunang bagi
    • Cincin
    • Pulut
    • Kain Pasang
    • Kek
    • Buah
    • Sirih Junjung
    • X ingat plak satu lagi ape..huhu
Gambar nati sila refer ke hari berlangsungnya majlis ye. (^_^)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Wednesday, January 25, 2012

Pre-Engagement IV : Idea Hantaran

Entry kali ni tentang hantaran..... serious la pening kepala cari idea macam mana nak hias hantaran supaya yang penting cantik, menarik kau memang debummm..  dulu-dulu masa tak penah fikir nak tunang, sengaja-sengaja cari senang je dapat idea, tapi bila dah time nak bertunang, diri sendiri lak tu kene fikir, jadi rambang mata.. lagi2 artis kawin sekarang nak tunjuk2 sape cantik..sape lagi gempak.. lagi berkobar-kobar la semangat nak meniru dorang tu...hehe

Cer je korang tengok gubahan-gubahan ni.. tak ke gile cantiknye??? macammanala aku tak gile nak pilih ideaaa ni weeii...!! (>_<)

Warna klasik merah-putih tapi deco dia..mantop..standard artifak dalam muzium ni..mahal ni..
Ini... oooo goshhhhh...gile goges swwweett
Yang ni.. fruit-english-garden punye tema, x gile punye cun?? aduuhh

And memang banyak lagi la yang cun-cun.. yang lebih sederhana budget nye mcm guna dulang besi/kayu yang dah ukir2 cantik tu.. less on decoration tapi still nampak cantik gebevass gitu..

dulang kayu.. and bunga sejemput.. ringkas tapi cun je kan? ha.. i like the bunga.. english style gituh
If nak kelainan, taknak pakai bunga plastik ataupun fresh flower, leh pakai bunga tisu ni.. comel gak, taksilap sekuntum mahal gak.. RM5-7 ..huhu..kopak.. (T_T)
So banyak la lagi nye... google je okeh nak design macam mana.. so untuk tunang ni, saya pilih yang sederhana la.. pakai dulang  mcm yg atas ni.. tapi bunga yang macam gambar second last tu. Tema putih/silver/pink. You all leh tengok gambar hantaran real kalau saya dah upload gambar masa bertunang. hehe


ps/: kita pompuan mmg macam ni lah. tapi rasenye en.tunang tak heran pun kot hantaran dia.. janji ada.. janji jadi la bentuk hantaran tu. Hehe



Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...