Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2012

Pre-wedding : Kad Kahwin + doorgift bag setel.

Alhamdulillah.. akhirnya berakhir jugak pencarian kad kahwin yang bersesuaian. Kalau ikutkan, nak cari kad kahwin yang sekeping je.. ala-ala poskad.. tapi setakat ni cari kat internet ada ja yang murah2.. tapi bila cari kat kedai yang betul tak jumpa plak yang berkenan. Ada tu ada.. tapi sama mahal dengan kad yg lebih besar and berlipat2. Cam kerugian plak terasa.

Sebenarnya, tugas cari kad kahwin ni orang serahkan kat en.tunang. Kebetulan kad kahwin yang orang tengok kat website, kedai nya ada kat puchong. En.tunang ni lebih familiar dengan selok belok puchong since rumah kakak die kat situ. Dia pun dah lama jugak duk situ.

Memula tu pergi kedai kad kahwin Kanda Dinda.. kecil je kedainya tapi banyak juga pilihan. Unfortunately, the layanan was not very good... Kita cakap budget kita dalam 60cen.. die duk suggest kad yang paling murah.. orang nak warna yang orang nak ikut tema.. warna tu takda... takda tu takpela tapi sempat pula die buat ayat tak hebat langsung dengan customer..

"Jenis kertas yg akak pilih tu dah lama xda... "
"Warna yg akak nak ni dah lama dah supplier tak hantar"
"Ala... kad kahwin je kak... warna tu tak kisah langsung kot"
"Kalau saya..saya amek je kad warna apa pun kak..."

SATU
die jauh tua dari aku aku rasa nak panggil aku kakak bagai... hoh!
DUA
ofkosh la nak ikut warna tema,. bukan warna tema sangat pun..tapi nak warna tuh jugak.. nak buat cmne
TIGA
kalau tak penting ngat.. ko jual la kad dari ketas A4 lipat 4 tu jek.. ape kesah jual kad banyak2 design,jenis and color cam kat kedai dia tu...huhu
EMPAT
kalau dah takda stok untuk kad and warna sedemikian..toksahla tayang..dah la cantik, mesti la kita nak...

kecik hati mak nak.. menci tau..dah la panas terik..wat lawak tarzan plak die..CANCEL kat situ, gi kedai lain plak.

Pastu, carik la kat tenet mana lagi kedai kad kahwin kat area puchong ni, malas sudah nak masuk KL since nak kene amek member kat putrajaya lak jab jab lagi.

Bukak tenet, tengok Gedung Kad Kahwin dekat je.. kat Komplek Puchong Perdana. Memang kebetulan sangat en,tunang nak pasang cover seat kereta dia. So, sementara tunggu siap..kitorang pun menapak la ke kompleks tu..panas terik kau... makcik dahla lama x jalan kaki..semput macam daki everest plak rasa..haha

Alhamdulillah..masuk2 kedai tu.. layanan ok. Ada sofa empuk leh duduk. Yess!
Tambah-tambah dorang tengah buat 10 Promotion Package. Pinor jugak biji mata nak memilih.

Pakej Paling murah Pakej 1. RM8++
1000 wedding card one color
1000 doorgift bag
1000 envelop cetak ikut tema
2 pcs bunting
--> walaupun one color, banyak jugak pilihan kad yang cantik2 since design dia mmg cantik

Tapi kitorang pilih Pakej 5. RM11++
1000 wedding card 6x6 full color
1000 V-box customised
1000 customised envelope
2pcs bunting
 -->rambang bijik mata pilih design... haha..akhirnya

haaa..xsempat nak habiskan cerita..sambung lain kali yek. MMuah!
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Sunday, February 19, 2012

Pre-wedding : D.I.Y Doorgift

Assalamualaikum and salam sejahtera you oulls!!

Agak teragak agak punya agak..cam dah lama jugak tak update blog tentang preparation nak kahwin ni kan. Busy sikit la.. almaklumla.. Hamba Kerajaan yang dedikasi menurut perintah... difikirkan pula tahap keamanahan dan ketertanggungjawapan yang tinggi. Maka bekerjalah kita sepenuhnya.

Tapi dalam- dalam busy mestilah sempat juga curi curi masa untuk survey semua websites, blogs, facebook and iklan tentang doorgift nih. Sungguh la masalah... tak tahu nak bagi yang mcm mana and nak bagi apa. Kalau korang pun nak kahwin macam saya.. sureheboh la pening fikir pasal doorgift, elok dari segi idea... item and last sekali duit semuanya memeningkan kepala. Walauwehh.

Tapi dalam-dalam pening, ada jugak dah survey..antara yang menjadi pilihan tapi belum dipilih ialah

Doorgift Bahulu Pecah 8 (mesti ke pecah 8? pecah 9 pecah 10 xleh ke?) 




Cam cantik je kan kotak untuk bahulu pecah lapan ni... kos paling murah atau cikai untuk pakej cmni dalam RM2.10 untuk 1000 pax. meaning to say rm2100 engkau...huhu. Emm boleh la dibeli tapi bukan untuk semua. Maybe VIP guess jek. Terasa cam membazir sangat plak duit habis kat situ..kotak cecantik cmtu sudahla x sampai sehari..masuk tong sampah semula. Sayangnye!
STATUS : Belum decide

Tu zaman-zaman pilih bahulu pecah lapan. Lepas rasa cam mahal gila barbie... try la cari alternatif lain. Ofkosh, pakej yang lebih murah di kala-kala gaji SBPA tak naik naik lagi nih.huhu

Pakej Bahulu Cermai 2 bijikk


Hok ni untuk 1000 pax kene caj sekotak dalam 1.70 jugak. Emm... betul ke nak 1000 kotak.?? Saya kedekut okehh... banyak lagi mende lain nak bayoo nih.. hehe
Pakej nih boleh dapat dari blog  Qarina Qistina
STATUS : Belum decide

Mini kek

Ok.. sambung semula entry doorgift.. lepas duk survey2 doorgift..survey jugak mende lain. Kek plak.. aritu ada jumpa blog kak betty. Dengar cite mmg sedap kek die. Jadinya berkobar- kobar untuk menerai nye. Dengan itu, sms die. Mintak kuotation. And rezeki la kak betty mmg nak turun mukzam. Die bgi satu roll kek tu. Sumpah. Memang sedap!

Ni contoh mini kak betty buat untuk customer die.. kalau nak 1000 pax, kire leh kot dapat singgit sekotak. Kalau korang nak try kek yg best ni leh order ngan kak betty kat blog dia.. betylovecakes.blogspot.com/
STATUS : Belum decide




Mini Yassin

Lepas duk survey2 kek kak betty ni teringin jugak kalau boleh bagi something sebagai makanan jiwa dan kekal boleh di amalkan oleh penerima dan pemberinya. Contoh cam yassin and mathurat.. so duk survey jugak la mende-mende ni... lingkungan harga boleh tahan jugak kalau customized. Tapi cantikla..sekurang-kurangnya tidakla orang buang atau habis macam tu je.

Budget untuk 1000 pcs dalam RM1.50 macam tu la..

creativedesign
Ada yang lagi cantik, siap ngan paper bag die. Tapi budget besa sikit la..

mcm ni RM2.50 kalau seribu? Ada budget? Highly recommended la.. tapi x jumpa lak link die. Aritu ada. huhu

Tapinya tak semestinya nak yang mcm ni... ada lagi yassin yang jauh lebih murah.. yang bese2 je tu. Beli kat mydin ke kan.Borong.Sureheboh murah.

STATUS : Highly In Consideration

D.I.Y Doorgift

Saya duk fikir and budget2.. takkan dapat nak save banyak dalam doorgift ni. Paling kurang pun RM2000 untuk 1000 pcs. Kalau 500 tu dapat la kurangkan budget. So, ada jugak alternatif lain yang agak best. Yang itu, korang buat sendirik je doorgift ni.. cantik jugak..contohnya kalau yang pakai brown paper aka craft paper ni. Cer tengok.
Cute je kan? Cool habis
boleh carik jugak craft paper yg bewarna. Lagi cun!

sweet gile. aduh
 
cantik gak camni kan?
pakai sepit baju je you ollls!
Anggaran budget untuk ni

Brown paper bag = RM 39.00 /1000 pcs (carik kat mydin lagikla murah)
Seal stickers = RM160 / 1000 pcs
Ribbon = RM 200 (kalau beli kat meden lagi la murah)

so untuk satu set paper bag cantik baru RM 0.40 sen satu! Mavelesly murah Ok!

STATUS : Highly In Consideration

Untuk isi dalam dia.. pergi je pasar borong... beli guli2, sumi, marshmallow sume pakai kodi ke guni ke.. ha jimat gile. Nak bubuh bawang ke... rempah ratus, sup bunjut sume pun boleh hahaha..

Ok??? Orait.... haha. k bai
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Sunday, February 12, 2012

Pre-wedding : Borang nikah Part I

Alkisahnya, sebenar tak bercadang pun nak pergi Pejabat Agama ambil borang nikah ni. Mulanya hanya nak pergi breakfast, then nak pergi survey meja solek je. Tapi, alang-alang keluar, better amek jela terus borang yang memang wajibul ghunnah bakal pengantin amek kat Pejabat Agama.

Baru nak gi amek borang ni je rasa berdebar bukan main. Padahal bukan apa-apa pun. Amek borang macam nak pi amek borang register kad jusco jek. Maybe sebab namanya Pejabat Agama.. agak-agak rasa segan jugak la kan. Masuk2 tu.. semua mata pun nak pandang since tak ramai orangnya. Disebabkan tempat kecik, ruang pun terhad, kerusi pun ada 2 biji je untuk waiting customer. So berdiri la ko wahai kaki. Nasib baik yang member sebelah ni memang nak tanya tentang kursus kahwin. Maksudnya banyak la sikit halnya nak di tanya. Idakla segan sangat.


Haritu, member ofis ambil borang nikah kat negeri johor, kene bayar RM5. Tapi kat sini, mukim Muadzam Shah, kena singgit je dik non. 4 ringgit lagi dik non boleh la bawa pergi main jauh-jauh beli ais krip pop 2 ketul.

Pegawai yang melayan kerena akakkkk masa tu lebih manja dikenali sebagai En.A (nama dirahsiakan). Encik A sangat la peramah dan terpampar kebaikannya. Agaknya nama je pegawai pejabat agama.. muka pun ada nur, pertuturan pun sedap je dengar. Nak banding ngan akak.. suara cam petir halilintar.Kihkih.

Haritu, duk dengar  member office cerita tentang prosedur nak nikah ni cam rumit gak. Tapi alhamdulillah kat mukim sini tak serumit tu. ATAUPUN belum nak rumit la kan.haha..baru isi -isi borang je.

Untuk wanita bujang yang comel cam akakkk.. yang perlu disediakan ialah
** keperluan borang ni berbeza ye adik-adik.. mengikut resepi pejabat agama mukim asal adik-adik la..

yang perlu akak siapkan ialah
  1. Salinan I/C pengantin pompuan and lelaki
  2. Salinan I/C bapa pengantin pompuan
  3. Sijil kursus kahwin yang asal
  4. Borang kebenaran berkahwin dari PENGANTIN LELAKI (dengar tu En.tunang)
  5. Ujian kesihatan
Opss lupe plak. Ada jugak tadi tanya pegawai tu tadi kalau pengantin lelaki tu orang luar dari Pahang mcm en.tunang skrng kampung kat Kelantan, kerja di Selangor. Kene balik Kelantan ke ambil borang kebenaran berkahwin tu? Jawapan dia:

"Tidak perlu cik... sekiranya tunang saudari bekerja lebih dari 6 bulan di Syarikat Swasta atau lebih setahun di Syarikat Kerajaan, tunang saudari boleh terus mengambil borang di negeri tunang saudari bekerja. Tak perlu kelam kelibut balik kelantan ye cik... jimat duit.. minyak kan mahal... islam itu mudah cik..."

*Cerita di atas adalah tokoh tambah semata-mata. haha.. yang faktanya kalau keje lebih setahun, tak perlu balik kampung halaman. Memudahkan. (^_^)

    Ok. Tu jek. Simple is city = simplicity. Ahaks.

    Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

    Friday, February 10, 2012

    Happy Birthday Love Song!



    Sebenarnya hari ni besdey En.tunang kite... :) Dah tak tahu juga nak buat apa sebab setiap tahun pun jumpa tarikh ni setiap tahun pun umur naik satu angka.. Tapi apa yang saya mahu tiadalah lain

    Semoga
    1. Kasih sayang berpanjangan
    2. Restu illahi memberkati hidup en.tunang dunia dan akhiratnya
    Dua perkara  je. X banyak.. nak maintain pun tak susah asalkan istiqamah.... eccewah! Ahaks.

    Sempena birthday en.tunang ni, ada satu lagu khas untuk ditujukan... nak dengar lagu tu.. silalah en.tunang cari sendiri kat gugel or youtube ye.. hehe... yang bawah ni.. saya bagi liriknye aje.. sebab liriknya yang lebih penting.. (>_<)

    "One In A Million"

    You're one in a million
    Oh
    Now
    You're one in a million
    Oh

    Sometimes love can hit you every day
    Sometimes you can fall for everyone you see
    But only one can really make me stay
    A sign from the sky
    Said to me

    [Chorus]
    You're one in a million
    You're once in a lifetime
    You made me discover one of the stars above us
    You're one in a million
    You're once in a lifetime
    You made me discover one of the stars above us

    I've been looking for that special one
    And I've been searching for someone to give my love
    And when I thought that all the hope was gone
    A smile, there you were and I was gone

    I always will remember how I felt that day
    A feeling indescribable to me
    Yeah
    I always knew there was an answer for my prayer
    And you, you're the one for me

    [Chorus x 2]

    In the beginning I was cool and everything was possible
    They tried to catch me but it was impossible
    No one could hurt me it was my game
    Until I met you baby and you were the same
    And when you didn't want me I wanted you because
    The funny thing about it is I liked the show
    I like it when its difficult
    I like it when its hard
    Then you know its worth it
    That you found your heart

    [Chorus x 2]

    You're one in a million
    Oh
    You're one in a million 
     
     
    by BOSSON
    Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

    Wednesday, February 8, 2012

    Vacation - Kelantan/Terengganu/Pahang

    Alhamdulillah... kita masih ada masa lagi untuk menyambut hari kelahiran nabi junjungan kita sekali lagi pada tahun ni. So, salam maulidur rasul untuk semua and jangan lupa berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W okey??

    So, sempenan maulidur rasul ni, poli dapat cuti isnin... syg x dapat sambung cuti thaipusam ari selasa. Kalau tak..dapat la lama sikit guling-guling atas katil, rehat2 kan minda dan kaki jua mulut setelah hari2 membebel bagi lecturer, nasihat dan pandangan pada students yg dtg bertanya. Hiks

    Nak dijadikan cerita entry ni.. hari jumaat hari tu.. member office ada tanya sama ada nak ikut balik Kelantan atau tak untuk menziarah officemate yang masuk wad kat Hospital Kota Bharu. Kalau ikutkan kondisi kewangan, memang dah tak nak pergi dah. Tambah plak.. xda sedare mare plak kat sana nak tumpang tidur. Lagila x mahu nye. Tapi... dalam x mahu x mahu..jauh dalam sudut hatiku yang suci murni ni.. memang tersangat nak la pergi. Sebab apa???

    Seumur hidup belum pernah jejak kaki ke Kelantan kowwwt........... hahah sakai gila kan?? malu malu malu malu

    Pastu..rezeki tuhan bagi... ada juga la member poli yang memang kampung kat kelantan nak balik kampung juga.. So, tidor la rumah dia. Alang-alang, sampai kelantan nak melawat member kat hospital..boleh la juga berjalan tinjau tinjau kawasan. Sambil menyelam minum air...okehhh

    Banyak betul tempat yang kitorang pergi dalam 3 hari perjalanan ni.. thanks banyak2 la pada driver and co-pilot yang sangat2 sporting, sangat suggestive and sangat-sangat sangat lah..hahaha... korang leh tengok kronologi nye kat bawah ni.. :)

    4 feb 2012 : 0640 am : driver dah mesej suh siap.. nak amek kul 7.00 pg tapi ai mandi pun belom..ooh no!
    4 feb 2012 : 0740 am : Baru gerak sebab tunggu member jb yang pakai hondacity tuh siap. hiks
    4 feb 2012 : 0930 am : Berhenti di Cheneh, Jabor for breakfast
    4 feb 2012 : 1240 pm : berhenti beli cendol ngan kopok lekor kat mana ntah lupe plak tapi kat terengganu la.
    4 feb 2012 : 0210 pm : sampai kat Kota Bharu and solat dulu kat surau dekat2 ngan hospital tu.
    4 feb 2012 : 0230 pm : Masuk KB Mall, cari buah tangan untuk baby member yang masuk wad tu.
    4 feb 2012 : 0230 pm : Pergi cari rumah en.tunang kat pengkalan chepa! sempat lagi
    4 feb 2012 : 0415 pm : Berborak2 di rumah en.tunang
    4 feb 2012 : 0500 pm : Gi melawat member kat hospital sebab waktu melawat start kul 5 ptang, sekian.
    4 feb 2012 : 0600 pm : Lepak kat Pantai Cahaya Bulan sambil makan jagung rebus besa gile. hoho


    4 feb 2012 : 0730 pm : Gi Masjid depan parkson kb tu untuk sembayang.
    4 feb 2012 : 0815 pm : Makan kat stesen bas? I could not remember the place. Nasi kerabu gile murah, banyak lak tu.. sedap bagai! oh no lagi!
    4 feb 2012 : 9.00 pm : Gi wakaf che yeh! xda beli gapo2.. xdop duit.huhu
    4 feb 2012 : 10.30 pm : Balik umah nenek member. Tido.



    Tamat sudah satu hari yang  sangat memenatkan bagi penumpang, apetah lagi tukang drebar..he

    5 feb 2012 : 0900 am : Bergerak ke Rantau Panjang...! hooo yeahh!
    ada la nampak masjid beijing tu.. kenapa nama masjid beijing, sbb rekaan die kot

    5 feb 2012 : 1100 am : sampai kat betul2 pintu masuk pasar rantau panjang tu...
    5 feb 2012 : 0130 pm : Baru dapat masuk dari gate! huhu lama gila kooot
    5 feb 2012 : 0400 pm : Lepaskan diri dari kesesakan Rantau panjang..he

    and singgah minum air klpa ..

    5 feb 2012 : 0645 pm : Sampai Kb and solat2.
    5 feb 2012 : 0740 pm : Masuk KB mall makan McD
    sempat jugak suh member beli baju..sambil tunggu die kat fitting room..ofkosh sempat posing

    5 feb 2012 : 1000 pm: Balik umah tidooo

    Esok nak gerak balik muadzam dah. Kitorang decide untuk guna laluan pantai so that boleh la tengok pantai...... hehe jakun kan?


    6 feb 2012 : 0830 am : Gerak dari rumah nenek member di Melor, Kelate
    6 feb 2012 : 1100 am : Berhenti minum air kelapa sambil borak2 kosong kat Marang, Terengganu. Tepi pantai woo syok gile..
    6 feb 2012 : 0130 pm : Melawat Masjid Kristal and Bangunan Monumen kat kuala terengganu. Posing2 sikit.

    6 feb 2012 : 0230 pm : Bergerak ke Pasar Payang nak cari batik sutera terengganu untuk mak abah. (^_^)
    6 feb 2012 : 0315 pm : Dah lapa, kitorang decide tapau lunch and lepak kat Pantai Batu Buruk, Terengganu
    6 feb 2012 : 0400 pm : Sembahyang kat Masjid Terapung, Terengganu sebelum gerak turun Pahang.
    kitorang akan pastikan bukti gambar tu ada..haha..

    6 feb 2012 : 0830 pm : Sampai kat ECM, Kuantan untuk cari handphone baru untuk member.
    6 feb 2012 : 1130 pm : Sampai Muadzammmmmmmmmmmmmmmmmmm!!! yeayyyhuuuu.

    Masjid Kristal - Google
    Masjid Terapung - Google

     tido tido tido

    Sekianlah vacation untuk kali ni.



    Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

    Thursday, February 2, 2012

    Pre-wedding : Shopping barang hantaran Part I

    Macam dalam tajuk entry.. minggu ni kitorang pergi cari barang hantaran sikit... sikit je mmg x banyak... aritu en.tunang ada gtau nak beli sikit2 dulu.. tapi tiap bulan kuar g cari la.. nak beli sekali banyak ngak bulihhh dong... pulusnya bisa terputus..(>_<)

    Sebenarnya en.tunang kene turun mukzam sbb nak kene g ukur baju nikah die kat taylor a.k.a my auntie. My auntie jugak taylor, mmg biasa ambil upah buat baju-baju pengantin untuk butik pengantin. If you all baru duk muadzam.. tak jumpa mana nak jahit baju... bolehla g kedai jahit dia kat Desa Cempaka.. waa... promote promote plak.. (>_<)

    Alang-alang dah smpai muadzam.. so kami orang pun menuju ke Kuantan untuk cari barang- barang hantaran kat East Coast Mall, Kuantan. Sebanrnya kan... walaupun lahir kat pahang.. kuantan ibu negeri nya. Tapi saya memang tak tahu menahu aka FAIL jalan-jalan kat kuantan tu. Pergi kali ni denganyakin dengan bantuan Sygic GPS yang mmg reliable gile. Senang sangat je rupenye nak pergi. Ingatkan wong ah jung dengan jalan hoe lik ke ape ntah. Nati jumpa zenith hotel tu.. haa...dah dokat bona dah tu... mode : jakooon gile dah pandai gi ecm.hahaks

    ecm-kuantan

    KPI kitorang nak cari 2 barang hantaran untuk saya, dan 2 barang hantaran untuk en.tunang. First to find is Kasut. ECM taklah sebesar Time Square,KL.. kedai kasut die pun tak banyak sangat..tapi at least banyak la jugak untuk buat lebih dari satu pilihan.. Masuk Verns, Bata, Nose sume tak berkenan design2 nya.. then masuk Aily...nampak banyak jugak kasut yang menarik mata hati sy.hehe

    Rambang mata jugak tengok kasut2 platform ala-ala korean tu. Try kasut tutup.. tray kasut peep toe. Aihhh dua dua cam cantik goges gile. Aduuuuh... tak boleh lepas ni..camne nak pilih kan.. Nak tengok kasut tu cmne?

    lebih kurang cm kat bawah... tapi semestinya bukan macam ni.. hehe

    version yang beli kat Aily tu cam kilat sikit dari ni.. :)
    tu kasut tak formal.. kasut yang formal pun sepesen je..ala-ala mary janes gitu..

    satu lagi yang cam formal sikit.. ada tali bagai kat depan..
    So dua-dua cam sangat goges di mata........... macam mana nak pilih... lagipun memang duk cari dua dua kasut ni... akhirnya..... en.tunang kata die leh belikan dua dua plak... waaaa... lega gile  takyah pilih2 dah... kalau tak mesti ngigau2 mimpi mimpi lari pakai kasut ni kalau x dapat salah satu.. hehe.. memang ai sayang lu lebih la en.tunang! (^x^)

    Tapi tak decide lagi kasut yang mana nak letak atas hantaran.. en.tunang kate letak dua dua..hehe.. macam belagak gile plak da nak letak dua dua sekali.. nati nak kene osom la... sebab dua dua cantik. Hiks

    Pastu gi cari barang untuk en.tunang...duk pikir ape agak2 nak belikan untuk en.tunang and apa yang ada kat ECM ni... sekali ternampak bodyshop. Aritu ada cm list kan nak belikan untuk en.tunang kosmetik nye barang. Walaupun en.tunang tak pakai pun pencuci muka bagai cm orang pompuan.. tapi i sebagai bakal isteri kene la menjaga penampilannya lepas ini. Haha bajet bagus...  So belikan la untuk en.tunang satu set facial treatment. Kakak kedai tu kata, benda tu unisex... so kalau nati pas kawn husband taknak pakai. Wife die boleh pakai jugak.. 2 in 1. (^_^)

    Tambah RM7, bodyshop akan packing kan cantik2 untuk letak dalam hantaran.. done!
    Pastu...kami teruskan misi pencarian lagi..emm nak beli ape lagi.. yup! baju baju baju.. belikan baju en.tunang.. so gi masuk padini.. ada prmotion jugak.. tapi sayang baju yang en.tunang suka tu waran purple..tapi bile dia g fitting, agak tidak selesa di bahagian lengan katenye..xpela.. kita try yang lain.. :)

     Then masuk butik Brands Shop plak.. banyak gile promotion Buy 1 Free 1. Jumpa kemeja cam cun.. warna purple jugak kot.. eh...en.tunang, awak suka warna purple ye sebenarnye?? baru tau ni.. hehe Try2..then nampak macam die rasa ensem je pakai..so kire boleh la tu.hikhik. Then, beli sepasang lagi warna biru untuk die pakai wat gi keje jugak..  smart sikit. :)

    emm..warna gi mabeles lah... x jumpa lagi.. design pun cantik.. kalau ada ni MESTI REMBAT punya item untuk en.tunang ni. Tapi jangan la kamu pakai baju ni main bukak2 butang cmatu.. seksi angat.. juling mata auntie2 jual kopok lekor tepi jalan nanti..hahaks


    p/s: masih duk teringat dia tak suka corak kotak besa besa..nak kecik2.. fuzzy logic jugak rupenye.. (>_<)



    Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...