Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/cara-membuat-title-bar-untuk-blog.html#ixzz1krIxz6si
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2012

Pre-Engagement I : Syarak vs Adat

Nak cakap...kami bercinta bagai tak rak tu takdala.. tapi sayang kepada encik tunang  tu da makin banyak la kan kalau tak watpe nye nak bertunang bagai..umur pun makin tua, dosa kering pun dh makin banyak.. :)

So, keperluan bercinta panjang-panjang tu rase dah makin xda.. ape yang penting adalah matlamat utama iaitu ikatan yang sah sebagai penghujung pencarian cinta ini..

Dengan itu, 27. 11. 2011 had been decided to be our engagement day.
- mmg tak buat besar-besar pun, even jemput sedara-mare yang dekat2 rumah je
- hanya rombongan keluarga lelaki yang ada
- xda pelamin bagai, doorgift ke xda..
- simple je.. :)

Sebenarnya dah lama nak update and share cerita tentang in-the-making of engagement day ni. Mesti juga ramai bakal-bakal tunang orang yang google persiapan nak bertunang kan. So, ini salah satu bantuan x langsung la mengikut pengalaman and sesuai untuk majlis pertunangan yang SIMPLE. Kalau nak grand-grand boleh la usha laman web butik pengantin jek. Haha..

Bagi pendapat saya, bertunang zaman skrang ni bukanlah seperti tuntutan syarak pun.. ADAT semata-mata, sebabnya kalau ikut zaman rasulullah dulu, merisik dan bertunang ini dibenarkan semata-mata untuk melihat calon isteri sebelum dinikahkan. Sebelum ni mmg x penah jumpa dan berkenalan pun.

Tapi, la ni..dah berjumpa sakan 7, 8 tahun nak merisik berkenalan ape plak laginya. Kenaldah tahi lalat kat mana, gigi mana yang sumbing, even ada yang dh tahu warna rambut pun hijau biru merah kuning pun. huhu

cer tengok kat bawah ni, saya ada jumpa blog DILEMA DUNIA ISLAM tentang perbezaan pertunangan syarak dan adat.



PERTUNANGAN DI SISI SYARAK
Terbahagi kepada lima cara:
  • - Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
    • kalau laki tu dari awal kata taknak kawin ngan kita, xpayahla tunang huhu. Nak bercinta je smpai mati, ape kamu ingat kamu  xda agama nak halalkan hubungan? Fikir-fikirkan.. :)
  • - Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
    •  bese kalau orang melayu bila dah setuju nak tunang, suh la ayah kome ngan ayah teman borak-borak kat tepon..orang berbudi kita berbahasa gituhh
  • - Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
    • Masa tunang dulu abah minta tolong imam masjid, member abah juga la untuk jadi wakil pihak pompuan, sama juga abah en.tunang minta pakcik dia jadi wakil pihak lelaki.. 
  • - Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
    • InsyaAllah kami sentiasa berusaha menjadi muslim yang lebih baik.. :)
  • - Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak. (^_^) simple je an?

PERTUNANGAN MENGIKUT ADAT 
  • Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. 
  • Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. 
  • Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. 
  • Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan
  • Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik
  • pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. 
  • Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. 

Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.



HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

**saya hebahkan juga kepada sahabat2 dan saudara terdekat.. supaya mereka tak kecil hati. :)

WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

**Abah mau pertunangan hanya 3 bulan sahaja..tetapi alhamdulillah setengah berbincang bergaduh bagai.. dilanjutkan jadi 6 bulan atau abah kata takyah kawin lah...huhuhuhu

Wallahua'lam.



Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/05/cara-memasang-facebook-like-button-pada.html#ixzz1krLaxMLz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...