Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si

Sunday, February 19, 2012

Pre-wedding : D.I.Y Doorgift

Assalamualaikum and salam sejahtera you oulls!!

Agak teragak agak punya agak..cam dah lama jugak tak update blog tentang preparation nak kahwin ni kan. Busy sikit la.. almaklumla.. Hamba Kerajaan yang dedikasi menurut perintah... difikirkan pula tahap keamanahan dan ketertanggungjawapan yang tinggi. Maka bekerjalah kita sepenuhnya.

Tapi dalam- dalam busy mestilah sempat juga curi curi masa untuk survey semua websites, blogs, facebook and iklan tentang doorgift nih. Sungguh la masalah... tak tahu nak bagi yang mcm mana and nak bagi apa. Kalau korang pun nak kahwin macam saya.. sureheboh la pening fikir pasal doorgift, elok dari segi idea... item and last sekali duit semuanya memeningkan kepala. Walauwehh.

Tapi dalam-dalam pening, ada jugak dah survey..antara yang menjadi pilihan tapi belum dipilih ialah

Doorgift Bahulu Pecah 8 (mesti ke pecah 8? pecah 9 pecah 10 xleh ke?) 




Cam cantik je kan kotak untuk bahulu pecah lapan ni... kos paling murah atau cikai untuk pakej cmni dalam RM2.10 untuk 1000 pax. meaning to say rm2100 engkau...huhu. Emm boleh la dibeli tapi bukan untuk semua. Maybe VIP guess jek. Terasa cam membazir sangat plak duit habis kat situ..kotak cecantik cmtu sudahla x sampai sehari..masuk tong sampah semula. Sayangnye!
STATUS : Belum decide

Tu zaman-zaman pilih bahulu pecah lapan. Lepas rasa cam mahal gila barbie... try la cari alternatif lain. Ofkosh, pakej yang lebih murah di kala-kala gaji SBPA tak naik naik lagi nih.huhu

Pakej Bahulu Cermai 2 bijikk


Hok ni untuk 1000 pax kene caj sekotak dalam 1.70 jugak. Emm... betul ke nak 1000 kotak.?? Saya kedekut okehh... banyak lagi mende lain nak bayoo nih.. hehe
Pakej nih boleh dapat dari blog  Qarina Qistina
STATUS : Belum decide

Mini kek

Ok.. sambung semula entry doorgift.. lepas duk survey2 doorgift..survey jugak mende lain. Kek plak.. aritu ada jumpa blog kak betty. Dengar cite mmg sedap kek die. Jadinya berkobar- kobar untuk menerai nye. Dengan itu, sms die. Mintak kuotation. And rezeki la kak betty mmg nak turun mukzam. Die bgi satu roll kek tu. Sumpah. Memang sedap!

Ni contoh mini kak betty buat untuk customer die.. kalau nak 1000 pax, kire leh kot dapat singgit sekotak. Kalau korang nak try kek yg best ni leh order ngan kak betty kat blog dia.. betylovecakes.blogspot.com/
STATUS : Belum decide




Mini Yassin

Lepas duk survey2 kek kak betty ni teringin jugak kalau boleh bagi something sebagai makanan jiwa dan kekal boleh di amalkan oleh penerima dan pemberinya. Contoh cam yassin and mathurat.. so duk survey jugak la mende-mende ni... lingkungan harga boleh tahan jugak kalau customized. Tapi cantikla..sekurang-kurangnya tidakla orang buang atau habis macam tu je.

Budget untuk 1000 pcs dalam RM1.50 macam tu la..

creativedesign
Ada yang lagi cantik, siap ngan paper bag die. Tapi budget besa sikit la..

mcm ni RM2.50 kalau seribu? Ada budget? Highly recommended la.. tapi x jumpa lak link die. Aritu ada. huhu

Tapinya tak semestinya nak yang mcm ni... ada lagi yassin yang jauh lebih murah.. yang bese2 je tu. Beli kat mydin ke kan.Borong.Sureheboh murah.

STATUS : Highly In Consideration

D.I.Y Doorgift

Saya duk fikir and budget2.. takkan dapat nak save banyak dalam doorgift ni. Paling kurang pun RM2000 untuk 1000 pcs. Kalau 500 tu dapat la kurangkan budget. So, ada jugak alternatif lain yang agak best. Yang itu, korang buat sendirik je doorgift ni.. cantik jugak..contohnya kalau yang pakai brown paper aka craft paper ni. Cer tengok.
Cute je kan? Cool habis
boleh carik jugak craft paper yg bewarna. Lagi cun!

sweet gile. aduh
 
cantik gak camni kan?
pakai sepit baju je you ollls!
Anggaran budget untuk ni

Brown paper bag = RM 39.00 /1000 pcs (carik kat mydin lagikla murah)
Seal stickers = RM160 / 1000 pcs
Ribbon = RM 200 (kalau beli kat meden lagi la murah)

so untuk satu set paper bag cantik baru RM 0.40 sen satu! Mavelesly murah Ok!

STATUS : Highly In Consideration

Untuk isi dalam dia.. pergi je pasar borong... beli guli2, sumi, marshmallow sume pakai kodi ke guni ke.. ha jimat gile. Nak bubuh bawang ke... rempah ratus, sup bunjut sume pun boleh hahaha..

Ok??? Orait.... haha. k bai
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...