Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

99 tahun kepupusan harta!

Hoh...ape mende harta yang hakak ade sampai pupus 99 tahun ni?
Hakak bukanlah membela dinosour trex atau pun sorous sorous bagai..
akak nak cerita rumah yang akak beli haritu...

Alhamdulillah proses pembelian semua berjalan lancar... sekarang ni bank dah start potong 10% claim dari vendor.. ala la dapat lebih kurang 2++ amaount yang kene tolak setiap bulan start disember 2012 ni. (dahla gaji tak naik!! sabo jela mak jemah!)

Akak pilih bank mana untuk urusan financing rumah ni??
Tentunya........



Sebab apa akak pilih bank islam? - suka hati hakak la dik non.haha

and one more thing property yang hakak beli ni bukanlah FREEHOLD tapi LEASEHOLD.
yang tau tentang realestate tu kompem tahu ape beza dua mende alah ni. Akak tau... tapi buat2 bodo dahla.. takkan nak kecoh tunjuk hakak pandai sngt lak kan? huhu

Jelaslah ramai yang lebih tau atau konon konon lebih tau yang freehold jauh lagi menguntungkan dari leasehold.Akak jugak tau dik non. Tapi mengapakah hakak beli jugka rumah ni?

Apa semua property yang berstatus leasehold dibuat untuk jadi tukun ke? hahaha. Ada purpose nye dan Optional kepada ketiadaan freehold atau ketidakmampuan atau ketidakmahuan pembeli kepada lot freehold tersebut.

Yang femesnye leasehold ni tentang nilai pajakan die tu lah. Ianya bersifat sementara iaitu hanya 99 tahun saja hak kemilikannya itu. Seterusnya, terpulang la kepada owner (bank ke, kerjaan negeri ke) untuk buat ape selepas 99 tahun tu.  99 years tu is long. Kemungkinan besar hakak dah takda di dunia ini dah pun. Dah jemu dah duduk situ. 99 years tu cover hampir dua generasi tau. Ntah apa jadi kat kawasan rumah tu pun tak tahu la. :)

Yang bezanya, nilai rumah leasehold ni jauh lagi murah dan biasanya berada di kawasan yang tinggi  nilai hartanah nye. Kalau misalnya dalam belom sampao 99 tahun kerajaan negeri nak amek balik rumah tu untuk bina shopping mall ke.. lebuhraya ke kan.. so kite ni dapat la pampasan nye. Cam gituhhh...

Lagipun untuk rumah leasehold ni, hakak cadang nak buat rumah sewa je sebenarnya. Kalau ada rezeki insyaAllah akak nak cari rumah yang lebih besar, freehold and guna keistimewaan hakak sebagai staf gomen untuk buat loan goverment. Yang leasehold ni hakak guna loan bank biasa je sebab masa beli tu belom sah jawatan. Sekang dh sah. baru pikir nak cari freehold lak! hehe

da~~~



Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

kegemukasia?

hihi....

Menurut kamus dalam internet, kegemukasi merupakan sejenis kuih yang mampu membuatkan anda bahagia, di awang-awangan dan seronok dua ronok dan tiga ronok.

betul ke ni? Ada jugak ke term macam ni??

.
.
.
.
.
.
Mestila takda! hahaha

 Hakak nak cerita tentang hakak la.. makin lama makin gemuk!! apecerrr!! bahagia sangat ke hakak ni dek non?? Idakla jugak.. haha

Dulu masa belajar kat matrik uia,PJ akak ingat lagi berat badan hakak 38 -42kg je... Seluar jeans pun saiz 26..besa sikit 28 je.. baju saiz S semua... TAPI

bila dah kerja ni....berat jadi 45kg..  ok lagitu... dulu masa masuk main campus. penah cecah 48kg sebab over bahagia kotnye haha..

48kg tu berat maksimum dedulu kala tu diknon.Tu pun rasa sendat dah pakai seluar jeans.

TAPI sejak kawin nih,..hahhhhh koo!! berat sekrang 55! hokey..mana hakak nak campak semua lemak-lemak kat badan ni??? hihihihi... xpe xpe... hakak try la diet. Kalau tak boleh...jangan salah kan hakakkk..yg penting hakak menten cute! ahaks!
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Gaji tak naik!

Eiii lamanya tak update blog. akak bz sangat lah..... x sempat nak tambah citer dan merepek2 sehingga korang jemu membacanya.huhu!

Back to the tajuk... hal hal duit ni semua orang pun over sensitif. Lagi lagi yang sepatutnya korang dapat. Tapi tak dapat. Tambah pula dengan alasan-alasan vuduh dan tak bleh pakai! hampehhhhh. geram mak nakkk!! sentap tau!!

Orang keje gomen besenye ada increament every year. Dalam kes akak ni, akak masuk gomen bulan 10. sooo sepatutnye setiap bulan 10 tu dapat la increment tu. Tahun lepas x jadi apa-apa masalah. Naik lancor je. Tetibe duit dah banyak sikit. 

Tahun ni nak dijadikan cerita, banyak la buat komitmen hutang.. yakin buat komitmen hutang sebab tau gaji akan naik. Tup tup, bulan 10 tengok slip gaji, gaji x naikk!! ho kelam kabut call admin, call kewangan semua. Why why why gaji tak naik.Orang lain dah joli sakan dah. Siap buat drama plak.. cerita kat hakak bini die kelam kabut call die sebab terkejut gaji laki die dah naik..

"Abangg!! kenapa tetiba duit abang banyak??" hoo gitu ko die cerite depan mata akakk yang gaji sangkut ni! sengih2 jugak tapi geram la jugak kan.haha

Cam biasa, bila jadi masalah ada la alasan yang dorang dah prepare nak bagi kat orang2 banyak soal cam aku ni. Depa kata sebab aku budak biasiswa la lambat sikit la hape la... whatttt?? nonsense gila. Bacth aku ada lebih 10 orang budak biasiswa.apahal semua naik aku je yang tak naik?

Ha... tu die.aku bising2 la kan.. die kata bagi masa 2 bulan la nak settlekan hal ni. So, akak pun biaaa jelaa kan.. bukannya takda duit langsung.ada..tapi HAK is HAK la kan. Keje makin banyak..bukan goyang kaki je dik nonnn!

Masuk bulan ke -3, gaji tak naik jugak ni...haihsh...panasss dah kerusi ni haa... call admin. Why why why lagi la akak tanya. Alasan dorang..2 bulan tu proses tanya. Bulan ke 3, baru nak deal ngan kewangan. Call kewangan lagi 2 bulan baru dapat kenaikan tu. Cissssss.... dahla gomen bagi bonus bulan ni ikut gaji! dah gaji x naik,bonus pun kurang laaa ...srkng ni?? agak2 nanti gaji dah naik..dapat balik x tunggakan bonus yang sepatutnye aku dapat tu? haiissshhh.Stress x? stress kan?

Ok takpe..akak marah marah jugak. Tapi yela kene besaboooor jela. Hopefully bulan 2, 2013 nanti dapat la tunggakan gaji dari bulan 10 tu semua. Boleh beli naget banyak2. Spare siap siap takut gaji tahun depan pon jadi camtu jugak. He,mmmm...
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Monday, October 29, 2012

Perasan mengandung lagi!

Lamanya tak berceloteh dalam blog ni...Orang lain dah macam-macam update dalam blog. Kita ni setahun sekali updatenye.Susah nak dapat free time untuk mengadap blogspot ni secara dedikasi sekarang. Emmm... sape nak join Poli Muadzam.Mohler isi jobsmalaysia atau spp sebagai DH41 bidang IT ni..kami x cukup kaki tangan...apatah lagi kepala hotak..huhu

Back to the main topik..  sebab pe rasa cam perasan mengandung plak????

Sebabnya...
  1. Dah miss period bulan october ni... walaupun baru miss 3 hari...masuk hari post entry ni ditulis..
  2. Mulut rasa pahit2 and payau2 (orang kata tanda nak ada la tuh) tapi boleh jadi False negative je tu..
  3. Basal Body Temperature sejak start luteal phase tu memang naik je tak turun2...paling turun 37.5 paling tinggi 38.4..menten gitu je.. arini 37.9c..
  4. Dada sedikit rasa sakit..aritu one week before period due.. nip*** yang rasa sakit gile. bila da miss period terus xda rasa sakit tu. Memain plak hengkauuu..huhu..
  5. Kepala sedikit pusing. Tapi sedikit saje.x efek pon.Kalau g karaoke kompem lupe kepala tu sakit.haha
  6. Hari yg due period tu (ahad lepas) saje buat PT, result negative (hoh)

Walaupun negative...tapi tetap 50% harap ianya positive. 50% lagi letak maybe x pregnant (dahnye negative). Try makan sebutir dua JMD untuk turun kan darah kalau just cycle tetibe bulan ni jadi x betul ke.Tapi x kua jugak. Kalau before ni. Kalau lambat peod. Makan je pagi 2 biji. petang dh turun dah cik P tu.

Tapi takut2 juga kalau terlebih makan JMD tu kang. Ilang terus harapan 50% pegnant tu. Aiiii.....

Takpe..kite tunggu 2 3 minggu. If ada rezeki alhamdulillah. Kalau xda.Cuba balik.!! ciyok! haha

**Doakan saya kawan-kawan!!
**Ramai kata susah nak lekat once dah gugur..tolongla gtau sama ada ini fakta, mitos atau gossip liar??
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Friday, September 7, 2012

I`m stronger than you think I am

Dah agak lama menyepi. Namum masih sekarang perasaan ralat masih begitu terkesan di lubuk hati.Namun bukan di permukaan tapi jauh nun dalam di dasar hati rasa kesal itu.

Apakah yang dikesalkan?

Berbelas kali rasa nya UPT check dibuat. Habis berpuluh-puluh ringgit juga di situ.Tapi itu bukan masalahnya. Tapi macam yang telah difaktakan dalam entry-entry sebelum ini. Masih Negative dan terus negative walaupun kesakitan pinggang semakin ketara, sakit kepala sering singgah, kehilangan selera, ketidak datangan haid semua pun ada. Kekerasan di perut pun juga ketara.Tapi bila ke klinik, doktor hanya menyatakan itu hanyalah semata-mata akibat ketidakstabilan hormon yang katanya memang sangat biasa terjadi kepada newlywed mcam ai. Emm...

Namun, naluri sebagai perempuan, wanita dan juga bakal ibu tu lebih jauh kuat walaupun berkali-kali dinafikan kehadiran si kecil. Puas langkah diperlahan, memandu pun cukup cermat.Takut-takut rumah si kecil tidak goyang walau sedikit. Tapi masakan mungkin.

Takdir, memisahkan saya dengan si kecil yang tidak pun sempat terbentuk. Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur yang agak mencabar laluannya membuatkan aku beberapa kali terhentak. Sehinggga satu ketika, aku dapat rasakan seakan pisau menusuk ke bahagian bawah perut dan aliran sejuk terasa. Aku rasa lagi tak sedap hati apabila esoknya.. tompokan coklat pekat keluar beserta tompokan darah. Esok juga begitu dan sakit di situ semakin terasa dan ketulan-ketulan kecil mula keluar.Aku tau apa maksudnya.

Tersedap.Ralat.Seperti dipermainkan pun ada ketika doktor scan hanya tinggal kantung. Sedih bukan kepalang. Aku teringat sehari selepas kejadian, aku menangis namun tak mampu meraung. Aku cukup kuat untuk handle kehilangan ini. Ini bukan rezeki ku.

Aku terbaca blog seorang doktor yang menyatakan gugur itu maybe perlu untuk mengelakkan bayi itu maybe lahir cacat dan dipandang hina... atau baby itu tidak sempurna untuk dilahirkan. Semuanya ada hikmah. Dan aku percaya tulisan plan hidupku yang telah Allah tentukan adalah yang terbaik.

Allahu alam.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Thursday, August 16, 2012

Kumpul harta : BMW X6

BMW X6 2008
Ok tak ok tak? Cantik x? bergaya tak kereta ni? Memang dah lama minat kereta ni tau. Dah lama dah VIVA hitam auto hakak tu berjasa dari zaman universiti lagi....Haritu pergi shopping sengsorang kat Jusco Maluri, nampak kereta ni kat parking tu. Besau tau. Charming gile tengok. Pakai engin v6 turbo tau. Huyyo. Kalau husband bawa.. mesti terbang la jawabnya kat MRR2 yang sesak tu kan. Tapi kalau akakk yang bawak..kompem baik je atas jalan... sebabnya, takut tercalar ke terhentak ke kan kereta mahal ni beli nih. 600K tau. isk isk isk..... takut akak beli ni, kompem esok SPRM sampai dah nak temu ramah hakak.he

Sesungguhnya....itu hanyalah angan-angan mat jenin..hakak tak mampu pakai kereta sebegini rupe buat masa sekarang atau 5 tahun akan datang. Tapi tak mustahil kalau tiba2 husban and hakak jadi jutawan bilionwan..bolehla hakak pakai. MUSTAHIL?? TAK MUSTAHIL KAN??? Bagi rezeki kan keje tuhan.Kita carik je. :)

Sekarang satu-satunya yang hakak ada ialah kereta VIVA EZ 1.0cc ebony black yang hakak beli hasil duit biasiswa yang tertunggak pada awal tahun 2009. Hakak bersyukur sangat-sangat ada kereta ni. Walaupun sekarang macam dah xda pun kawan-kawan yang pakai VIVA...paling cikai pakai MYVI lagi best..ho ooo ooo! Tengok viva buruk hakak lalu sebelah... sengih tak ikhlas je tau..macam la kereta hakak ni die yang bayo kan! Buruk2 pun hakak dah nak habis bayo.. ko hado???? heee

Bila dah masuk alam kerja, memang ada simpan cita-cita beli kereta besar sikit.. tapi bukn myvi la hokey...hiks. tapi tak berniat sekuman untuk trade-in kereta viva yang kusayang dunia akhirat tu. Akan ku jaga dan simpan elok-elok untuk kegunaan bersama. Minyak tersangat jimat tu. Kau hado??

Dua tahun kerja, memang duit dah lebih dari cukup untuk angkat honda civic type R sebijik. Tu pun kalau hakak puasa sepanjang tahun dan duk kat rumah mak, makan tanggung. Ngeee~~

Honda Civic Type R
Pastu, awal bulan 4 haritu hakak memang dah 90% confirm nak angkat Proton Preve full spec. Siap dah pergi Proton centre kat Giant puchong tu, photostate IC and semua dokumen bagai. Siap naik lagi kereta tu dua hari sebelum lauching.16 April haritu.

Balik Mukzam... kat ofis orang duk sibuk-sibuk tentang beli rumah kat Bandar Satelit Muadzam. Deposit murah je 1K. So, bila dengar tu dah rasa berat nak beli rumah lagi. Tapi dalam masa yang sama....MEMANG NAK TUKAR KERETA PUN.... nafsu meronta-ronta nak pakai kereta baru tapi akal duk fikir betapa untungnya beli rumah time ni.

Mintak pendapat asben and mak abah serta orang ramai...setelah ditimbang tara kiri kanan atas bawah.. dan petunjuk dari Allah.. hati ni 80% cenderung kepada rumah.Puas menimbang positif dan negatif pendapat orang.

"Ah..rumah bia la laki yang beli! Buat pe kita perempuan nak beli?"
Kenapa mesti rumah lelaki yang beli? Perempuan tak boleh ada harta sendiri ke?? Sume nak longgok atas batu jemala asben ke? Apa salahnya, kita beli, dia pun beli..banyak sikit hartanya.. 

"Holoh..banyak duit takpela... "
Banyak duit hape la kan... keje sama, emolumen gaji sama..aku xda plak buat part-time, mana plak datang banyak duit? ke die boros sangat? Kalau fikirkan jumlah pukal harga rumah sebiji memangla mahal.. 150K ++... kalau kereta tu 50K - 70K je... memang la nampak beli kereta lagi senang. Tapi rumah tempoh bayo kalau 9 tahun memangla tak mampu..rumah bayo 20-40 tahun... kadang jatuh lagi murah dari ansuran bulanan kereta tau! Kereta susut nilai, rumah tambah nilai years by years. Lagipun, insyaALlah tak risau gaji x cukup...setiap tahun gaji naik.. :)

"Muda lagi dayah...... nanti seksa...duit baki sikit nak buat enjoy-enjoy""Gila ke? rumah mahal kot! Kereta la murah sikit"
Memang! kalau ikut kan hati tak nak bayar apa-apa hutang pun bulan-bulan. Kalau boleh viva tu pun malas dah nak bayar tau! Teringin nak melancong gi Korea...teringin nak spend time ngan hasben keliling melesia, nak makan sedap2..mahal2..nak beli gajet tu gajet ni..nak pakai stremix..semua nak.. tapi kene cari satu masa yang duit dah cukup untuk urusan kecil2 kan begitu.. sekarang saya sudah bekeluarga. Saya perlu fikirkan yang lebih menguntungkan dalam masa yang panjang.InsyaAllah kalau rumah ni dah stabil.Gaji naik.Kewangan stabil.Semua tu boleh buat. Tambah2 tak lama kereta nak habis bayar dah, rumah siap elaun rumah dah tak kene potong dah, setahun lagi dah nak masuk sitem pencen,InsyaAllah.

"Awal sangat lagi nak beli rumah.... tunggu la tua sikit dayah.."
Takut tak sempat tua dah tak mampu beli rumah. 

Itu antara koleksi komen yang tak berapa nak membina la walaupun logik nya ada. Hehe...tapi apa-apa pun.. nak beli hapa ikut suka hati korang la..duit korang. And suka hati den la..duit den! Tol tak??? he

Komen yang positif lagi banyak.Rata-rata memang setuju. Sekurang-kurang ramai juga yang memihak pada keputusan ini. Alhamdulillah.


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Thursday, July 19, 2012

Accident di pagi hari!

Astaghfirullah al azhim...

Bahaya tak bahaya la kan.. sejak demam and pening kepala ni menjadi hobi tubuh dan jasadku ini, hari ini dalam sejarah penyakit ni mengakibatkan eksiden pertama kali nya terjadi ke atas kereta kecilku.Alhamdulillah bukan eksiden major yang perlu ke hospital, tapi kereta cam kene hantar ke bengkel sebab skirting kiri dah tercabut.huhu..

Camne jadinya..

Jalan dari rumah nak ke ofis akan melalui 3 kali simpang. So, kejadian terjadi betul2 kat simpang yang pertama yang mana sebaik sahaja tiba di simpang pertama.. pagi ni badan panas seperti biasa dan kepala ada pening-pening sikit. Sebaik sahaja tiba di simpang pertama tu, mata tetiba jadi kabur dan kepala pusing-pusing. Dalam hati terdetak "alamak, simpang ni!" time2 ni la nak pening2 kepala samapi kabur pandangannya.Gelap sungguh rasa. Tapi tangan still pusing steering ke kiri sebab takut kalau2 ada kereta dari kanan nak teruskan perjalanan.huhu..

Dan-dan membelok di kala tak nampak... dengan yakin dan kompiden terlanggang divider kiri jalan.. bunyi die macam bunyi besi remuk! takutnya ya rabbi tuhan je tahu. Tapi still kompiden jalan slow2 sampai la parking office. Terus keluar dari kereta and tengok ,,skirting dah rabak...huwaa....

Rabak tu tak teruk takpa sangat, Tapinya.. apa jadi kalau pening ini terus mengganggu gugat keamaan dan kesejahteran hidupku.huhu

Alhamdulillah Allah masih melindungi aku sehingga kini
dan
Semoga Allah akan terus memberiku kesihatan untuk aku mendidik anak bangsa. :)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Sunday, July 15, 2012

Demam berpanjangan

Sejak buat UPT test tu... rasa macam ralat sangat rasanya dengan condition badan sekarang..
mana tidaknya...

Demam berpanjangan...the whole month... bezanya..kadang suhu rendah sikit..kadang panas bangat...sakit kepala...pening kepala..angin....aritu berurut,sedap sikit rasa badan...sakit pinggang tu dah takda..
tapi sekarang ni..minggu-7 kahwin... datang balik sakit pinggang segala....

Pergi jumpa doktor, demam memang demam... doktor kate sakit kepala tu biasa terjadi disebabkan demam.. antibiotik segala jenis pun makan... dari yang biasa, luar biasa, special sume doktor dah suruh telan. Tapi kenapa dan kenapa dan kenapa demam ini tidak pergi dari jasadku ini...huhu

Sape kawan-kawanku doktor..silalh bagi penerangan.
Risau tau demam x baik-baik ni..
Dahla,,ramai orang meninggal sebab demam-demam ni. Huhu...



Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Pregnancy test result

Macam mana nak cerita ye.. balik dari Honeymoon kat krabi haritu, elok husband hantar balik Mukzam... kak siti (bukan nama sebenar) pulakdah.... demam... demam dua hari je. Tapi bila belah malam..demam tu akan jadi makin panas dan pening kepala semakin menjadi-jadi. Esoknya, minta tolong member bawak gi Klinik... dapatla MC.

dalam-dalam MC tu larat lagi plak drive gi KL sebab nak service kereta..dah 2000 kilometer terlebih dari tarikh service.. isk isk isk...dasyat tak dasyat determination sorang pompuan. Kalau ikutkan hati memang nak tangguh dulu.,Tapi bile fikirkan after that nak jalan jauh lagi pergi kursus.Nak taknak kene pergi service jugak.There is no other wiken.MUST GO la jawabnya.

So, wiken tu spend time ngan husband. Badan dah kurang sikit panas, tapi still panas to considered dengan suhu badan yang normal. Balik mukzam dah kurang sikit.

BUT, after that terus menerus demam and pening kepala yang super sakit.Ya tuhanku, penyakit apa pulak kan.Dengan sakit tulang belakang nye..dengan mual-mual loya-loya nye. Badan lemah semacam je.. Kalau google tu, tu semua simptom2 orang pregnant. Hai..dalam hati, takkan la baru seminggu kahwin dah pregnant........... hebat sangat kau orang berdua.huhu

Nextweek nye still demam and sakit pinggang nyata lebih sakit. Pergilah berurut. Boleh plak mak bidan kata rahim dah kembang elok macam dah ada "isi". ISI APA MAK BIDAN OI... isi orang ke isi kelapa...huhuhu
mas tu baru tiga minggu kahwin. Member2 semua kata pregnant..hadooo... janganla bagi harapan macam gitu..siapa yang tak mahu baby yang comel???? tapi..it was too early. Bila demam x sudah2 tu. Member suruh jugak try test ngan UPT kit. Kebetulan die memang ada mende alah tu kat rumah.So die bagi la suruh test.

Hasilnya..........??
Jeng............Jeng.......Jeng........................



Ternyatalah NEGATIVE.............. maksudnya tidaklah pregnant.... ditambah lagi dengan faktanya aku period after a week. Haih..so orang orang sekeliling, juga doktor menyimpulkan bahawa aku ni demam hanimun.Proses penyesuaian la kononnya suami-isteri. (>_<)

Super duber hebat kan..kalau aku POSITIVE pregnant walau baru seminggu kawen. Power root sangat.hehe.Tapi tak mustahil kerana besepah orang bunting pelamin. (^_^)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Hidayah & Suhairie Guest Book



 Hye peeps! Ini update tentang my custom Guestbooks yang direka khas oleh my bestfren, luckily she is creative people. Ada sense yang me myself pun tak paham. We have completely different taste which make us uniquely combined as a friend la kot.

Untuk hasilkan guestbook ni, guna budget ciput jek..xperlu nak hire company or beli yang mahal-mahal punya. Few days before wedding, kitorang gi kedai alat-tulis. Ape yang kitorang carik ialah:
  • 2 pcs Sketch book saiz A4, which only cost you RM 3.50 sekeping. Beli la dua.
  • 2 pcs Monting board A4 size, Rm 0.80 each.
  • 1 pcs crumble paper (warna ikutla tema memasing) RM4.90
  • 2 meters Embroidery ribbon (nak buat border tu) RM5
  • 2 boqt mini roses RM12
  • Gam,gunting and pisau (pinjam la adik beradik punye)

 Untuk belah dalam, my friend ni print color sekeping-sekeping atas kertas A4 warna putih and tampal kat setiap helaian sketch book tu. Simple yet very nice.Siap ada openable heart-shaped love! haha

So, when the quests arrived, dorang kene bukak love tadi and wrote down their message to me!


Yang frame depan tu, korang tebuk jela guna gunting nak bentuk ape..then sebelum tu korang print warna gambar masa majlis tunang.tepek kat tengah. Isk isk.. kak siti xda ide nak buat mende gini. Serah pada yang pakar ajelah. Kalau ka siti, guna buku tiga lima sudahla.hikhik
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Post-Mortem : The day of wedding

Masanya sudah tiba!!

Tak da pengantin yang tak berdebar bila majlis dah tiba waktu. Bagi kak siti (saya ler tu), bangun pagi tu rasa macam biasa je plak.Berdebar memang la berdebar.. tapi pandai cover la. Pagi tu juga baru terhengeh-hengeh nak gosok baju nikah.haha.. Semalam penat buat inai sampai pukul 3 pagi.Mahu nya tak letih.huhu

Pas bangun pagi tu gosok gigi semua, mak andam pun sampai. Fuh... baru rasa sedikit bedebau. Untuk memastikan semua spare tayar di simpan elok dalam stor, kak siti mengenakan set pembentuk badan dari cosway..huahua.. fabriknya lembut dan senang dipakai. Ecewah! Yang mana satu? mesti nak tau kan? Korang cari la sendiri.cosway ada satu tu je produk slimming suit die. Rega RM160++ satu set. Jauh murah la dari Premium Beautiful tuh! tipujatu

Lepas memakai baju pembentuk itu, kak siti pun dimekapkan oleh mak andam. Muka pun sembap lagi ni. Tengah-tengah sibuk mak andam mekapkan.. Fotographer plak call nak snap gambar mekap. Hoho..guane nak bagi masuk bilik seksi seksi ni.haha...

Pagi tu jugak la kakak yang buatkan kek kahwin duk call tanya bila nak amek kek. Subhanallah, memang terlupa sungguh-sungguh tentang kek tu! Sib baik la kakak tu inagt, so, suh la adik ngan pakcik gi ambil. Fuhhhh..sib baik..kalo x... janggal plak majlis xda kek kahwin kan? Tak berdosa...takde takpe..tapi bahasanya nak kate..JANGGAL tu je..haha

Pagi tu juga, caterer yang supply breakfast sibuk tanya kat mana nak letak breakfast tu? (besar2 kot khemah ngan meja depan rumah, duk tanya lagi mana nak letak makanan tu semua, takkan dalam bilik pengantin pulerr..huhu). Disebabkan kak siti, nikah pagi tu jugak..so kene la provide breakfast sementara tunggu makan kenduri di tengah hari. Takyah yang berat-berat. Kak siti order meehun, mee and karipap+ air untuk 100 kepala saja. Cukup je plak. :)

Sepatutnya nikah pukul 9.00 pagi. Pukul 830 kak siti dah siap dah mekap sebijik cam siti norhaliza.Ahaks! Tapi tok kadi tak sampai lagi. (terlajak tido kot tok kadi tu..hehe). Dengan rasa berdebar nya sorang-sorang dalam bilik kak siti pun snap2 la gambar kan... buat-buat hilangkan nerves dalam hati.huhuhu

Pukul 9.30 pagi... pengantin lelaki dah sedia nak dinikahkan..huuuui....naik bulu roma mak nak time tuh. Jantung rasa berdegup mengikut arah jam. Rasa semua lain.hehe. Hebat tak hebat, cik asben dengan kompiden dengan SEKALI LAFAZ.. jadi suami kak siti yang sah. Ehem! Bangga gile die.. tanya apa tips, die kata CUBE BERTENANG setenang-tenangnya. tu je. yeke.........? haha
suka sangat die nye...
Hey masa die lafaz akad tu takde sedih mane pun...duk terpikir-pikir juga "eh bila nak kene sedih ni" hahaha sebab kan kalau kita tengok gambar kahwin member-member,dorang duk sedih lap lap air liur air mata semua tu kan? tang bila?? Kak siti tak sedih pun ni.. cehh risau diri tak sedih..

Lepas tu, bila tang baca-baca penyerahan tanggungjawab tu la yang sedih tu......huwa.. tersedu sedan kak siti nangis.huhu... mana takde... "bonda, lepaskan anakanda pergi..." amboii.. kau..sedih benau tau kalau mak sendiri yang sebut cmtu..huhu..

Lepas tu, snap-snap gambar la apa lagi, pastu kelam kabut dah mak andam nak mekapkan untuk majlis sanding plak.Kul 12.30 dah kene ada kat dewan. Sekarang? dah pukul 10.45! Oh no!!

Ehem,masa kat bilik pengantin nak tukar baju, asben ada..hahahahaha... SEGAN TOBAT YA RABBI.. tapi selalu terlupa die ada kat situ, kite ni zab....tarik zip..mula la gelabah masing2..hahaha..ok.done stop there. Cerita ni tak sesuai untuk korang-korang yang belom kahwin. >_<

Antara benda-benda yang tak patut terjadi pada hari bahagia tersebut ialah:
  1. Semua orang sangat busy sampai lupe nak snap-snap gambar dalam bilik pengantin. Terlpas peluang nak posing gaya hindustand guling-guling atas katil! hoh. So ingat kawan-kawan, dah hias cantik bilik tu kene snap gaya industan okeh! jangan lupe!
  2. DJ yang sepatutnya mengacarakan my wedding last minute kata tak dapat mai!!! hangin tak hangin satu badan. Tapi oleh kerana DJ under my father's responsibility, dapatlah die selesaikan dengan paksaan terhadap membernya menjadi DJ.Alhamdulillah, sayu dengar ayah kite merayu minta tolong member demi hari bahagia kite. SOB SOB!
  3. Sepatutnya nak main lagu nasyid je masa majlis, tapi ntah camne DJ kata die tak jumpa folder lagu nasyid tu, then pasang lagu updated macam dalam carta era tuh. Okeylaa....haha
  4. Ketua pasukan kompang sibuk duk call pengantin berpuluh kali atas pelamin tengah bersanding nak baki duit bayaran kompang! hoh! What did you expect? pengantin jawab call macam dalam ofis? huhu. macam la xleh cari mak ngan bapak pengantin yang duk tercengat depan pintu dewan tuh.huhu..vibrate je kerusi kite!
  5. Lama sangat bersanding atas pelamin disebabkan terlalu ramai sedara mara nak menepung tawar. Hectic day, nak pengsan..kalau korang nak cut the time, list kan je sape leh naik. Kalau tak.. tahan jela berejam kat atas tuh. Sib bek ade ekon! huhuhu
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Saturday, July 14, 2012

Post-mortem : 3 days before wedding

Holla!

Fuhhh..setelah sekian lama membiarkan blog ni berabuk-abuk dan bersawang-sawang, akhirnya hari ini, waktu ini, jam ini dan saat ini barulah ada kesempatan nak hapdet!!

Asben sarungkan cincin pas nikah.. ^_^ - inai dilukis member sendirik.cantik x? he

Alhamdulillah... sekarang dah pun settel majlis. Syukur sangat2.. dah lepas satu penantian gila kentang punya seksa. TAPI..ni baru settel belah perempuan. Majlis menyambut menantu nye tak buat lagi ni. (duit dah kering nih)

So, tibalah masa untuk membuat penilaian terhadap keseluruhan majlis dari perspektif pengantin sendiri. Bukan nak bandingkan apa. Cume nak bagi pendapat sendiri kat mana kita boleh improve, especially untuk bakal2 pengantin yang sedang bedebau jantung tnggu hari majlis.

3 HARI BEFORE WEDDING
3 hari sebelum wedding, orang masih kerja lagi (JANGAN CUBE AKSI INI JIKA ANDA BEKERJA JAUH DARI KAMPUNG HALAMAN). Lucky me, orang keje kat kampung sendiri.Kerja kampung bese-bese je..bukan macam awak-awak sekalian.. mantop belaka. (>_<)
Apa yang orang setelkan 3 hari sebelum majlis ialah
  1. Confirmkan kepada makcik supplier bahulu ikan emas untuk hantar 1500 pcs bahulu ikan emas yang sudahpun dibungku satu-satu dengan plastik putih jernih. Tak perlu lah rasa nak rajin bungkus sendiri walaupun mampu. Kenapa? nanti bekecah rumah, semut lagi. Kamu tu kerja, sapa yang nak buat? nak susahkan orang lain? Tak perlulah.Banyak lagi kerja lain nak buat kan.huhu. Petang balik kerja, dalam pukul 630 petang, bahulu sampai depan pintu rumah. Settle doorgift. 
    TOTAL : RM530 = 0.35 sen seketul bahulu 
  2. Pergi ambil 1000 pcs buah epal merah kecil di Pasaraya untuk di gandingkan dengan bahulu dalam doorgift. Bukan epal merah washington yang besar tu.Ni yang kecil je. Harga pun murah la sikit. TOTAL : RM460 = 0.46 sen sebiji epal.
2 HARI BEFORE WEDDING
A: Busana Ryn's Evenue
B: Busana Hanizan Mala


  1. Final fitting baju sanding. Kenapa lewat sangat fitting baju sanding?? Huhu..ada masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Lagipun saya busy outstation, nak test before gi kursus, baju belom siap. Masalah pada baju ni ialah jenis kainnya dan inner and outer wear die cam tak ngam.Adalah sangat penting untuk study tentang jenis kain yang sesuai dengan design yg kamu nak buat baju sanding tu. Hoh. Baju sanding yang saya pakai itu mesti lagi booom power kalau guna bridal satin instead of chiffon. Infinity regret,huhu. At least, sib baik masih cantik di pakai. :) Untuk baju sanding kita ambil inspirasi Ryn's Avenue. Tapi kita nak ada belt sikit untuk ganti kan manik2 kat dada tu, since kain orang punya tu xda manik mana pun. Untuk baju sanding kite amek inspirasi dari Ryns Avenue, tunjuk kat andam kiia nak macam tu. Jadilah yang macam kita pakai tu.
  2. Final Touch Wedding Shoes. Kasut sebenarnya dah sebulan siap (custom made). Sebab apa custom made? Sebab kaki saya saiz extra kecil, susah nak cari di butik-butik sederhana ternama haha. Kita order kasut kahwin dengan ABSOLUTELYGORGEOUS by AMY. Order online je, senang sangat. Die bagi manual camne nak ukur kaki kite. Lebar camne.. panjang berapa sume kite kene cerita la untuk memastikan kasut tu betul2 fit kat kaki kita. Then pilih jela design camne nak.Hantar je kat die.Die boleh buat belaka. Kasut tinggi bukan main tapi selesa gila pakai. Camne nak pastikan selesa? Kite order kasut patern A.Kosong je. Then sampai umah, kita touch up sikitdengan manik tudung and ribbon!
Ni plak kasut saya! Tambah dengan manik tudung je depan tu and letak ribbon gumpal2 kat tepi.hihi
    Ni kasut dari Absoluteamy. Design sama cume warna berbeza and takda ribbon tu.
  1.  Fitting Baju Nikah selepas hantar touch-up manik kat bahagian leher. Baju nikah adalah antara baju yang paling dititikberatkan oleh kite. Oleh yang demikian, kita sedaya upaya follow-up dengan taylor macam mana baju ni dihasilkan. Lepas tu sebulan sebelum dah pergi hantar beading. Untuk baju nikah kita amek design jubah indonesia. Ala-ala irna de perle punya design tapi ni tak tahulah sapa yang design.Jumpa kat tenet je masa google-google. :) Cer tengok gambar, A untuk design yang kite nak, B plak.. baju nikah yang dah siap and kita pakai masa nikah. :)
    B: Baju nikah kita


    A: Baju contoh




1 DAY BEFORE WEDDING
  1. Doorgift dah siap! Yes.Sehari sebelum atau awal lagi,pastikan Doorgift beg dah pun siap. Dapatkan bantuan saudara terdekat atau sahabat handai untuk menolong. 1000 pcs ko buat sorang letih la plak nyah.Tapinya lupe plak nak tangkap gambar doorgift.Pengantin busy okeh.heh
  2. Guesbook by BFF done. So sesape nak adakan buku tamu untuk depa riwayatkan kata-kata ucapan and sekaligus korang leh tengok sape yang datang majlis korang.memang x semua, tapi sape yang ingat kita and nak kita ingat die datang majlis mesti tulis dalam tu. Untuk guest book, my best friend tolong buatkan.Luckily she is a creative gurl. Nati kite update rupe bentuk guestbook tu k.
  3. Get your INAI done! Kite takda buat malam berinai.Tapi kita ada berinai-inai malam before wedding tu... Lucky me lagi, ada kahwin Indian yang memang power buat lukis inai tu. Isk isk... I was surrounded by lucky people! Subhanallah! Nati tengok entry tentang inai tu kalau nak tengok hebat tak hebat member ai sorang ni lukis inai.
OK.. that all for before wedding yang I buat. Nati I update lain lagi. :)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Thursday, June 7, 2012

Tiffany blue yang kuidamkan!

Alhamdulillah.. a great thanks untuk semua yang cume mendapatkan juga warna kegemaran kite untuk majlis perkahwinan kite ni. Dari pelamin, hantaran, bilik,baju sanding sampai ke cover meja pun nak warna tu alhamdulillah mak andam dapat carik kan.. caterer pun dapat carikkan and warna cat pun dalam! haha

Warna cam lari sikit dalam gambar.. :)

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Aku terima nikahnya

Alhamdulillah...

Segala penat lelah, penantian dan keseksaan untuk memnyempurnakan majlis perkahwinan diri sendiri akhirnya berakhir.

Dengan sekali lafaz, kami sudahpun bergelar suami isteri yang sah. Yeayyy!! Hikhikhik
Sepanjang majlis akad, kite dah try habis daya supaya tak menangis. Tetapi... ntah tak tahu kenapa..
masa my bestie tolong bacakan watikah bonda lepaskan kita tu... sebak haru biru rasa hati..lagi2 plak die sebak..bonda kite sebak..kite apetah lagi..huwaaaa....
Husband kite rilek je kontrol macho..huh!
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Monday, May 21, 2012

6 day till wedding? What have I done??

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... tup tap tup tap..dah tak lama rupenye majlis nak sampai. Status tak lama lagi dah tukar..dari pada cik..kepada datin paduka sri cik dayah.hahaha... Rasa cam tak caya plak... belom lagi rasa nak berdebar debar tu..tapi rasa RALAT sangat sangat.. cam eh BETUL ke TAK.. BETUL ke TAK..haaa..camtu la rasa..

Setakat hari ini 6 hari sebelum wedding ni.. banyak kerja Office yang perlu settle kan antaranya

1. 3 setCourse Review Report (CORR) - 25% done
2. Satu set FRP. (90% done)
3. Satu set FAIL KURSUS (90% done)
4. 3 paperwork KUDAP

Ya Allah..permudahkan lah jalan dan kuatkan la semangat. yang penting IKHLASkan la hati yang meronta ingin melepaskan semua kerja kerja ini ya ALLAH..jadikanlah aku HAMBA yang BERSYUKUR. Sesungguhnya aku beruntung bukan tergolong dalam HAMBAMU yang diberi dugaan hebat seperti di Afghanistan.... huhu

Setakat 6 hari ni juga... ape yang dah settle?

  • BAJU NIKAH dah siap.. alhamdulillah... dapat akhirnya finishing terakhir yang diidam idamkan.. (+RM40 untuk finishing tu saja.. sabau jela.. )
  • BUNGA TANGAN do-it-yourself pun dah siap. Inspirasi dari gambar en.google. kos penuh (RM40)
  • 1500 pcs BAHULU IKAN (individual packaging)
  • 1000 pcs EPAL MINI (doorgift)
  • CADAR COTTON PENGANTIN (Jakel Segamat) -RM600
  •  TUDUNG NIKAH SULAM (www.cloverush.com.my) - RM89 half moon
  •  LUKIS INAI PENGANTIN (full cap+drawing) - RM50 
  • CATERING untuk WALIMAH (100pax), jamuan lepas nikah (200 pax), majlis sanding (1500 pax)
  • WEDDING CAKE (FB: putri fresh baked) - RM500++
  • KOMPANG (Sabak Bernam) - RM400
  • Pasukan Jentayu Gayong Maarifat (SILAT) - Janda baik RM600
  • PAKEJ PHOTOGRAPHY (full package 12 jam) - FB:Rumput Liar RM1.5K
  • BOOKING bilik hotel penanggah - Ivory Inn muadzam shah, RM300++
Pakej2 kat atas semua ni semua AD-HOC.. huhu..xda pun dalam budget sebelum kawen.. BUDGET? memang lari budget sangat2 huhu. Semoga Allah permudahkan semua urusan dan rezeki ini. Amiin

 
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Sunday, April 22, 2012

Pre-wed : D.I.Y bunga telur SUCCESS!


Alhamdulillah... untuk bunga telur dapat jimat banyak sangat... jimat banyak tu berapa? jimat lebih dari RM210 hinggit plus-plus lagi tau.

Tiga jenis bunga telur hand-made dari tissue dah siap dibuat... hasilnya...
taraaa!

putih with blue beads kat tengah..

yellow dengan blue beads jugak!
satu lagi ialah warna biru cam gambar first tuh. X sempat nak snap gambar.. tapi memang puas hati. Cost penuh sekali ngan pasi,span, and whatsoever untuk satu pokok bunga tisu ni..dalam RM30 jek. unbelievable jimat die.

I recommend you. buat la sendirik untuk bunga telur ni. Sikit2 beli boleh la. =)

Kitorang pun ada gak yang beli... bunga telur untuk hantaran... kalau nak yang ni.. too big to be lifted. Parak la yang nak membawa hantaran tu.. kesian die tauu.. hehe


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Pre-wed : The last hantaran seeking for him

at last...... he found it. >_<
dah lama gile tak update blog ni..keterbizian mengerterbasan mata... BM aku D dulu.. kbye

haha..tak tahu sape lagi cerewet kan kan.. en.tunang sangat payah untuk meminati design kasut-kasut yang berlambak kat butik-butik kasut dalam shopping mall...hehe.. Dari larrie... crocodile... bonia.. fox la ape la jenama semua nak survey.. last last ade jugak yang die minat.. kaki mak dah lenguh dah nak..

haha... kalau kite ni.. masuk satu kedai kasut..terlalu banyak la plak yang minat nye sampai kene filter plak nak beli yg mana satu...

haha.. bezanya lelaki dengan perempuan kan?? isk isk..

 
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Wednesday, April 11, 2012

Emosi terganggu

I do really have nothing to say..
I have endure it for long..
What can I say... for today








I am really sad. | Saya sakit bersedih hati |  dan sangat terkilan..

















p/s: tiada kene mengena dengan atau merujuk family, en tunang dan sewaktu dengannye.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Tuesday, April 10, 2012

Pre-wedding : AirasiaGO

Mesti ramai korang-korang yang nak kawin cari pakej honeymoon kan kan? Kite pun penat cari juga. Nak cari kat kedai atau cari agen tu cam susah sikit. Tak berapa nak ada masa. So, semua pun survey online je lebih mudah lebih senang.

Korang boleh cari pakej honeymoon oversea, if beli ticket flight sahaja maybe harga lebih mahal sikit la. Tapi kalau beli secara pakeh maksudnye (Flight+hotel+tour) murah sikit. Kadang-kadang murah banyak jugak, sampai 50% murahnya.

So, antara laman web yang best nak recommend are

PYO Travel
Comment : Pakej die memang murah if ambil dengan flight sekali. Tapi susah sikit nak kompemkan hotel tu provide makanan halal ke tak. Kene buat research sikit. Apa pun, kita orang islam, mestila kene research hotel oversea ni. Aritu pernah booking, tanya hotel tu halal ke tak... die tak kata halal, tapi pork-free. If pork-free ada kemungkinan guna bahan lain yang tak halal. Syubhah plak..so haram jugak. Jadinya cari la hotel lain. :) Bese hotel dia hanya provide breakfast. Yang lain cari sendiri. Takpe, semua orang pun makan, mesti banyak restaurant. :)

POTO Travel
Comment : Pakej kat sini, memang berpatutan and orang kata complete. Yang paling penting owner die MUSLIM dan semua perjalanan die menitikberatkan keperluan MUSLIM contohnya makanan die pastikan halal, waktu sembahyang pun dia ambil berat. :) Dari makan pagi hingga makan malam semua halal.


AirasiaGO
Comment : Last sekali ialah khidmat tour+flight dari syarikat penerbangan termurah di dunia, iaitu AIR ASIA. Oleh kerana owner dia bukanlah MUSLIM,jadinya pemilihan hotel perlukan sedikit research lah. Tak susah pun nak research.Pakcik Google kan ada. Tapi memang boleh dapat murah2 sungguh di kala air asia buat promotion. Kene alert and plan awal2 seawal 6 bulan or setahun. Kalau jenis semua nak last minute.. susahla nak plan-plan pakej yg murah2. huhuhuhu..

Untuk kitorang, memula pilih PYOTravel since pakej die murah baik punya. 1.2K untuk 2 orang semua included. Tapi at the end, ada problem sikit tentang flight confirmation. Jadinya, suggest ambil flight ticket yang sama tapi ubah holiday package under airasiaGo. jadinya sekarang completely pakai AirAsiaGO. Mahal sikit takpe, janji yakin semua sempurna.

Ke mana kitorang nak gi untuk honeymoon?? haha teka lah sendiri.. ni gambar tempatnya.. ~~


semua update tentang hotel, flight, airport transfer nanti lepas balik honeymoon k.Baru la boleh buat penilaian dan komen yang tepat. InsyaAllah..~~ >_<
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Wednesday, April 4, 2012

Pre-wedding : ditawan VERNS and SEMBONIA

Haritu, masa kad kahwin siap. Me and my friend, sepantas kilat buat kerja gila turun KL untuk bawa balik jugak kad kahwin yang saya n en.tunang tempah kat Puchong.

Ditanya kenapa nak tergesa-gesa sangat. Sebabnya.......... esok nak kene balik Kulai, Johor pulak. Sepupu kawin. emmm.. so time tu kompem kompem ramai sedara mara yang jauh dekat berkumpul. Then, itulah masa terbaekkk punya untuk edar kan kad kahwin. Ikut perancangan nak balik hari.

Tapi sampai-sampai sana. Maghrib tu mak and adik2 dah gerak balik Johor dah pun. Then, abah pun suggest bermalam kat KL je untuk elak terover penat. SO............. alang-alang dh macam tu me and my friend tu pun dekat langkah bergaya pergi IOI Puchong untuk shopping....... ahahha...

Masuk2.............huyyo terbeliak mata mak nak... SALE SALE SALE SALE....!! 
 kite pompuan elok-elok xda ape pun nak beli..tapi bile tengok ada sale je terus ada KPI disetkan dan apa barang KENA beli. haha...

My friend awal-awal dah mention die nak  Kasut, handbag, blause and jam tangan. Me plak? emmm kepediahan kaki tak tertanggung...so nak beli la selipar... :)

Banyak kedai kasut kitorang masuk dalam IOI tu untuk cari kasut yang betul2 comfortable. Itu yang penting. Sebab ape? Nak berdiri lama time mengajar. Turun naik tangga lagi...so kasut la yang paling penting. :)

Antara kedai yang kitorang sempat masuk untuk survye kasut antaranya

  • BATA
  • The Summit Shoes Malaysia
  • VERNS
  • VINCCI
  • Princess
  • Hush Puppies
  • TSC
Anatara type yang ingin dicarik ialah platform shoes ataupun wedges yang comfortable and ringan. Banyak-banyak kedai tu kitorang payah nak berkenan kecuali kat VERNS dengan The Summit tu. Anatar dua tu pulak, VERNS memang lagi banyak pilihan dan lebih berbaloi nilai duitnya.

Yang di cari adalah wedge seperti ini... tapi idakla setinggi ini,, tidakla bertali belakang..kompem susah nak pakai ngan bukak... cume yang penting ialah sokongan pada kaki. :) Jumlah kasut yang dibeli oleh kami dari Verns ialah 3 pasang. ngee~~


After that... myt friend nak cari handbag plak. Me and she, dua dua pun peminat setia Sembonia dan bonia collection. So straight pergi ke bahagian situ. Fortunately ada sales 70% kat sembonia jugak. Hoooooooo........... tengok die beli meronta-ronta juga hati nak beli..tapi ditahankan saja..........~~~

Mula-mula my friend berkenan dengan yang ni.........
tapi.. takda sale plak..
After that, jumpa yang lagi cun

 Tapi yang member ni beli bukan warna putih... tapi warna hitam.. Harga asal handbag ni RM270++, tapi ada 70% discount, she paid only for RM90. huhu,, I wish I can buy one. Tapi en.tunang kan dah beli kan handbag baru...~~~


Why we both love SEMBONIA?
It just do not know...

It just close to the heart. hehe

Sambil2 member pilih handbag.. me pulak pusing2 cari purse. En.tunang supposedly belikan purse ni.. tapi we run of time and en.tunang pun x reti nak memilihnya sendiri. Oleh yang demikian, die bagi la me yang carik sendiri. Yes! yes! hehe

KPI untuk carik wallet ni ada 3
  1. Color --> Marron (sebab nak sama dengan handbag e.tunang kasik)
  2.  
  3. Multi compartment --> Kalau boleh ada banyak compartment escpecially untuk letak SII masuk sekali haha
  4. Card slots yang banyak.. must be more than 12. (Sebab kad bank, kad kredit and kad debit ada banyak hehe)
RESULTNYE..

KPI 1 tak tercapai since warn maroon die sangat tak cantik bagi diriku. So, pilih warna selamat, warna hitam.At least ngan warna wallet hantaran en.tunang. hehe.. KPI2 and 3 tercapai and yeay dah beli akhirnya.

After that gerak balik ke Pandan Jaya, KL.. now what? Kitorang sesat kot.. mau lebih pada RM15 duk pusing2 bayar tol yang sama...huhuhu

Jalan yang benar begini.. hanya 15 km je




TAPI, jalan kesesatan begini.. jadi dalam 32km



Takpela.... anggap la jenjalan carik makan.huhu



Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Saturday, March 24, 2012

Personal : Nurul's wedding 2403

Rasenye baru haritu masuk posting dekat politeknik ni sama-sama. Masa tu perancangan nak kawin sikit pun xda lagi. Nurul pun selalu je risau agak-agak bila dia nak kawen since masih tak pasti hatinye milik siapa. Itu cerita setahun dulu.

24. 03. 2012, setahun 3 bulan nurul kat sini. Jodohnya sampai dan tuhan anugerah kan suami yang tercinta yang mengangkat akad menikahi nurul. Kesal juga, tak dapat hadir majlis nikah dia. Tapi ada tuntutan kerja lain yang membuatkan niat itu tak tercapai.

Kami berempat dari sini gerak ke Batu Pahat jam 10.20 pagi. Kereta WAJA wnt milik si folan sedia berkhidmat kali ini membawa kami jauh ke Jalan Mengkudu, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Pine Tree Hotel, Batu Pahat
Destinasi perkahwinan Nurul ialah PINE TREE HOTEL.Batu Pahat. Tak seorang pun dari kami berempat pernah sampai hotel ni. So, dengan berbantukan GPS free ku yang mantap, Sygic. Alhamdulillah, sampai dengan jayanya tanpa sesat sedikit pun. :)

Masuk2 hotel, tanya dengan member office yang jadi pengapit. Pengantin belum sampai pun lagi rupenye. Kitorang ni dengan niat murni kononnye nak tunggu pengantin sampai. Tapi..heheh... lapa sangat plak.. tak tertahan. So naik la makan... smpai2 je tingkat satu. Bunyi kompang plak.. pengantin dah smapi... hold dulu la makan.Bagi laluan kepada raja sehari.

Nurul and Jeff (husband nurul) memilih busana Purple. Memang nampak cantik nurul hari ni. Pelamin dia pakai bunga-bunga besar tuh!!! My wishlist tau. Tapi tak kesampaian.  Nak tengok pelamin dia? Ni ha..

Selamat Pengantin Baru Nurul... :)
Balik dari kenduri singgah sembahyang kat Masjid Sultan Ismail., lepas tu singgah kat Batu Pahat Mall. BP Mall nak minum. Dahaga sangat rasanya. Cuaca pun panas terik.


Kitorang main pusing-pusing dalam tu. Termasuk IT mall.. and terbeli lah Logitech wireless mouse and keyboard. Memang dah lama nak beli. Akhirnya tercapai jugak. Harga pun ok la. Bawah RM70. Compact size. Keyboard ni sangat2 berguna di kala-kala nak buat analisis exam nanti. Berjuta nombor nak key-in. Kalau takda mouse yg ada numeric keypad ni.Bisa gilak!

Logitech wireless keyboad mouse combo! RM69

Lepas tu masuk POPULAR pula. Member nak cari buku...kitorang memang suka baca buku ilmiah sikit. Bukan poyos tau. Sekadar mengisis masa terluang dengan ilmu yang senang dicapai. Nak belaja double degree tak mampu. huhu

Tapi saya tak beli buku gitu.............. hehe.. nak tau saya beli buku apa?
 .
.
.
.
.
.

TARA........ beli buku masakan you all...!

kengkonon ni nak kawen kan.. kene la belajar masak yang best2 semua... nati kalau husband ke mak ke mak mertua teringin nak makan apa-apa.. bolehla buatkan dengan senang hati sebab tau cara buat... sedap x sedap belakang kire.. ada lidah leh rasa kot... hehe

Lepas tu baru la gerak balik Mukzam.. tolak tambah singgah isi minyak ngan sembahyang. Selamat sampai mukzam pukul 10.00 malam. Alhamdulillah.

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Thursday, March 22, 2012

Pre-Wedding : Wedding Cake!

Alhamdulillah hal pelamin, andam, baju, solekan, hiasan dewan semua dah setel. Syukur sangat-sangat Allah bagi cepat-cepat kegusaran kat hati ni pergi. Kalau tak.. tido terlebih 8 jam.. makan over over banyaknye, mandi kadang2 malas nak mandi..emmmm... jiwa kacau la katakan.................. ihiks.

Beli tengok2 check list, kek kahwin terlupa nak uruskan. So dengan tahap kepantasan dan kecekapan internet free poli. Maka dengan cepatnya cari wedding cake yang minat kat google images and save.

Then, buka blogspot pembuat wedding cake kat Muadzam ni jugak. malas nak tempah jauh-jauh. Kang satu hal plak nak amek atau berantar. Aritu ada jugak ingat nak tempah cake kat area rumah kakak kat pandan jaya. Memang cun gile plak tuh wedding cake die. Nak tengok? boleh check website die.


antara cake dia yang nampak super mantap ialah miniature cake! ya Allah..cantiknye la hai..


Selain tu, kalau area pahang ni yang buat kek cantik ada kat Kuantan. Memang cun gile jugak.

cube check link ni..



Kek dia, walaupun bukan fondant, guna buttercream biasa je untuk hiasan. Still nampak mabveelesss gituhh.. and satu lagi, nampak teliti dan kemas gile.

series cumel kek lumbuuu ni..haha
Walaupun cantik2 molek belaka. Tapi bila fikir fikirkan camne nak amek and hantar kek kahwin kalau bertingkat2 ke muadzam shah. Tinggi sangat risiko untuk kos dan pengankutan. So, carik2 la kat mukzam alhamdulillah makcik rekemenkan sorang member dia agaknya


Boleh dikatakan kat Muadzam ni agak susah nak buat preparation barang2 kawin yang kita nak kalau duk KL senang je la nak dapat. Tapi bukan nye takda. ADA. Tapi kene rajin cari. Jangan tak cari. Duk kat KL pun  x bleh jumpa kalau mulut je jalan tapi x usaha. Betul x?

Target untuk kek kahwin ni nak 3 tengkat, fondant, simple pastel color with simple gummy paste flower.
So, owner putri fresh baked 2 u ni kak Izan, boleh buat. 

antara hasil kerja dia..  ok jugak.. :D


Kek yang kite nak suh kak izan buat ialah macam ni

Nak sebijik camni. Hehe.. kak izan kata boleh buat.. dengan kelopak bunga fondant tu ikut warna tema kita. Macam mana hasilnya. Saya letak je kepercayaan menghias tu kepada dia yang lebih pakar. Minta2 ending nya happy ever after lah. Pape pun. kene tunggu majlis la baru boleh tengok hasil sebenar. :)

Untuk kek macam ni. Kak izan amek RM 500 ++ bersama FOC 16 cupcakes. ^_^


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...