Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 12, 2012

Pre-wedding : Borang nikah Part I

Alkisahnya, sebenar tak bercadang pun nak pergi Pejabat Agama ambil borang nikah ni. Mulanya hanya nak pergi breakfast, then nak pergi survey meja solek je. Tapi, alang-alang keluar, better amek jela terus borang yang memang wajibul ghunnah bakal pengantin amek kat Pejabat Agama.

Baru nak gi amek borang ni je rasa berdebar bukan main. Padahal bukan apa-apa pun. Amek borang macam nak pi amek borang register kad jusco jek. Maybe sebab namanya Pejabat Agama.. agak-agak rasa segan jugak la kan. Masuk2 tu.. semua mata pun nak pandang since tak ramai orangnya. Disebabkan tempat kecik, ruang pun terhad, kerusi pun ada 2 biji je untuk waiting customer. So berdiri la ko wahai kaki. Nasib baik yang member sebelah ni memang nak tanya tentang kursus kahwin. Maksudnya banyak la sikit halnya nak di tanya. Idakla segan sangat.


Haritu, member ofis ambil borang nikah kat negeri johor, kene bayar RM5. Tapi kat sini, mukim Muadzam Shah, kena singgit je dik non. 4 ringgit lagi dik non boleh la bawa pergi main jauh-jauh beli ais krip pop 2 ketul.

Pegawai yang melayan kerena akakkkk masa tu lebih manja dikenali sebagai En.A (nama dirahsiakan). Encik A sangat la peramah dan terpampar kebaikannya. Agaknya nama je pegawai pejabat agama.. muka pun ada nur, pertuturan pun sedap je dengar. Nak banding ngan akak.. suara cam petir halilintar.Kihkih.

Haritu, duk dengar  member office cerita tentang prosedur nak nikah ni cam rumit gak. Tapi alhamdulillah kat mukim sini tak serumit tu. ATAUPUN belum nak rumit la kan.haha..baru isi -isi borang je.

Untuk wanita bujang yang comel cam akakkk.. yang perlu disediakan ialah
** keperluan borang ni berbeza ye adik-adik.. mengikut resepi pejabat agama mukim asal adik-adik la..

yang perlu akak siapkan ialah
  1. Salinan I/C pengantin pompuan and lelaki
  2. Salinan I/C bapa pengantin pompuan
  3. Sijil kursus kahwin yang asal
  4. Borang kebenaran berkahwin dari PENGANTIN LELAKI (dengar tu En.tunang)
  5. Ujian kesihatan
Opss lupe plak. Ada jugak tadi tanya pegawai tu tadi kalau pengantin lelaki tu orang luar dari Pahang mcm en.tunang skrng kampung kat Kelantan, kerja di Selangor. Kene balik Kelantan ke ambil borang kebenaran berkahwin tu? Jawapan dia:

"Tidak perlu cik... sekiranya tunang saudari bekerja lebih dari 6 bulan di Syarikat Swasta atau lebih setahun di Syarikat Kerajaan, tunang saudari boleh terus mengambil borang di negeri tunang saudari bekerja. Tak perlu kelam kelibut balik kelantan ye cik... jimat duit.. minyak kan mahal... islam itu mudah cik..."

*Cerita di atas adalah tokoh tambah semata-mata. haha.. yang faktanya kalau keje lebih setahun, tak perlu balik kampung halaman. Memudahkan. (^_^)

    Ok. Tu jek. Simple is city = simplicity. Ahaks.

    Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...