Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 12, 2012

Beauty Tips : 5 makanan yang bakal pengantin kena elakkan!


5 Foods You Should Avoid Before the Wedding  article photo


Orang kata, sia sialah usaha kita nak diet bagai kalau akhirnya perut kite juga yang sakit, masuk angin and kembung perut sebab ikat perut. Maybe la, kite ni nerbes, terlebih excited and semua-semualah perasaaan atau feeling yang bercampur baur. Kalau perasaan itu bahan kimia yang reaktif, dah lama dah hancur badan berkecai meletup. Huhu.. TAPI, jangan tambahkan kesengsaran ini dengan mengambil makanan yang SALAH. No no nooo........! Ada beberapa jenis makanan yang considered "BAHAYA" untuk di ambil menjelang hari besar kite tuh. 

SATU!
Air Soda atau Air Bikarbonat atau AIR GAS lah senang cerita. <--cik dayah minat air pepsi huuhu
Kenapa, mengikut artikel tu dalam air gas boleh menyebabkan PERUT KEMBUNG sekalikan mengembungkan perut korang dan perut akak jugak. huhu.. Bila perut kembung banyak angin, mulalah sendawa banyak. Sekurang-kurangnya tahan sampai habis majlis sanding. Jangan nati sendawa sedap plak bila masa akad nikah. Mcm x sabo bebeno je ann?? hehe 

DUA!
Makanan Berkanji. Kanji ialah adik beradik dengan air gas tadi. Kebolehan kanji untuk mengembungkan perut dan menhempuskan angin di atas dan di bawah adalah sangat tinggi. So, bolehla jauhkan diri dari kentang, pasta dan nasi at least sehari sebelum kahwin tu. aaa... so skrng boleh muntah kedarah makan bebanyak.haha. Lagi satu, jagung and roti pun sama. Kekalkan jarak selamat. Roti yang dicadangkan ialah ROTI PITA... em kenapa? tak tahulahhh...  >_<

TIGA!
Air kosong ialah air terbest dalam dunia yang perlu diminum sebelum dinikahkan. Cube cube elakkan dari minum air kopi, teh, teh o ais, teh 7 lapisan petala bumi, air gas, livita ke power root ke dan lain-lain minuman atau makanan yang ada kafein. Kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam badan dan boleh mengakibatkan dehidrasi semasa dan sepanjang hari bahagia kita tu. yang jugak membolehkan korang pengsan kat atas pelamin nanti. Dah jadi drama la plak kan. Porke porkey sangattt tuh!

EMPAT
Makanan pedas. makanan pedas ni akan meningkatkan suhu badan korang dan mengakibatkan korang berpeluh terlebih plak nanti. Ada sesetengah orang yang tahan pedas, kang sakit-sakit perut plak. Lagi satu, boleh jugak membusukan bau nafas dan maybe lagi teruk terselit lak tu cili kat gigi arnab korang! Cun sangat lah kan! huhu

LIMA
Susu dan makanan dari sumber tenusu. Korang kene limitkan jumlah laktosa yang masuk ke badan engkaurang. Aku jugak. Yogurt, keju, susu dan lain-lain termasukla coklat boleh dimakan tapi boleh mengganggu kesihatan perut korang kalau korang dalam keadaan nervous. Kalau nervos tu 10% je..kalau makan makanan tenusu naik jadi 90%. Gituhh? Ntahla..xtau jugak akakk..haha

Oh yess... ini bukanlah cik dayah punya pendapat, keje cik dayah ialah menterjemah artikel matsaleh yang best-best kepada bahasa melayu dan bahasa yang mudah cik dayah nak sampaikan semula kepada you ollss.. ok? oraitt... >_<

Sumber original boleh refer SINI
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...