Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 8, 2012

BEAUTY TIPS : Syampu sebulan sekali??



Mengikut satu artikel Saras B.Weir (27hb Feb 2012),

90% orang Amerika menyampu rambut tiap-tiap hari. (lebih kurang kita la kan)

Balik pada 1000 tahun dulu, orang orang zaman dulu hanya syampu rambut sebulan sekali. Masuk tahun 1950-an, orang-orang perempuan sibuk nak gi saloon cuci rambut setiap hujung minggu.

Kulit kepala yang bersih memang best, fresh and menyenangkan hati. Tapi, terlebih basuh boleh menyebankan kesihatan dan pertumbuhan rambut rosak sama sekali. YEKEEEE!!!??

Purata rambut setiap manusia tumbuh kurang setengah inci setiap bulan akan cenderung menjadi kering dan bercabang di hujung disebabkan bahan kimia dalam syampu tu sendiri dan juga aktiviti cam blow rambut dengan hair drier, sental ngan tuala dan lain-lain lagi la aktiviti harian rambut.

So, sekerap mana kita nak syampu rambut sebenarnye ni??

Sebenarnya, bergantung kepada tahap berapa berminyak nya kulit kepala hangpa dan juga bergantung kepada tekstur rambut kite sendiri. Minyak ni datang dari kulit kepala kita sendiri..bukannya guna minya baby johnson ke, minyak masak,minyak tuti  or sebagainya.Minyak yang di maksudkan kan sini ni ialah yang matsaleh kate SEBUM.

Sebum ni mengembara lebih cepat jika rambut kita lurus, straight and licin. Nampak cam bagus je kan? Tapi berminyak tu cam gelimat la plak. Tapi hakikat mikatnya, sebum tu la yang membantu memberi kelembapan dan ke water resistenan ke pada rambut kita. Kenapa nak water resistan plak?? huhu

Inilah sebabnya kenapa orang yang rambutnya kerinting, beralun, berliku-liku dan bermegi-megi nampak lebih kering dan kusam disebabkan minyak sebum yang mencantikkan rambut tadi tidak dapat berjalan menuruni rambut dengan senang kerana jalan nya berliku2.

TAPI, bila dah kita basuh rambut hari-hari, secara tipikal nya korang dah pun membuang bersih khasiat sebum pada rambut korang.Membuang jauh kelembapan asli rambut korang dan akhirnya terpaksa beli moisturiser dan serum balik semula untuk kembalikan kelembapan.

Joe Murray, owner Hale Organix Salon kat New York mengatakan bahwasanya menyampu rambut beberapa kali seminggu dah memadai.Tetapi jangan hari hari.
Katenya lagi..
" kalau dik dik non semua tak tahan dengan rambut dek non berminyak walaupun baru tak syampu sehari, dek non bulihla balut rambut deknon dengan conditioner sampai telinga dan basuh kulit kepala nye aja..""
- hoh aku pun x paham die kata ape..hhuhu

Die kata lagi, instead korang syampu rambut korang.. cube hanya basahkan dan finishkan dengan sdikit condistioner... (mampu ke basahkan je..busuk plak rasenye)

Si murray bagi lagi satu tips.Katenye

"Kalau nak basuh rambut jugak.. instead of guna satu sudu syampu.. skrng buleh guna setengah camca je. untuk basuh rambut kalau nak basuh hari hari"

sebab apa? sebab bahan kimia syampu skrng yang sangat2 membahayakan..

Menyampu rambut sebenarnya bagus sebab membantu melancarkan pengaliran darah kat kepala..dan memberi nutriens kepada folikel rambut kita. Bukan sampu tu yang melancarkan darah tapi tangan kita yang menyental syampu kat rambut yang sebenarnya melancarkan darah kat kepala dan buat kita rasa FRESH gile kentang.

Kalau style rambut yang berkelumumur plak... pakai sikit je  syampu anti-dandruff tu kat tangan, sental kat rambut then  biarkan 20-30 saat.baru la bilas. Kalau tak..takdo guno nyo lah beli syampu "anti-dandruff" tu.

Kalau kita-kita ni selalu syampu rambut hari-hari memangla rasa habat benar kalau tak syampu rambut satu hari. Dia kata lagi.. cube selang sehari syampu rambut. Lama-lama rambut nampak lagi cntik menarik tertarik kau memang debom.

YEKE?? Allhualam...

Artikel ini diterjemah oleh Cik dayah yang takdek mood nak buat keje tapi ada mood nak merepek-merepek cmni. Hehe


ADIOSS



Artikel ASAL boleh refer kat sini:
http://shine.yahoo.com/beauty/often-wash-hair-222900620.html
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...