Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 14, 2012

Post-mortem : 3 days before wedding

Holla!

Fuhhh..setelah sekian lama membiarkan blog ni berabuk-abuk dan bersawang-sawang, akhirnya hari ini, waktu ini, jam ini dan saat ini barulah ada kesempatan nak hapdet!!

Asben sarungkan cincin pas nikah.. ^_^ - inai dilukis member sendirik.cantik x? he

Alhamdulillah... sekarang dah pun settel majlis. Syukur sangat2.. dah lepas satu penantian gila kentang punya seksa. TAPI..ni baru settel belah perempuan. Majlis menyambut menantu nye tak buat lagi ni. (duit dah kering nih)

So, tibalah masa untuk membuat penilaian terhadap keseluruhan majlis dari perspektif pengantin sendiri. Bukan nak bandingkan apa. Cume nak bagi pendapat sendiri kat mana kita boleh improve, especially untuk bakal2 pengantin yang sedang bedebau jantung tnggu hari majlis.

3 HARI BEFORE WEDDING
3 hari sebelum wedding, orang masih kerja lagi (JANGAN CUBE AKSI INI JIKA ANDA BEKERJA JAUH DARI KAMPUNG HALAMAN). Lucky me, orang keje kat kampung sendiri.Kerja kampung bese-bese je..bukan macam awak-awak sekalian.. mantop belaka. (>_<)
Apa yang orang setelkan 3 hari sebelum majlis ialah
  1. Confirmkan kepada makcik supplier bahulu ikan emas untuk hantar 1500 pcs bahulu ikan emas yang sudahpun dibungku satu-satu dengan plastik putih jernih. Tak perlu lah rasa nak rajin bungkus sendiri walaupun mampu. Kenapa? nanti bekecah rumah, semut lagi. Kamu tu kerja, sapa yang nak buat? nak susahkan orang lain? Tak perlulah.Banyak lagi kerja lain nak buat kan.huhu. Petang balik kerja, dalam pukul 630 petang, bahulu sampai depan pintu rumah. Settle doorgift. 
    TOTAL : RM530 = 0.35 sen seketul bahulu 
  2. Pergi ambil 1000 pcs buah epal merah kecil di Pasaraya untuk di gandingkan dengan bahulu dalam doorgift. Bukan epal merah washington yang besar tu.Ni yang kecil je. Harga pun murah la sikit. TOTAL : RM460 = 0.46 sen sebiji epal.
2 HARI BEFORE WEDDING
A: Busana Ryn's Evenue
B: Busana Hanizan Mala


  1. Final fitting baju sanding. Kenapa lewat sangat fitting baju sanding?? Huhu..ada masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Lagipun saya busy outstation, nak test before gi kursus, baju belom siap. Masalah pada baju ni ialah jenis kainnya dan inner and outer wear die cam tak ngam.Adalah sangat penting untuk study tentang jenis kain yang sesuai dengan design yg kamu nak buat baju sanding tu. Hoh. Baju sanding yang saya pakai itu mesti lagi booom power kalau guna bridal satin instead of chiffon. Infinity regret,huhu. At least, sib baik masih cantik di pakai. :) Untuk baju sanding kita ambil inspirasi Ryn's Avenue. Tapi kita nak ada belt sikit untuk ganti kan manik2 kat dada tu, since kain orang punya tu xda manik mana pun. Untuk baju sanding kite amek inspirasi dari Ryns Avenue, tunjuk kat andam kiia nak macam tu. Jadilah yang macam kita pakai tu.
  2. Final Touch Wedding Shoes. Kasut sebenarnya dah sebulan siap (custom made). Sebab apa custom made? Sebab kaki saya saiz extra kecil, susah nak cari di butik-butik sederhana ternama haha. Kita order kasut kahwin dengan ABSOLUTELYGORGEOUS by AMY. Order online je, senang sangat. Die bagi manual camne nak ukur kaki kite. Lebar camne.. panjang berapa sume kite kene cerita la untuk memastikan kasut tu betul2 fit kat kaki kita. Then pilih jela design camne nak.Hantar je kat die.Die boleh buat belaka. Kasut tinggi bukan main tapi selesa gila pakai. Camne nak pastikan selesa? Kite order kasut patern A.Kosong je. Then sampai umah, kita touch up sikitdengan manik tudung and ribbon!
Ni plak kasut saya! Tambah dengan manik tudung je depan tu and letak ribbon gumpal2 kat tepi.hihi
    Ni kasut dari Absoluteamy. Design sama cume warna berbeza and takda ribbon tu.
  1.  Fitting Baju Nikah selepas hantar touch-up manik kat bahagian leher. Baju nikah adalah antara baju yang paling dititikberatkan oleh kite. Oleh yang demikian, kita sedaya upaya follow-up dengan taylor macam mana baju ni dihasilkan. Lepas tu sebulan sebelum dah pergi hantar beading. Untuk baju nikah kita amek design jubah indonesia. Ala-ala irna de perle punya design tapi ni tak tahulah sapa yang design.Jumpa kat tenet je masa google-google. :) Cer tengok gambar, A untuk design yang kite nak, B plak.. baju nikah yang dah siap and kita pakai masa nikah. :)
    B: Baju nikah kita


    A: Baju contoh




1 DAY BEFORE WEDDING
  1. Doorgift dah siap! Yes.Sehari sebelum atau awal lagi,pastikan Doorgift beg dah pun siap. Dapatkan bantuan saudara terdekat atau sahabat handai untuk menolong. 1000 pcs ko buat sorang letih la plak nyah.Tapinya lupe plak nak tangkap gambar doorgift.Pengantin busy okeh.heh
  2. Guesbook by BFF done. So sesape nak adakan buku tamu untuk depa riwayatkan kata-kata ucapan and sekaligus korang leh tengok sape yang datang majlis korang.memang x semua, tapi sape yang ingat kita and nak kita ingat die datang majlis mesti tulis dalam tu. Untuk guest book, my best friend tolong buatkan.Luckily she is a creative gurl. Nati kite update rupe bentuk guestbook tu k.
  3. Get your INAI done! Kite takda buat malam berinai.Tapi kita ada berinai-inai malam before wedding tu... Lucky me lagi, ada kahwin Indian yang memang power buat lukis inai tu. Isk isk... I was surrounded by lucky people! Subhanallah! Nati tengok entry tentang inai tu kalau nak tengok hebat tak hebat member ai sorang ni lukis inai.
OK.. that all for before wedding yang I buat. Nati I update lain lagi. :)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

3 comments:

  1. Alhamdulillah semua cun as planned. Kita ingat awak okay. Terasa tau. Huhu. Semoga dirahmati insyaAllah

    ReplyDelete
  2. haha... saja bagi kau terasa.. mmuah!

    ReplyDelete
  3. sangat menarik sekali

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...