Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Monday, December 31, 2012

kegemukasia?

hihi....

Menurut kamus dalam internet, kegemukasi merupakan sejenis kuih yang mampu membuatkan anda bahagia, di awang-awangan dan seronok dua ronok dan tiga ronok.

betul ke ni? Ada jugak ke term macam ni??

.
.
.
.
.
.
Mestila takda! hahaha

 Hakak nak cerita tentang hakak la.. makin lama makin gemuk!! apecerrr!! bahagia sangat ke hakak ni dek non?? Idakla jugak.. haha

Dulu masa belajar kat matrik uia,PJ akak ingat lagi berat badan hakak 38 -42kg je... Seluar jeans pun saiz 26..besa sikit 28 je.. baju saiz S semua... TAPI

bila dah kerja ni....berat jadi 45kg..  ok lagitu... dulu masa masuk main campus. penah cecah 48kg sebab over bahagia kotnye haha..

48kg tu berat maksimum dedulu kala tu diknon.Tu pun rasa sendat dah pakai seluar jeans.

TAPI sejak kawin nih,..hahhhhh koo!! berat sekrang 55! hokey..mana hakak nak campak semua lemak-lemak kat badan ni??? hihihihi... xpe xpe... hakak try la diet. Kalau tak boleh...jangan salah kan hakakkk..yg penting hakak menten cute! ahaks!
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Thursday, August 16, 2012

Kumpul harta : BMW X6

BMW X6 2008
Ok tak ok tak? Cantik x? bergaya tak kereta ni? Memang dah lama minat kereta ni tau. Dah lama dah VIVA hitam auto hakak tu berjasa dari zaman universiti lagi....Haritu pergi shopping sengsorang kat Jusco Maluri, nampak kereta ni kat parking tu. Besau tau. Charming gile tengok. Pakai engin v6 turbo tau. Huyyo. Kalau husband bawa.. mesti terbang la jawabnya kat MRR2 yang sesak tu kan. Tapi kalau akakk yang bawak..kompem baik je atas jalan... sebabnya, takut tercalar ke terhentak ke kan kereta mahal ni beli nih. 600K tau. isk isk isk..... takut akak beli ni, kompem esok SPRM sampai dah nak temu ramah hakak.he

Sesungguhnya....itu hanyalah angan-angan mat jenin..hakak tak mampu pakai kereta sebegini rupe buat masa sekarang atau 5 tahun akan datang. Tapi tak mustahil kalau tiba2 husban and hakak jadi jutawan bilionwan..bolehla hakak pakai. MUSTAHIL?? TAK MUSTAHIL KAN??? Bagi rezeki kan keje tuhan.Kita carik je. :)

Sekarang satu-satunya yang hakak ada ialah kereta VIVA EZ 1.0cc ebony black yang hakak beli hasil duit biasiswa yang tertunggak pada awal tahun 2009. Hakak bersyukur sangat-sangat ada kereta ni. Walaupun sekarang macam dah xda pun kawan-kawan yang pakai VIVA...paling cikai pakai MYVI lagi best..ho ooo ooo! Tengok viva buruk hakak lalu sebelah... sengih tak ikhlas je tau..macam la kereta hakak ni die yang bayo kan! Buruk2 pun hakak dah nak habis bayo.. ko hado???? heee

Bila dah masuk alam kerja, memang ada simpan cita-cita beli kereta besar sikit.. tapi bukn myvi la hokey...hiks. tapi tak berniat sekuman untuk trade-in kereta viva yang kusayang dunia akhirat tu. Akan ku jaga dan simpan elok-elok untuk kegunaan bersama. Minyak tersangat jimat tu. Kau hado??

Dua tahun kerja, memang duit dah lebih dari cukup untuk angkat honda civic type R sebijik. Tu pun kalau hakak puasa sepanjang tahun dan duk kat rumah mak, makan tanggung. Ngeee~~

Honda Civic Type R
Pastu, awal bulan 4 haritu hakak memang dah 90% confirm nak angkat Proton Preve full spec. Siap dah pergi Proton centre kat Giant puchong tu, photostate IC and semua dokumen bagai. Siap naik lagi kereta tu dua hari sebelum lauching.16 April haritu.

Balik Mukzam... kat ofis orang duk sibuk-sibuk tentang beli rumah kat Bandar Satelit Muadzam. Deposit murah je 1K. So, bila dengar tu dah rasa berat nak beli rumah lagi. Tapi dalam masa yang sama....MEMANG NAK TUKAR KERETA PUN.... nafsu meronta-ronta nak pakai kereta baru tapi akal duk fikir betapa untungnya beli rumah time ni.

Mintak pendapat asben and mak abah serta orang ramai...setelah ditimbang tara kiri kanan atas bawah.. dan petunjuk dari Allah.. hati ni 80% cenderung kepada rumah.Puas menimbang positif dan negatif pendapat orang.

"Ah..rumah bia la laki yang beli! Buat pe kita perempuan nak beli?"
Kenapa mesti rumah lelaki yang beli? Perempuan tak boleh ada harta sendiri ke?? Sume nak longgok atas batu jemala asben ke? Apa salahnya, kita beli, dia pun beli..banyak sikit hartanya.. 

"Holoh..banyak duit takpela... "
Banyak duit hape la kan... keje sama, emolumen gaji sama..aku xda plak buat part-time, mana plak datang banyak duit? ke die boros sangat? Kalau fikirkan jumlah pukal harga rumah sebiji memangla mahal.. 150K ++... kalau kereta tu 50K - 70K je... memang la nampak beli kereta lagi senang. Tapi rumah tempoh bayo kalau 9 tahun memangla tak mampu..rumah bayo 20-40 tahun... kadang jatuh lagi murah dari ansuran bulanan kereta tau! Kereta susut nilai, rumah tambah nilai years by years. Lagipun, insyaALlah tak risau gaji x cukup...setiap tahun gaji naik.. :)

"Muda lagi dayah...... nanti seksa...duit baki sikit nak buat enjoy-enjoy""Gila ke? rumah mahal kot! Kereta la murah sikit"
Memang! kalau ikut kan hati tak nak bayar apa-apa hutang pun bulan-bulan. Kalau boleh viva tu pun malas dah nak bayar tau! Teringin nak melancong gi Korea...teringin nak spend time ngan hasben keliling melesia, nak makan sedap2..mahal2..nak beli gajet tu gajet ni..nak pakai stremix..semua nak.. tapi kene cari satu masa yang duit dah cukup untuk urusan kecil2 kan begitu.. sekarang saya sudah bekeluarga. Saya perlu fikirkan yang lebih menguntungkan dalam masa yang panjang.InsyaAllah kalau rumah ni dah stabil.Gaji naik.Kewangan stabil.Semua tu boleh buat. Tambah2 tak lama kereta nak habis bayar dah, rumah siap elaun rumah dah tak kene potong dah, setahun lagi dah nak masuk sitem pencen,InsyaAllah.

"Awal sangat lagi nak beli rumah.... tunggu la tua sikit dayah.."
Takut tak sempat tua dah tak mampu beli rumah. 

Itu antara koleksi komen yang tak berapa nak membina la walaupun logik nya ada. Hehe...tapi apa-apa pun.. nak beli hapa ikut suka hati korang la..duit korang. And suka hati den la..duit den! Tol tak??? he

Komen yang positif lagi banyak.Rata-rata memang setuju. Sekurang-kurang ramai juga yang memihak pada keputusan ini. Alhamdulillah.


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Thursday, July 19, 2012

Accident di pagi hari!

Astaghfirullah al azhim...

Bahaya tak bahaya la kan.. sejak demam and pening kepala ni menjadi hobi tubuh dan jasadku ini, hari ini dalam sejarah penyakit ni mengakibatkan eksiden pertama kali nya terjadi ke atas kereta kecilku.Alhamdulillah bukan eksiden major yang perlu ke hospital, tapi kereta cam kene hantar ke bengkel sebab skirting kiri dah tercabut.huhu..

Camne jadinya..

Jalan dari rumah nak ke ofis akan melalui 3 kali simpang. So, kejadian terjadi betul2 kat simpang yang pertama yang mana sebaik sahaja tiba di simpang pertama.. pagi ni badan panas seperti biasa dan kepala ada pening-pening sikit. Sebaik sahaja tiba di simpang pertama tu, mata tetiba jadi kabur dan kepala pusing-pusing. Dalam hati terdetak "alamak, simpang ni!" time2 ni la nak pening2 kepala samapi kabur pandangannya.Gelap sungguh rasa. Tapi tangan still pusing steering ke kiri sebab takut kalau2 ada kereta dari kanan nak teruskan perjalanan.huhu..

Dan-dan membelok di kala tak nampak... dengan yakin dan kompiden terlanggang divider kiri jalan.. bunyi die macam bunyi besi remuk! takutnya ya rabbi tuhan je tahu. Tapi still kompiden jalan slow2 sampai la parking office. Terus keluar dari kereta and tengok ,,skirting dah rabak...huwaa....

Rabak tu tak teruk takpa sangat, Tapinya.. apa jadi kalau pening ini terus mengganggu gugat keamaan dan kesejahteran hidupku.huhu

Alhamdulillah Allah masih melindungi aku sehingga kini
dan
Semoga Allah akan terus memberiku kesihatan untuk aku mendidik anak bangsa. :)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Sunday, July 15, 2012

Demam berpanjangan

Sejak buat UPT test tu... rasa macam ralat sangat rasanya dengan condition badan sekarang..
mana tidaknya...

Demam berpanjangan...the whole month... bezanya..kadang suhu rendah sikit..kadang panas bangat...sakit kepala...pening kepala..angin....aritu berurut,sedap sikit rasa badan...sakit pinggang tu dah takda..
tapi sekarang ni..minggu-7 kahwin... datang balik sakit pinggang segala....

Pergi jumpa doktor, demam memang demam... doktor kate sakit kepala tu biasa terjadi disebabkan demam.. antibiotik segala jenis pun makan... dari yang biasa, luar biasa, special sume doktor dah suruh telan. Tapi kenapa dan kenapa dan kenapa demam ini tidak pergi dari jasadku ini...huhu

Sape kawan-kawanku doktor..silalh bagi penerangan.
Risau tau demam x baik-baik ni..
Dahla,,ramai orang meninggal sebab demam-demam ni. Huhu...



Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Pregnancy test result

Macam mana nak cerita ye.. balik dari Honeymoon kat krabi haritu, elok husband hantar balik Mukzam... kak siti (bukan nama sebenar) pulakdah.... demam... demam dua hari je. Tapi bila belah malam..demam tu akan jadi makin panas dan pening kepala semakin menjadi-jadi. Esoknya, minta tolong member bawak gi Klinik... dapatla MC.

dalam-dalam MC tu larat lagi plak drive gi KL sebab nak service kereta..dah 2000 kilometer terlebih dari tarikh service.. isk isk isk...dasyat tak dasyat determination sorang pompuan. Kalau ikutkan hati memang nak tangguh dulu.,Tapi bile fikirkan after that nak jalan jauh lagi pergi kursus.Nak taknak kene pergi service jugak.There is no other wiken.MUST GO la jawabnya.

So, wiken tu spend time ngan husband. Badan dah kurang sikit panas, tapi still panas to considered dengan suhu badan yang normal. Balik mukzam dah kurang sikit.

BUT, after that terus menerus demam and pening kepala yang super sakit.Ya tuhanku, penyakit apa pulak kan.Dengan sakit tulang belakang nye..dengan mual-mual loya-loya nye. Badan lemah semacam je.. Kalau google tu, tu semua simptom2 orang pregnant. Hai..dalam hati, takkan la baru seminggu kahwin dah pregnant........... hebat sangat kau orang berdua.huhu

Nextweek nye still demam and sakit pinggang nyata lebih sakit. Pergilah berurut. Boleh plak mak bidan kata rahim dah kembang elok macam dah ada "isi". ISI APA MAK BIDAN OI... isi orang ke isi kelapa...huhuhu
mas tu baru tiga minggu kahwin. Member2 semua kata pregnant..hadooo... janganla bagi harapan macam gitu..siapa yang tak mahu baby yang comel???? tapi..it was too early. Bila demam x sudah2 tu. Member suruh jugak try test ngan UPT kit. Kebetulan die memang ada mende alah tu kat rumah.So die bagi la suruh test.

Hasilnya..........??
Jeng............Jeng.......Jeng........................



Ternyatalah NEGATIVE.............. maksudnya tidaklah pregnant.... ditambah lagi dengan faktanya aku period after a week. Haih..so orang orang sekeliling, juga doktor menyimpulkan bahawa aku ni demam hanimun.Proses penyesuaian la kononnya suami-isteri. (>_<)

Super duber hebat kan..kalau aku POSITIVE pregnant walau baru seminggu kawen. Power root sangat.hehe.Tapi tak mustahil kerana besepah orang bunting pelamin. (^_^)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Saturday, March 24, 2012

Personal : Nurul's wedding 2403

Rasenye baru haritu masuk posting dekat politeknik ni sama-sama. Masa tu perancangan nak kawin sikit pun xda lagi. Nurul pun selalu je risau agak-agak bila dia nak kawen since masih tak pasti hatinye milik siapa. Itu cerita setahun dulu.

24. 03. 2012, setahun 3 bulan nurul kat sini. Jodohnya sampai dan tuhan anugerah kan suami yang tercinta yang mengangkat akad menikahi nurul. Kesal juga, tak dapat hadir majlis nikah dia. Tapi ada tuntutan kerja lain yang membuatkan niat itu tak tercapai.

Kami berempat dari sini gerak ke Batu Pahat jam 10.20 pagi. Kereta WAJA wnt milik si folan sedia berkhidmat kali ini membawa kami jauh ke Jalan Mengkudu, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Pine Tree Hotel, Batu Pahat
Destinasi perkahwinan Nurul ialah PINE TREE HOTEL.Batu Pahat. Tak seorang pun dari kami berempat pernah sampai hotel ni. So, dengan berbantukan GPS free ku yang mantap, Sygic. Alhamdulillah, sampai dengan jayanya tanpa sesat sedikit pun. :)

Masuk2 hotel, tanya dengan member office yang jadi pengapit. Pengantin belum sampai pun lagi rupenye. Kitorang ni dengan niat murni kononnye nak tunggu pengantin sampai. Tapi..heheh... lapa sangat plak.. tak tertahan. So naik la makan... smpai2 je tingkat satu. Bunyi kompang plak.. pengantin dah smapi... hold dulu la makan.Bagi laluan kepada raja sehari.

Nurul and Jeff (husband nurul) memilih busana Purple. Memang nampak cantik nurul hari ni. Pelamin dia pakai bunga-bunga besar tuh!!! My wishlist tau. Tapi tak kesampaian.  Nak tengok pelamin dia? Ni ha..

Selamat Pengantin Baru Nurul... :)
Balik dari kenduri singgah sembahyang kat Masjid Sultan Ismail., lepas tu singgah kat Batu Pahat Mall. BP Mall nak minum. Dahaga sangat rasanya. Cuaca pun panas terik.


Kitorang main pusing-pusing dalam tu. Termasuk IT mall.. and terbeli lah Logitech wireless mouse and keyboard. Memang dah lama nak beli. Akhirnya tercapai jugak. Harga pun ok la. Bawah RM70. Compact size. Keyboard ni sangat2 berguna di kala-kala nak buat analisis exam nanti. Berjuta nombor nak key-in. Kalau takda mouse yg ada numeric keypad ni.Bisa gilak!

Logitech wireless keyboad mouse combo! RM69

Lepas tu masuk POPULAR pula. Member nak cari buku...kitorang memang suka baca buku ilmiah sikit. Bukan poyos tau. Sekadar mengisis masa terluang dengan ilmu yang senang dicapai. Nak belaja double degree tak mampu. huhu

Tapi saya tak beli buku gitu.............. hehe.. nak tau saya beli buku apa?
 .
.
.
.
.
.

TARA........ beli buku masakan you all...!

kengkonon ni nak kawen kan.. kene la belajar masak yang best2 semua... nati kalau husband ke mak ke mak mertua teringin nak makan apa-apa.. bolehla buatkan dengan senang hati sebab tau cara buat... sedap x sedap belakang kire.. ada lidah leh rasa kot... hehe

Lepas tu baru la gerak balik Mukzam.. tolak tambah singgah isi minyak ngan sembahyang. Selamat sampai mukzam pukul 10.00 malam. Alhamdulillah.

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

Monday, March 12, 2012

Personal : I am happily waiting

Tik...! Tok...! Tik...! Tok..!

I am happily waiting for this week to end.

Since, en.tunang will be here soon. >_<


p/s: untuk en.tunang.. --> weekk! :p

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...