Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 15, 2012

Post-Mortem : The day of wedding

Masanya sudah tiba!!

Tak da pengantin yang tak berdebar bila majlis dah tiba waktu. Bagi kak siti (saya ler tu), bangun pagi tu rasa macam biasa je plak.Berdebar memang la berdebar.. tapi pandai cover la. Pagi tu juga baru terhengeh-hengeh nak gosok baju nikah.haha.. Semalam penat buat inai sampai pukul 3 pagi.Mahu nya tak letih.huhu

Pas bangun pagi tu gosok gigi semua, mak andam pun sampai. Fuh... baru rasa sedikit bedebau. Untuk memastikan semua spare tayar di simpan elok dalam stor, kak siti mengenakan set pembentuk badan dari cosway..huahua.. fabriknya lembut dan senang dipakai. Ecewah! Yang mana satu? mesti nak tau kan? Korang cari la sendiri.cosway ada satu tu je produk slimming suit die. Rega RM160++ satu set. Jauh murah la dari Premium Beautiful tuh! tipujatu

Lepas memakai baju pembentuk itu, kak siti pun dimekapkan oleh mak andam. Muka pun sembap lagi ni. Tengah-tengah sibuk mak andam mekapkan.. Fotographer plak call nak snap gambar mekap. Hoho..guane nak bagi masuk bilik seksi seksi ni.haha...

Pagi tu jugak la kakak yang buatkan kek kahwin duk call tanya bila nak amek kek. Subhanallah, memang terlupa sungguh-sungguh tentang kek tu! Sib baik la kakak tu inagt, so, suh la adik ngan pakcik gi ambil. Fuhhhh..sib baik..kalo x... janggal plak majlis xda kek kahwin kan? Tak berdosa...takde takpe..tapi bahasanya nak kate..JANGGAL tu je..haha

Pagi tu juga, caterer yang supply breakfast sibuk tanya kat mana nak letak breakfast tu? (besar2 kot khemah ngan meja depan rumah, duk tanya lagi mana nak letak makanan tu semua, takkan dalam bilik pengantin pulerr..huhu). Disebabkan kak siti, nikah pagi tu jugak..so kene la provide breakfast sementara tunggu makan kenduri di tengah hari. Takyah yang berat-berat. Kak siti order meehun, mee and karipap+ air untuk 100 kepala saja. Cukup je plak. :)

Sepatutnya nikah pukul 9.00 pagi. Pukul 830 kak siti dah siap dah mekap sebijik cam siti norhaliza.Ahaks! Tapi tok kadi tak sampai lagi. (terlajak tido kot tok kadi tu..hehe). Dengan rasa berdebar nya sorang-sorang dalam bilik kak siti pun snap2 la gambar kan... buat-buat hilangkan nerves dalam hati.huhuhu

Pukul 9.30 pagi... pengantin lelaki dah sedia nak dinikahkan..huuuui....naik bulu roma mak nak time tuh. Jantung rasa berdegup mengikut arah jam. Rasa semua lain.hehe. Hebat tak hebat, cik asben dengan kompiden dengan SEKALI LAFAZ.. jadi suami kak siti yang sah. Ehem! Bangga gile die.. tanya apa tips, die kata CUBE BERTENANG setenang-tenangnya. tu je. yeke.........? haha
suka sangat die nye...
Hey masa die lafaz akad tu takde sedih mane pun...duk terpikir-pikir juga "eh bila nak kene sedih ni" hahaha sebab kan kalau kita tengok gambar kahwin member-member,dorang duk sedih lap lap air liur air mata semua tu kan? tang bila?? Kak siti tak sedih pun ni.. cehh risau diri tak sedih..

Lepas tu, bila tang baca-baca penyerahan tanggungjawab tu la yang sedih tu......huwa.. tersedu sedan kak siti nangis.huhu... mana takde... "bonda, lepaskan anakanda pergi..." amboii.. kau..sedih benau tau kalau mak sendiri yang sebut cmtu..huhu..

Lepas tu, snap-snap gambar la apa lagi, pastu kelam kabut dah mak andam nak mekapkan untuk majlis sanding plak.Kul 12.30 dah kene ada kat dewan. Sekarang? dah pukul 10.45! Oh no!!

Ehem,masa kat bilik pengantin nak tukar baju, asben ada..hahahahaha... SEGAN TOBAT YA RABBI.. tapi selalu terlupa die ada kat situ, kite ni zab....tarik zip..mula la gelabah masing2..hahaha..ok.done stop there. Cerita ni tak sesuai untuk korang-korang yang belom kahwin. >_<

Antara benda-benda yang tak patut terjadi pada hari bahagia tersebut ialah:
  1. Semua orang sangat busy sampai lupe nak snap-snap gambar dalam bilik pengantin. Terlpas peluang nak posing gaya hindustand guling-guling atas katil! hoh. So ingat kawan-kawan, dah hias cantik bilik tu kene snap gaya industan okeh! jangan lupe!
  2. DJ yang sepatutnya mengacarakan my wedding last minute kata tak dapat mai!!! hangin tak hangin satu badan. Tapi oleh kerana DJ under my father's responsibility, dapatlah die selesaikan dengan paksaan terhadap membernya menjadi DJ.Alhamdulillah, sayu dengar ayah kite merayu minta tolong member demi hari bahagia kite. SOB SOB!
  3. Sepatutnya nak main lagu nasyid je masa majlis, tapi ntah camne DJ kata die tak jumpa folder lagu nasyid tu, then pasang lagu updated macam dalam carta era tuh. Okeylaa....haha
  4. Ketua pasukan kompang sibuk duk call pengantin berpuluh kali atas pelamin tengah bersanding nak baki duit bayaran kompang! hoh! What did you expect? pengantin jawab call macam dalam ofis? huhu. macam la xleh cari mak ngan bapak pengantin yang duk tercengat depan pintu dewan tuh.huhu..vibrate je kerusi kite!
  5. Lama sangat bersanding atas pelamin disebabkan terlalu ramai sedara mara nak menepung tawar. Hectic day, nak pengsan..kalau korang nak cut the time, list kan je sape leh naik. Kalau tak.. tahan jela berejam kat atas tuh. Sib bek ade ekon! huhuhu
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...