Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si

Thursday, August 15, 2013

Unsubscribe Digi Daily Broadband yang mengong!

Aduiii... nak tulis entry ni pun seploh kali mengeluh keluh kesah kesal!Alkisah dari tahun lepas lagi cuba untuk unsubscribe Digi Daily Broadband ni tak dapat-dapat. Sungguh trivia dan mencabar sekali. Apa tidaknya setiap kali subscribe untuk daily yang RM3 tu, akan terus la ko subscribe hari hari rm3, letsay ko takda kredit, die akan credit, ko topapje laju die tolak rm3. Tak macam celcom, ko pilih Daily yang RM5 tu maksudnya cukup 24 hours. That's it! Xdala die auto renew daily esok dan esoknya dan esoknya tu.

Maksudnya kita kene peka la dan jangan alpa bila dah subscribe daily digi internet ni. Kalau lupa nak unsubscribe, emmmm ko terima la takdir yang kredit ko kene tolak hari RM3 lepas tu. Nak je ON LEMPANG hantar ke 73725! hish...huhu

Itu takpalah kalau engkorang redha nak kene tolak RM3 hari hari, tapi aku ni tak redha sangat sebab apa? Aku dah unsubscribe tapi jadi jugak kene potong RM3 setiap hari. kalau aku tak cukup kredit. Die buat senyap je, xda plak kata nak tolak,Asal aku topap je laju die tolak RM3. Wohwohwoh....

Kenapa jadi camtu? Korang  mesti nak kata aku unsubsribe tak bebetol kan? Hampehh,hahaha..tapi masalahnya licik no cara nak 100% unsubscribe nye. Katenya dalam sms tolak Rm3 tu, kalau nak unsubsribe dial *116# tu kan? Aku buatla...mana ada nye menu nak subscribe nye pun haduuuii! Ingatkan masuk menu tu je mmg khas untuk unsubsribe daily kalau pilih Menu #1. Tapi upenye itu untuk teruskan lagi subscription. Then cari kat tenet suh dail *128# plak... hooo ada jumpa la plak nak tamatkan langganan nye tu. So bila pilih nak tamat. Die akan kata tanya lagi nak tamatkan ke idak, kita pilih la 'nak', then tanya lagi  betul2 nak ke tak. Selagi tak sah betul2 selagi tu tak tamatkan. Kalau yang tak tahu ingakan bila dah pilih 'nak' tamat tu tamat sugguh la.Upenye baru mukadimah. Hayyyo..menci la menci sangat! Dah hampir setengah tahun, baru hari ni aku berjaya betul2 tamatkan langganan tuh!

tapi tengok esok! kalau die potong gak... AKU HAPDET lain! huwaaaa


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...